Showing posts with label PELAJARI MATEMATIK. Show all posts
Showing posts with label PELAJARI MATEMATIK. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

MEMINATI MATEMATIK ITU PENTING....

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya.
Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda.
Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu.
Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik.
Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia.
Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini.
Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.
Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang.
Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu.
Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik.
Bidang kedoktoran juga memerlukan matematik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik.
Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik.
Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi.
Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.
Teks ini adalah hasil nukilan Saudara Saifulazrulchelah (CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK)
http://www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah/CARA_PEMBENTUKAN_MINAT_KEPADA_PELAJARAN_MATEMATIK.html

Wednesday, December 7, 2011

MATEMATIK DAN AKU....

Bercerita pasal subjek matematik  ni buat aku tambah bersemangat. .....Inilah matapelajaran yang aku cukup suka!!.. pasal angka,nombor,simbol dan perkiraan..Kebiasaannya orang yang selalu suka subjek ni ialah orang Cina. Depa ni memang cukup mahir dengan ilmu hisab(istilah dulu2) ni..Bagilah  soalan matematik apa pun , cepat aje diaorang selesaikan. Lain pulak kebanyakan orang Melayu, cukup leceh, cukup tak suka bila melibatkan kira2 ni..Yang  sebenarnya depa malas nak mengira, malas nak menggunakan otak.Tapi...aku tahu.bukan semua la kan..Sebab tu aku selalu bagi semangat kat anak2 murid aku agar  jangan teruskan trademark tu.

Banyak kisah   matematik dan aku ni sebenarnya. Aku kenal dengan nombor2 ni mase aku umur 4 ke 5 tahun kot Yang masih aku ingat..ayah aku yang perkenalkan..Yelah diakan seorang guru..Ayah aku ni sangat garang masa zaman dia muda2 dulu, zaman aku kanak2 lagi la..x boleh silap sikit, naiklah darah muda dia yang berkobar2 tu..Biasanya adik aku la yang jadi mangsanya...Dia tu suka nangis ..

Bile masuk sekolah..(dulu tak ada tadika), time kene hafal sifir, Ayah cukup disiplin..setiap malam kene hafal, bile2 jer Ayah akan tanya..x dapat jawab kenelah habuannya, biasenya jentik kat telinga..tapi aku cukup bersyukur dengan cara didikan Ayah masa aku kecik2..malam2 tu bile time buat keje rumah matematik, menangis2 bile x dpt buat, biler kene tengking ngan Ayah...
Masa darjah 3, cikgu kelas aku nama die Teacher Yasmin...Lawa giler..Body dia macam Saloma.. Aku suka sangat ngan cikgu ni, sbb aku murid kesayangan die..pernah tu dia panggil aku kat depan buat soalan yang agak sukar la tp aku dpt jawab dgn betul dan dapat tepukan dari satu kelas.. Dia siap hadiahkan aku sharpener.Pada tahun inilah Ayahku pergi meninggalkan kami buat selama2nya. Pelajaranku agak merosot...namun Matematik tidak akan kubiarkan kecundang...Ini janjiku pada arwah Ayah.

Walaupun ketiadaan Ayah di sisiku, namun aku tetap mengekalkan takhta Matematik di tanganku setiap tahun hinggalah aku ke sekolah menengah. Aku tak benarkan sape saje potong aku termasuk kawan2 ku yang berbangsa Cina. Di sekolah menengah, jangan ada kwn2 sealiranku yg mimpikan utk naik ke pentas terima hadiah terbaik matematik. No way...Buku2 latihanku kerap berjalan dari satu tangan ke satu tangan bila ada homework. Masih aku ingat...suatu hari semasa subjek Matematik Tambahan...berpeluh aku tengok cikgu math nak selesaikan satu masalah kalkulus. Last2 aku tolong selesaikan...bukan nak bangga diri..tapi memang aku macam dah sebati ngan matematik. Dalam satu kursus keusahawanan, cikgu saja pelawa aku sertai bersamanya..Aku terima aje sb ada kaitan ngan matematik. Wpun aku adalah peserta termuda..aku dinobatkan peserta yang mendapat markah tertinggi dalam ujian akhir kursus...Cikgu aku pun kalah...hehehe

Lepas SPM aku masuk Form 6, Matematik dan Fizik tetap setia jadi subjek kegemaranku...Tak sempat habiskan form 6, mak aku suruh minta maktab. Aku ikut aje..tak nak lawan ibu..derhaka nanti walaupun aku sayang sgt ngan form 6. Aku nak minta Matematik..tapi tup2 dapat Pengajian Melayu...Frust aku..
Dua tahun setengah aku belajar benda yg aku tak minat..Akhirnya dapatlah keputusan cukup makan..tak cemerlang pun tak pa.

Keluar aje maktab, aku ditugaskan mengajar Matematik, apa lagi aku melompat kegiranganlah...Tak apa akan ku buktikan bahawa aku dan matematik amat serasi...Aku mengambil peluang melanjutkan pengajianku dalam bidang matematik KSPK 1 tahun di Ipoh...Mohon terus dapat..alhamdulillah...Aku maintain aje agar subjek math tidak lari dari A atau A+..Kalau subjek mathlah jangan harap ada nak kalahkan aku...Last2 dapat juga pelajar terbaik Matematik dan pelajar keseluruhan terbaik untuk kursus aku..syukur..keputusan cemerlang gitu..berbaloilah aku dapat cover keputusan masa kat maktab dulu..
Impian aku hendak menjejakkan kaki ke menara gading aku teruskan setelah perginya ibu tercinta...Di universiti..matematik jugalah yg menjadi pilihan jurusanku...masih maintain A dan A+ utk semua subjek math... lain2 tu kira halallah...Akhirnya..keputusan cemerlang di tangan aku...aku bangga bersahabat dengan Matematik...

Ok..cukup..sebenarnya aku dah tak nak citer panjang2 untuk post2 aku..tapi selalu jer tercerita panjang.. bukan orang nak baca pown..tp x pelah..boring2 nanti aku jugak yang baca...

Saturday, October 22, 2011

MATEMATIK DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak korang terfikir bahawa dengan menggunakan penggiraan Matematik,kita mampu mencari muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran.Al-Qur'an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.

Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur'an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)


Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur'an.
Jom sama2 kita belajar...

Wednesday, July 13, 2011

BAGAIMANA MENJADI GURU MATEMATIK YANG BERJAYA?

Ramai dalam kalangan guru ingin menjadi guru Matematik yang berjaya memikat hati murid-murid melalui kaedah dan teknik pengajarannya.Malah ramai juga dalam kalangan guru Matematik yang menganggap diri mereka sudah cukup baik mengajar anak2 didiknya, Apa yang ingin saya kongsi di sini hanyalah sekadar pengalaman mengajar Matematik dan apa yang saya amalkan selama lebih 27 tahun di sekolah rendah buat anak2 serta adik2 yang mengajar Matematik di sekolah rendah.

1. Saya tidak sesekali memaksa murid untuk menghafal sifirkerana semasa saya menjadi murid saya marah dengan cikgu bila disuruh hafal sifir. Ajarlah anak2 kita teknik membina sifir.

2. Saya tidak akan beri muka 3 bulan pertama  masuk sesuatu kelas. Saya akan pastikan.....
    Sebelum masuk kelas         :  - semua alat tulis siap sedia  atas meja
                                                - semua buku tulis,buku teks dan buku kerja berada di atas meja
                                         
    Semasa mengajar               : - gunakan suara yang jelas
                                               - tulis tarikh dalam semua format (pendek/panjang/BI/Jawi)
                                               - jangan mula mengajar sehingga dipastikan semua murid diam
                                                 (kadang-kadang ini mengambil masa 3 -5 hari bagi kelas yang betul2 nakal)
                                               - walaupun tak mengajar homework saya beri tanpa bersuara- tulis di papan
                                                  putih/hitam saja
                                               
                                             

Sunday, June 12, 2011

MATEMATIK DAN ISLAM

Petikan dari laman web Berita Harian

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20061226233400/Article/


Islam pelopor matematik
Oleh Zef Othman

KAJIAN dalam bidang matematik yang sebelum ini dianggap dikuasai kalangan pengkaji pendidik Barat pada dasarnya mula dipelopori ilmuwan Islam menerusi tokoh ternama dunia seperti Al-Khwarizmi, Omar Khayyam dan Al-Khashi.

Penyelidikan yang dilakukan berdasarkan simpanan manuskrip mendapati ahli matematik dalam kalangan umat Islam mula melaksanakan kerja kira-kira secara intensif empat ribu tahun lebih awal berbanding yang diperkenalkan oleh pengkaji Barat.

SISTEM CANGGIH: Model glob cakerawala dibina di Balai Cerap Maragha
pada 1279 sebelum Masihi dan disimpan di Dresden sejak 1562.

Monday, May 2, 2011

PERMAINAN MATEMATIK

http://www.coolmath-games.com/

Cubalah...ianya menyeronokkan dan menajamkan minda anda.

Saturday, April 23, 2011

BAHASA MATEMATIK - BUAT GURU MATEMATIK

Ketika sebuah konsep Matematik diajarkan oleh seorang guru kepada murid ataupun murid mendapatkannya sendiri melalui pembacaan, maka di saat itu berlaku transformasi konsep Matematik.Respon yang diberikan murid merupakan tafsiran tentang maklumat tadi. Dalam Matematik, tafsiran dan respon itu seringkali menjadi masalah istimewa. Hal ini sebagai salah satu akibat dari ciri-ciri Matematik itu sendiri yang sarat dengan istilah dan simbol. Oleh itu, kemampuan berkomunikasi dalam Matematik menjadi tuntutan khusus. Bahkan, tanpa komunikasi dalam Matematik guru akan mempunyai sedikit keterangan, data, dan fakta tentang pemahaman murid dalam melakukan proses dan aplikasi Matematik.

Jadi bagaimanakah caranya melatih komunikasi murid dalam Matematik? Menurut Cai, J., Lane, S., dan Jakbcsin, MS (dalam NCTM, 1996) salah satu model yang pernah berkembang untuk melakukan hal ini dinamakan Open-Ended Tasks . Di dalamnya berupa format penilaian dalam bentuk soalan open-ended, iaitu suatu soalan yang memberi kebebasan pada pelajar untuk menjawab secara benar dengan kemungkinan alasan atau cara menjawab yang pelbagai berdasarkan pengalaman belajar masing-masing. 

Selain open ended tasks, berikut beberapa siri aktiviti pembelajaran Matematik yang mampu melatih komunikasi murid dalam Matematik:
1.        Menghubungkan benda nyata/maujud, gambar, dan rajah ke dalam idea Matematik
- guru berusaha menanamkan konsep kepada murid. Tentu saja kepakaran guru dalam teknik bertanya amat membantu agar murid mampu membuat kaitan antara benda nyata, gambar, dan rajah dengan Matematik. "Mengapa jadi begitu?", "Kalau tahu, dari mana?", "Apa alasannya?", Boleh menjadi soalan yang boleh membawa murid menyampaikan konsep Matematik yang mereka dapat dari benda nyata, gambar, dan rajah. Contoh : Guru membawa tiga gelas masing-masing mengandungi air yang berbeza sukatannya. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari gelas dan air?" Maka akan banyak alternatif jawapan murid dan mereka harus menyatakan alasannya sekali.

2.       Menyatakan peristiwa sehari-hari dalam bahasa atau simbol Matematik
Pembelajaran RME (Realistic Mathematic Education) atau CTL yang mengenengahkan kontekstual adalah pendekatan yang mampu mengembangkan komunikasi murid tentang konsep Matematik. Contoh: guru bercerita tentang aktiviti seorang ibu yang pada waktu pagi menggoreng telur separuh masak, lalu bertolak ke sekolah untuk perhimpunan pagi. Semasa perhimpunan, bendera merah putih dikibarkan. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari cerita tersebut?" Ada kemungkinan murid akan menjawab, "Setengah pada telur separuh masak bukan pecahan, sedangkan bendera merah putih, bahagian merah atau bahagian putihnya adalah pecahan kerana saiz yang sama. "

3.       Membaca, menulis, mendengar, dan berbincang tentang Matematik 
Seperti disebutkan di atas, salah satu bentuk komunikasi Matematik adalah kegiatan membaca Matematik. Bacaan dalam Matematik mempunyai peranan penting dalam pembelajaran Matematik. Sebab, aktiviti membaca mendorong murid belajar secara aktif. Ini bermakna bahawa pembaca tidak hanya sekadar menarik erti daripada teks tetapi juga menggunakan pengetahuannya, minatnya, nilainya, dan perasaannya untuk mengembangkan makna.
Kemampuan mengemukakan idea Matematik dari suatu teks, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan merupakan sebahagian penting dari standard komunikasi Matematik yang perlu dimiliki pelajar. Sebab, seorang pembaca dikatakan memahami teks tersebut secara bermakna apabila ia dapat menterjemahkan idea dalam teks secara benar dengan menggunakan bahasanya sendiri. 

Oleh itu, untuk memeriksa sama ada murid telah memiliki kemampuan mambaca teks Matematik secara bermakna, maka dapat dinilai melalui kemampuan pelajar menyampaikan secara lisan atau menuliskan kembali idea Matematik dengan bahasanya sendiri.
Bahasa ada jika ia dikomunikasikan. Matematik demikian pula. Mengajarkannya, sama dengan berbicara dengannya.

Thursday, April 14, 2011

MACAMANA NAK MENDAPAT SKOR YANG BAIK DALAM MATEMATIK?

1. Pada dasarnya , nak dapat skor atau markah yang baik kena faham dan kuasai konsep.
2. Rajinlah mengkaji pelbagai contoh untuk memastikan anda memahami sepenuhnya teknik dan cara menjawab sesuatu soalan.
3. Hafal semua rumus / formula yang perlu anda ketahui dan sentiasa mengulangi setiap satunya untuk diri sendiri terutama di waktu siang hari.
4. Jika mungkin, dapatkan salinan ujian tahun-tahun sebelum atau yang serupa dan lihat bahagian atau tajuk yang anda perlu perbaiki.
5. Semasa test / ujian, prihatin dan ambil berat tentang pengurusan masa. Tinggalkan dan bulatkan dulu soalan yang bermasaalah bagi anda dan cuba balik setelah selesai jawab soalan yang senang dahulu.

6. Latih diri anda untuk meninjau dan menyemak jawapan anda dengan memperuntukkan 10 minit terakhir dalam sesuatu ujian.
7. JUGA, percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri.
Daripada : Cikgu Fauziah Ahmad

Thursday, April 7, 2011

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK

Berikut adalah beberapa perkara penting untuk diingat ketika belajar matematik .Belajar matematik adalah seperti belajar bahasa lain, jadi pada awalnya akan terasa agak susah tetapi lama-kelamaan akan semakin mudah. Banyak konsep dalam matematik ini saling berkaitan, jadi dengan hanya mengetahui satu konsep dapat membantu anda memahami banyak yang lain. Kecewa  dan gagal tidak menjadi masalah, itu adalah sebahagian proses belajar, jadi jangan terus menyerah kalah.


1.Wujudkan  masa belajar. 
Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk  untuk belajar matematik.


2.Mantap dengan kosa kata atau istilah 
Simpanlah kamus matematik di sisi anda saat anda belajar. Banyak bidang matematik memerlukan anda mengetahui sejumlah kosa kata / istilah matematik dan kurang kecewa untuk dapat dengan cepat mencari makna.


3. Dapatkan sekurang-kurangnya dua buku rujukan.
 Dengan cara ini, anda akan mempunyai dua penjelasan yang berbeza dan salah satu dari penjelasan itu mungkin masuk akal atau lebih baik bagi anda daripada yang lain, atau kombinasi keduanya akan membantu anda untuk "mendapatkannya".


4.Tackle subjek bersama-sama dengan prasyarat mereka. 
Banyak konsep yang berkaitan antara satu sam lain dan dengan  mengetahui satu membantu anda memahami yang lain. Jika anda tidak memahami satu konsep, tinggalkan dulu untuk sementara waktu dan sambunglah mempelajari dan dalami konsep yang lain. Kemudian gabungkanlah dengan konsep baru.Biasanya, konsep baru ini akan membantu konsep lama untuk masuk dan bersatu dalam fikiran anda.


5.  Berlatih dengan banyak soalan dan masalah.
 Lakukan sebanyak mungkin soalan dan masalah matematik selagi tangan anda mampu  Latihan ini akan membantu anda mendapatkan perasaan yakin dan selesa  untuk topik-topik tertentu  dan kemungkinan juga akan banyak membantu matematik menjadi "alam kedua" kepada anda.
6. Selalu minta bantuan jika anda tidak tahu bagaimana melakukan sesuatu. 
Juga jangan pernah berhenti berusaha untuk mempelajari sesuatu kerana anda mengatakan ia terlalu susah maka teruslah bekerja dengan bantuan guru, ibu bapa atau rakan anda.
http//:duniabondaayahanda.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!