Wednesday, December 19, 2018

50 Teka – Teki Zaman Tok Kaduk Dengan Jawapan Logik

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya
sebab suka cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14.  Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba

26.  Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan :  Stone Cold

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang

28. Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang

36. Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita

38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal

40. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi

41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.

Tuesday, December 11, 2018

BESARNYA GANJARAN SOLAT SUBUH

*RUGINYA* kalau:
1. Tertinggal Solat Sunat Sebelum Subuh (Rawatib Qabliyyah Subuh)
2. Solat Subuh Jemaah di Masjid

*Kenapa??*

1. Allah bersumpah dgn waktu subuh dalam *Al Fajr*, : “Demi fajar (waktu Subuh).
2. Dalam *Al Falaq*, Allah mengingatkan: “Katakanlah! aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh”.

Mengapakah Allah bersumpah dg waktu subuh dan menyeru manusia berlindung dg Allah yg menguasai waktu subuh.Tidak lain bahawa waktu subuh itu boleh membawa bahana yg besar manusia jika mereka melalaikan kehadirannya.

*Allah menawarkan waktu subuh sebagai hadiah yg lebih besar dari dunia dan isinya*. Sabda nabi
ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها
Dua rakaat solat fajar (subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya. *(HR. Muslim)*

Dari hadis ini jelas bahawa jika kita terlepas dua rakaat solat sunat sebelum subuh,kita kerugian dunia dan isinya,maksudnya tiada kerugian yg lebih besar dari terlepasnya dua rakaat tersebut.

Pada solat subuh berjamaah pula, Allah janjikan
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut shalat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). *(HR Muslim)*

Allah juga menjanjikan bahawa mereka yg bersolat subuh akan diberi perlindungan oleh Allah.
عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. *(HR Muslim)*

Janji lain oleh Allah bagi mereka yg bersolat subuh ialah tidak akan masuk neraka.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم
Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (shalat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Bahkan nabi mendoakan mereka yg solat subuh“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
*(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)*

Mereka yg berat melakukan solat subuh adalah bersifat munafik seperti yg disebut oleh nabi.
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid, solat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” *(HR Bukhari Muslim)*

Kesimpulannya, solat subuh itu lebih lagi berjamaah sangat besar perhatiannya oleh Allah.Siapa yg merasa berat melakukannya,terlewat hingga dikata subuh gajah, ingatlah amaran sifat orang munafik pada mereka yg sedemikian.Dengan tawaran ganjaran yg begitu besar yg Allah tawarkan,masihkah kita tidak bersedia meninggalkan bantal lebih awal,bersedia ke masjid dan surau lebih awal.
Wallahua'lam..

Monday, December 3, 2018

SATU KISAH KEAJAIBAN BERSEDEKAH

*JOM BERSEDEQAH*💵👍

*Kisah yg mengetuk Hati*

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.
Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."
Rasulullah bersabda:
"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? "
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi.
Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".
MaaSyaa Allah...
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita".
Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

- 🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄 -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!