Saturday, May 9, 2020

34 MUTIARA KATA USTAZ ISMAIL KAMUS

Ini antara 34 mutiara kata Ustaz Dato' Ismail Kamus yang dapat dikumpulkan pagi ini.

Bacalah. Semoga ada yang memberi manfaat pada kita sebagai rantai pahala beliau.

1. "Dalam perjuangan, penat akan hilang, tetapi pahala akan berpanjangan"

2. "Memang baik menjadi orang penting. Tetapi lebih penting menjadi orang baik"

3. "Kita bukan gila kuasa. Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada orang gila"

4. "Bukan kematian itu yang harus ditakuti. Tetapi kehidupan setelah kematian itu lah yang harus ditakuti"

5. "Sedekah itu tabung akhirat. Jangan kita anggap yang sedikit tu sedikit. Walhal orang yang tidak memberi tu, lagi memiliki sedikit"

6. "Jangan jadi macam burung unta. Burung bukan, unta pun bukan. Sama macam manusia, nak kata islam pun bukan, bukan islam pun bukan. Waktu nikah islam, mati pun ikut islam. Tapi, masa hidup tak nak ikut islam"

7. "Dunia bukan tempat berehat, tetapi tempat beribadah"

8. "Boleh makan semua yang halal, tetapi jangan berlebihan"

9. "Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda"

10. “Bila kita tidur, jantung kita jalan. Bila kita berlari, jantung kita jalan. Bila kita berhenti, jantung kita jalan. Bila jantung kita berhenti, kita jalan"

11. “Kalau seksa neraka boleh dilihat dengan mata, masjid 16 tingkat pun takkan muat untuk jemaah untuk tunaikan solat”

12. "Azan bermula dengan Allahuakhbar untuk menyatakan pada kita bahawa yang sebenarnya Allah lah yang Maha Besar. Diikuti dengan pengakuan tuhan yang wajib disembah ialah Allah dan akui nabi Muhammad sebagai nabi Allah. Lepas tu baru laungan ajak solat"

13. "Ketika azan subuh kedengaran, berapa ramai yang hatinya tersentak untuk solat berjemaah? Berapa ramai yang melihat jemputan bilal tu sebagai jemputan akhirat?"

14. "Solat adalah kerehatan. Pasal ketika solat sepatutnya kita lupakan keresahan, kerisauan dan kepenatan dunia ni"

15. "Barangsiapa menanam padi, lalang akan tumbuh. Barangsiapa menanam lalang, padi tak akan tumbuh. Kalau cari akhirat, dunia akan dapat tetapi kalau cari dunia, akhirat tak akan dapat"

16. "Kita sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3 sahaja. Iaitu, semalam, besok dan, hari ini. Yang semalam dah tak ada, yang besok belum tahu lagi, yang tentu ada sekarang. Maka kita gunakan masa yang sangat sedikit itu untuk mendekatkan diri kepada Allah"

17. "Ibadat jangan tunggu masa lapang. Kita yang melapangkan masa untuk ibadat"

18. "Amalkan setiap hari, solat berserta solat sunat. Baca AlQuran (pagi Yasin, malam pula AlMulk, AsSajadah, dan AlWaqiah). Zikir Allah (100 kali), tahlil (300 kali), selawat (100-1000 kali), istighfar (100 kali) dan sedekah"

19. "Tuntutlah ilmu kerana 3 tujuan.
1. menghilangkan kejahilan, 
2. beramalah dengan ilmu tersebut; dan
3. mengajarkan orang dengan ilmu yg ada" 

20. "Janganlah pula setelah berilmu, kita memperbodoh-bodohkan org lain"

21. "Jagalah hati sampai mati"

22. "Orang berakal wajib solat. Orang gila tak wajib solat. Orang tak solat orang gila"

23. "Yang suka asap ni, jin je"

24. "Jangan dipandang kepada berapa besar dosa yg dibuat tetapi pandanglah kepada siapa kita berbuat dosa itu"

25. "Sebenarnya duit yg kita derma itulah bahagian kita punya. Yang simpan dlm poket tu belum tentu lagi. Boleh jadi pomen punya, boleh jadi klinik punya, yg semestinya waris punya. Kita punya yg mana? Yg kita sedekah itulah yg kita punya"

26. "Dibimbangi maksiat kita membuatkan Allah murka kepada kita, walaupun maksiat itu kecil. Bimbang kita tak sempat bertaubat"

27. "Tidur itu mati sementara. Mati itu mati selama-lamanya"

28. "Cinta dan sayang pada Ulama’ kerana Ulama’ adalah pewaris Nabi"

29. "Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat"

30. Al fulusu fik Dunia, walmamfus fil ahirah... (gurau beliau yang ditujukan kepada yg suka rasuah)

31. "Naik sampan kecil pun laut berombak, naik kapal besar pun tetap laut itu berombak. Adakah kita mengelak ombak Tuan-tuan? Tidak, kita tetap belayar lautan berombak itu. Begitulah juga dalam perkahwinan, ada masalah jangan lari, lalui ombak yang tetap berombak itu"

32. "Beruk atas pokok, kalau angin ribut kencang lagi kuat dia peluk pokok tu. Tapi kalau angin sepoi-sepoi, boleh tertidur dan silap-silap jatuh beruk dari atas pokok. Dalam perkahwinan, jangan keras-keras, cakap kena lemah lembut. Para suami, ingat falsafah beruk ni"

33. "Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

34. "Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam AlQuran sebulan dua kali"

Beliau pergi pada hari yang mulia dalam bulan mulia.

Kaset dan CD ceramah beliau laku keras. Penampilan beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam diantikan. Teknik ceramah beliau menjadi rujukan ramai penceramah dan orang baik-baik. Bersahaja, tetapi tegas.

Friday, May 8, 2020

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN - USTAZ ISMAIL KAMUS

DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS (2.12.1948-8.5.2020) 

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr 

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus 

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

tazkirah hati
C&P

#Share ilmu ini utk peringatan semua.

*InshaAllah* Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya.Àamiin

#KongsiIlmuBermanfaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!