Wednesday, December 19, 2018

50 Teka – Teki Zaman Tok Kaduk Dengan Jawapan Logik

1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya
sebab suka cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14.  Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar

15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba

26.  Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk?
Jawapan :  Stone Cold

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang

28. Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang

36. Benda apa bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung
Jawapan : Spender dicabut

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita

38. 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal

40. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut harijadi

41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.

Tuesday, December 11, 2018

BESARNYA GANJARAN SOLAT SUBUH

*RUGINYA* kalau:
1. Tertinggal Solat Sunat Sebelum Subuh (Rawatib Qabliyyah Subuh)
2. Solat Subuh Jemaah di Masjid

*Kenapa??*

1. Allah bersumpah dgn waktu subuh dalam *Al Fajr*, : “Demi fajar (waktu Subuh).
2. Dalam *Al Falaq*, Allah mengingatkan: “Katakanlah! aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh”.

Mengapakah Allah bersumpah dg waktu subuh dan menyeru manusia berlindung dg Allah yg menguasai waktu subuh.Tidak lain bahawa waktu subuh itu boleh membawa bahana yg besar manusia jika mereka melalaikan kehadirannya.

*Allah menawarkan waktu subuh sebagai hadiah yg lebih besar dari dunia dan isinya*. Sabda nabi
ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها
Dua rakaat solat fajar (subuh) lebih baik dari dunia dan seisinya. *(HR. Muslim)*

Dari hadis ini jelas bahawa jika kita terlepas dua rakaat solat sunat sebelum subuh,kita kerugian dunia dan isinya,maksudnya tiada kerugian yg lebih besar dari terlepasnya dua rakaat tersebut.

Pada solat subuh berjamaah pula, Allah janjikan
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah solat setengah malam. Orang yang ikut shalat subuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail). *(HR Muslim)*

Allah juga menjanjikan bahawa mereka yg bersolat subuh akan diberi perlindungan oleh Allah.
عن أبي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:من صلى الصبح فهو في ذمة الله رواه مسلم.
Rasulullah SAW bersabda, ”Orang yang melakukan solat subuh, maka dia berada di dalam perlindungan Allah”. *(HR Muslim)*

Janji lain oleh Allah bagi mereka yg bersolat subuh ialah tidak akan masuk neraka.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل غروبها رواه مسلم
Tidak akan masuk neraka seseorang yang solat sebelum terbit matahari (shalat subuh) dan sebelum terbenam. (HR Muslim)
Bahkan nabi mendoakan mereka yg solat subuh“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)..”
*(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)*

Mereka yg berat melakukan solat subuh adalah bersifat munafik seperti yg disebut oleh nabi.
“Sesungguhnya tiada yang dirasa berat oleh seorang munafik, kecuali melaksanakan solat Isya dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu akan keagungan pahalanya, niscaya mereka bakal mendatanginya (ke masjid, solat berjamaah) sekalipun harus berjalan merangkak-rangkak” *(HR Bukhari Muslim)*

Kesimpulannya, solat subuh itu lebih lagi berjamaah sangat besar perhatiannya oleh Allah.Siapa yg merasa berat melakukannya,terlewat hingga dikata subuh gajah, ingatlah amaran sifat orang munafik pada mereka yg sedemikian.Dengan tawaran ganjaran yg begitu besar yg Allah tawarkan,masihkah kita tidak bersedia meninggalkan bantal lebih awal,bersedia ke masjid dan surau lebih awal.
Wallahua'lam..

Monday, December 3, 2018

SATU KISAH KEAJAIBAN BERSEDEKAH

*JOM BERSEDEQAH*💵👍

*Kisah yg mengetuk Hati*

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.
Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."
Rasulullah bersabda:
"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".
Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW.
Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? "
Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi.
Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:
"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".
MaaSyaa Allah...
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:
Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:
"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita".
Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.
2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.
3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.
4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.
5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

- 🍄🍄🍄🍄🍄🍄🍄 -

Saturday, November 17, 2018

JUMPA KAWAN SBU

Jumpa kawan lama Yati semasa berkhidmat di SK Seri BINTANG UTARA.
Kami Sama2 peserta kursus Town Hall Pendidikan Khas di Auditorium Jakim Putrajaya..

Tuesday, November 6, 2018

SEMPENA CUTI DEEPAVALI 2018

Hari ni bawa Fikri jalan2 ke Banting... Bukan main seronok lagi dia..

Dalam perjlnan sebaik sampai ke Teluk Panglima Garang.. Kami terserempak dengan satu kebakaran besar yg melibatkan kedai hardware...
Takut tgk api yg semakin marak ...

Monday, September 17, 2018

SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT

Saya tertarik dengan petikan yang dihantar dalam salah satu group WhatsApp.
Maka saya kongsikan untuk peringatan kepada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya...

Maklumlah kita cuma insan biasa yang sering digoda syaitan dan terlena dgn nikmat dunia....

MELELEH AIR MATA KETIKA MEMBACA NI._
_SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH_

                 SOLAT

... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

1... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

2... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

3... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

4...Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

5... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

6... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

7... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

8... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

9... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

10... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭

☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...

Monday, August 20, 2018

31 DOA PILIHAN SEMPENA HARI ARAFAH

Tag orang-orang yang anda sayang

DOA ARAFAH - Esok, 21/8/18 Rebutlah satu jam ini

Assalamualaikum. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

Like & Share Pesan Bonda

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2018 jatuh pada 21/08/2018 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!

Aamiiin...

Sunday, August 19, 2018

28 PERKARA MENGENAI PAHALA BAGI YANG BERGELAR WANITA

SEDUTAN FADHILAT DARI BAYAN MASTURAT OLEH MAULANA SYED AHMAD KHAN DI PAKISTAN PADA 1991.

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 1000 orang wali.

2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

3. Dua rakaat sembahyang daripada wanita yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat sembahyang wanita yang tidak hamil.

4. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang dia berikan.

5. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan dapat pahala jihad.

6. Seorang isteri yang tidur dengan tidak selesa kerana anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

7. Isteri yang lihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang lihat isterinya dengan kasih sayang Allah akan pandang dengan penuh rahmat.

8. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya akan jadi ketua kepada   70 000 bidadari dan wanita itu akan dimandikan dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari ya’kut.

9. Wanita yang tidak cukup tidur di malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan dosanya dan bila dihiburkan anaknya Allah memberinya 12 tahun pahala ibadat

10. Wanita memerah susu binatang dengan membaca bismillah, akan didoakan binatang itu dengan doa keberkatan.

11. Wanita yang uli tepung dengan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya.

12. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir, dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

13. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suaminya, Allah izinkan dia memasuki mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.

14. Pahala bagi wanita yang hamil, seperti berpuasa pada siang hari, seperti beribadat di malam hari.

15. Sekiranya wanita itu mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.

16. Kalau wanita beri susu dadanya kepada anaknya yang menangis,Allah akan beri pahala satu tahun solat dan puasa.

17. Kalau wanita menyusu anaknya sampai cukup tempoh 2 tahun,maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat, Allah bagi pahala 12 tahun pahala solat.

19. Wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh baginya pahala 70 mangkuk emas,manakala wanita yang memicit suaminya bila disuruh, akan dapat pahala 7 mangkuk perak,

20.  Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

21. Jika suami mengajar isterinya satu permasalahan agama, baginya 80 tahun ibadat.

22. Semua orang akan dipanggil untuk melihat Allah diakhirat,tetapi Allah datang sendiri kepada wanita yang melabuhkan jilbabnya.(berpurdah)

23. Seorang wanita yang menyambut baik suaminya yang datang dengan kemarahan,Allah akan berinya ganjaran setengah pahala jihad.

24. Allah S.W.T berkati dalam rezeki apabila seorang wanita memasak dengan zikir bismillah.

25. Allah S.W.T melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

26. Kepada wanita yang tidak menutup aurat,Allah S.W.T berfirman “hiduplah dengan apa yang kau suka”

27. Seorang wanita yang membersihkan rumahnya dengan berzikir, pahalanya seolah-olah ia membersihkan kaabah.

28. Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat pada suaminya yang pulang dari musafir,maka Allah S.W.T memberikannya 12 tahun  ibadat nafil.

Sunday, August 12, 2018

20 DOSA SUAMI YANG DIBENCI ALLAH SWT

Menjadi seorang imam dalam sebuah keluarga, seorang suami dituntut untuk tegas dan mampu menyelesaikan berbagai masalah yang ada. Selain itu, menafkahi seluruh anggota keluarga juga menjadi salah satu kewajibannya.

Namun, sebagaimana manusia, pasti tidak luput dari dosa. Meski begitu, 20 dosa yang dilakukan suami ini sangatlah dibenci oleh Allah SWT, seperti yang dikutip dari inspiradata.

1. Menjadikan isteri sebagai Pemimpin Rumah Tangga.
Dari Abu Bakrah, ia berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita,’” (HR.Ahmad n0.19612).

2. Menelantarkan Belanja Isteri
Dari  ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata, “Rasululluah bersabda, ’Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia menelantarkan belanja orang yang menjadi tanggung jawabnya,’” (HR.Abu Dawud no.1442, Muslim, Ahmad dan Thabarani).

3. Tidak Memberi Tempat Tinggal yang Aman
Tempatkanlah mereka (para istri) di tempat kalian bertempat tinggal menurut kemampuan kalian dan janganlah menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka. Jika mereka (istri yang di thalaq) itu sedang hamil, berikanlah kepada mereka nafkahnya sampai mereka melahirkan,” (QS.Ath-Thalaaq (65):6).

4. Tidak Melunasi Mahar
Dari Maimun Al-Kurady,dari bapanya,ia berkata, “Saya mendengar nabi bersabda, ’Siapa saja laki laki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak, tetapi dalam hatinya bermaksud tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu, berarti ia telah mengacuhkannya. Bila ia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu, kelak pada hari kiamat ia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq,’” (HR. Thabarani, Al-Mu;jamul, Ausath II/237/1851).

5. Menarik Mahar Tanpa Keredhaan Isteri
“Jika kalian (para suami) ingin mengganti isteri dengan isteri yang lain,sedang kalian telah memberikan kepada salah seorang di antara mereka itu mahar yang banyak,janganlah kalian mengambilnya kembali sedikitpun. Apakah  kalian akan mengambilnya kembali dengan cara yang licik dan dosa yang nyata? Bagaimana kalian akan mengambilnya kembali,sedangkan kalian satu dengan lainnya sudah saling bercampur (sebagai suami isteri) dan mereka ( isteri2 kalian) telah membuat perjanjian yang kukuh dngan kalian,” (QS.An-Nisaa’(4):20-21).

6. Melanggar Persyaratan Isteri
“Hai orang orang yang beriman, penuhilah janji janji kalian,” (QS.Al-Maaidah(5):1).

“Dari Uqbah bin “Amir ra,ia berkata, “Rasulullah bersabda, ‘Syarat yang paling berhak untuk kalian penuhi ialah syarat yang menjadikan kalian halal bersenggama dengan isteri kalian,’”(HR.Bukhari no 2520, Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi).

7. Mengabaikan Keperluan Seksual Isteri
Dari Anas, Nabi bersabda, ”Jika seseorang di antara kalian bersenggama dengan isterinya, hendaklah ia melakukannya dengan penuh kesungguhan. Selanjutnya, bila ia telah menyelesaikan kebutuhannya (mendapat kepuasan) sebelum isterinya mendapatkan kepuasan, janganlah ia buru buru sampai isterinya menemukan kepuasan,”(HR.’Abdur Razzaq dan Abu Ya’la, Jami’ Kabir II/19/1233).

8. Menyenggamai Isteri Saat Haid
“Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah:’ haid itu adalah suatu kotoran.’ Oleh kerana itu,hendaklah kalian menjauhkan  wanita pada waktu haid dan janganlah kalian mendekati mereka sebelum mereka bersuci. Apabila mereka telah suci,campurilah mereka di tempat yang diperintahkan Allah kepada kalian. Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang bertaubat dan menyukai orang orang yang menyucikan diri,” (QS Al-Baqarah(2):222).

9. Menyenggamai Isteri lewat Duburnya
Dari Ibnu Abbas, ia berkata, ”’Umar (Ibnu Khaththa) datang kepada Rasulullah, ia bertanya, ’Ya Rasullullah, saya telah binasa.’ Beliau bertanya, ‘Apa yang menyebabkan kamu binasa?’ Ia menjawab, ‘Semalam saya telah membalik posisi isteriku.’ Akan tetapi beliau tidak menjawab sedikitpun, lalu turun kepada Rosulullah saw ayat.’ Isteri kalian adalah ladang bagi kalian, maka datangilah ladang kalian di mana dan kapan saja kalian kehendaki.’ Selanjutnya beliau bersabda, ‘Datangilah dari depan atau belakang, tetapi jauhilah dubur dan ketika haid,’”( HR Tarmidzi no.2906).

10. Menyebarkan Rahsia Hubungan dengan Isteri
Hubungan suami isteri haruslah dilakukan di tempat yang tidak terlihat orang lain, bahkan suaranya pun tak boleh terdengar orang lain. Suami isteri wajib menjaga kehormatan masing masing apalagi di hadapan orang lain. Suami yang menyebarkan rahsia diri dan isterinya ketika bersenggama berarti telah melakukan perbuatan durhaka terhadap isteri.

11. Menuduh Isteri Berzina
“Dan orang orang yang menuduh isteri mereka berzina,padahal mereka tidak mempunyai saksi saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian satu orang dari mereka adalah bersumpah empat kali dengan nama Allah bahwa sesungguhnya dia adalah termasuk orang orang yang benar(dalam tuduhannya). Dan kelima kalinya (ia mengucapkan) bahwa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ternyata ia tergolong orang orang yang berdusta,” (QS. An-Nuur (24):6-7).

12. Memeras Isteri
“Dan janganlah kalian meneruskan ikatan pernikahan dengan mereka (isteri-isteri) untuk menyusahkan mereka. Barang siapa berbuat demikian, maka sungguh dia telah menganiaya dirinya sendiri,” (QS.Al-Baqarah(2):231).

13. Merosak Martabat Isteri
Dari mu’awiyah Al-Qusrayiri, ia berkata, ”Saya pernah datang kepada Rosulullah.’ Ia berkata lagi, ’Saya lalu bertanya, ’Ya Rasulullah, apa saja yang engkau perintahkan (untuk kami perbuat) terhadap isteri-isteri kami?’ Beliau bersabda, ’Janganlah kalian memukul dan janganlah kalian menjelek-jelekan mereka,’”(HR Abu Dawud no 1832).

Ketujuh dosa lainnya yaitu:

14. Memukul (Tanpa Peringatan Terlebih Dahulu)

15. Menyenangkan Hati Isteri dengan Melanggar Agama

16. Mengajak Isteri Berbuat Dosa

17. Memadu Isteri dengan Saudari Atau Bibinya

18. Berat Sebelah dalam Menggilir Isteri

19. Menceraikan Isteri Solehah

20. Mengusir Isteri dari rumah

Dari Blog Semuanya JDT. Com

Friday, August 3, 2018

33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran*

OLEH USTAZ IQBAL ZAIN, PADA 14 AUG 2017

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

*#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal*

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

*#2 – Tujuan Memohon Hidayah*

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

*#3 – Tujuan Bermunajat*

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

*#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit*

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

*#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya*

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

*#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras*

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

*#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan*

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

*#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai*

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

*#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan*

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

*#10 – Niat Mentaati Perintah Allah*

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

*#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan*

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

*#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat*

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

*#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi*

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

*#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam*

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

*#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga*

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

*#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah*

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

*#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah*

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

*#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran*

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

*#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka*

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

*#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah*

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

*#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur*

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

*#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan*

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

*#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

*#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah*

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

*#25 – Tujan Mendapat Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

*#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum*

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

*#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia*

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

*#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran*

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

*#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

*#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya*

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

*#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq*

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

*#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu*

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

*#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin*

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat

Monday, July 30, 2018

4 Tip Untuk Membiasakan Diri Solat Pada Awal Waktu

Sahabat, jangan sampai kita solat sekadar memenuhi kewajiban saja. Dilakukan sambil lewa, di akhir waktu pula, kerana sesungguhnya ada banyak keutamaan melaksanakan solat dengan sempurna rukun-rukunnya dan di awal waktu, lebih baik lagi jika dilakukan
secara berjamaah di masjid khususnya bagi yang lelaki.

Berikut adalah keutamaan solat tepat pada waktu yang perlu kita ketahui sebagai motivasi. Semoga Allah mudahkan kita selalu solat tepat di awal waktunya :

#1 Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg harus dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup laptop atau simpan handphone kita.

#2 Pasang penggera waktu solat dalam handphone,tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.

Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”

#3 Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.

#4 Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.

Semoga bermanfaat!

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.

Kredit: Staf Islamik Info

Saturday, July 28, 2018

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

*Selepas baca boleh SHARE :)

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

Monday, July 9, 2018

15 PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH PARA SUAMI

Bila berlaku krisis rumah tangga di mana si isteri dipersalahkan seperti :-

Tak jaga kecantikan
Masak tak sedap
Tak pandai masak
Bersepah malas mengemas
Asyik nak balik rumah dia je
Badan membesar jadi gemuk tak cantik
Pemalas
Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang ...

Kadang2 ada masa isteri membebel bukan kerana merungut tak tentu pasal, dia minta perhatian bila kdg kerja rumah dan urus anak2 dah terbeban....
Bila nampak suami balik kerja hajat hati nak mintak suami pujuk hati kurangkan stresss.. Bkn pentingkan diri tapi nak merasai sama2 penatnya...

Pernahkah kamu terfikir wahai lelaki sepanjang usia perkahwinan kamu itu .. :-

1.Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin?

2.Makan pakaiannya kamu berikan secukupnya tak?

3.Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
Jika tak pernahkah kamu berusaha untuk berubat dsbg?

4.Bila dia perlukan teman berbual kamu ada di sisinya tak?

5.Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?

6.Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?

7.Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis?

8.Kamu bangun salinlampin baby malam2 masa dia dlm pantang tak?

9.Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?

9.Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?

10.Kamu bawa dia ke masjid dengar majlis ilmu tak?

11.Kamu bawa dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?

12.Kamu bawa dia pergi umrah dan haji tak?

13.Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?

14.Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?

15.Kamu bagi duit tak setakat yg kamu mampu? Ke kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah TIDAK untuk semua permasalahan di atas maka jangan salahkan PEREMPUAN ... they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you !

Tapi jika kau dah berikan segala2nya di atas dan dia masih macam celaka ... maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur ... !

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang ... dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat sweet ....

Kredit untuk:

Fb YM Raja Shamri
@Padang Luas Jerteh
Terengganu.
21 Nov 2013

Sunday, July 8, 2018

30 PANDUAN HIDUP

Just Sharing...

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊

Saturday, July 7, 2018

PART 3: SNORKELING DI MERSING

Jam 0348 kami tiba di homestay kat Mersing

Homestay 3 bilik itu menempatkan kami semua...

Aku bersama 5 lagi menempah bilik utama...he he...so ada aircond...kami menyambung tidur ...zzzz

Jam 0545...bangun utk beratur mandi dan solat subuh...

Siap2 pakai baju mandi...hmmm...semangat tinggi bukan main masing2

Jam 0700 semua berkumpul di atas bas sepatutnya...tapi biasalah mesti ada yg fesyen tidak patuh pd waktu...redha jelah

PART 2: SNORKELING DI MERSING

Jam 1215 kami singgah di rnr Pagoh selama 1 jam..

Kat ni barulah aku n hubby sempat solat jamak...

Surau perempuan mmg xde org...sunyi...mklumlah pukul 12 lebih..

Lps tu kami makan dan minum di gerai nasi ambang pagoh...boleh tahanlah rasanya...

Friday, July 6, 2018

DAY 1 Part 1:SNORKELING DI MERSING

6.7.2018 (Jumaat)

Jam 1845 aku dan hubby dah siap nak gerak...

Alamak..tayar belakang keta pancit...bergegas kami ke kedai tayar dulu...

Jam 1905 ...tayar siap...terus gerak meredah jem...

Jam 2010 kami sampai di PULAPOL...bas dah sedia menanti...

Jam 2040...taklimat dan snack diberikan...lps tu tayar bas pun bergolek ..

Rombongan seramai 26 org dengan satu azam...snorkeling di Mersing

Sunday, July 1, 2018

7 FUNGSI BUTANG PADA PERIUK NOXXA


Berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya:-

1.HIGH PRESSURE 
- fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll

2. LOW PRESSURE
- fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

3. WARM /REHEAT
- memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

4.STIR - FRY
- fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

5.STEAM
- fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih

6.SLOW COOK
- memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.

7. DELAY TIMER
- sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE.

5.Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.

7.Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). 

8.Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM

5.Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak.

3.Masukkan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.

4.Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi.

5.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

6.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM.

7.Tekan butang STEAM dan set masa.

8.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot.

3.Tekan butang STIR-FRY pada panel.

4.Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng.

5.JANGAN TUTUP dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.

6.Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM.

5.Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak).

https://youtu.be/2sX09eQrUn4

Tuesday, June 26, 2018

DOA TERBAIK SAAT MENUNAIKAN UMRAH


"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami dan pembantu rumah kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

Kredit tu http://sallymzain.blogspot.com
Kredit tu MariaFirdaus 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!