Sunday, May 27, 2018

KISAH TUGASAN 3 ORANG MENTERI

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat semoga semua dalam Rahmat dan Redha Allah selalu.

Di pagi ini sedikit renungan buat kita bersama.

KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER

Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi,

tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.

Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?

Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak

Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi

Imannya tidak sekukuh menteri A.

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...

Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,

Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,

Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.

Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.

Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.

Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????

Dan penjara itu seumpama Kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

Monday, May 21, 2018

30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN

Jom Prepare!

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minimum 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minimum seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al-Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

15. Jauhkan aktiviti yg lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.

17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna.

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang.

23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki).

25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..hadirkan Allah di dalam hati.

Berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.

Cnp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!