Sunday, March 25, 2012

TIPS AGAR SUARA MERDU


Suara yang merdu dan sedap didengar selalunya dimiliki oleh para qari(qariah), penyanyi, DJ radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan. Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Walaupun kekadang kita sendiri pun tak mengenali wajah mereka, kan?
Tapi agak-agak andalah, bagaimana mereka ni dapat memiliki suara yang begitu merdu?
Adakah memang suara mereka tu sedap secara semulajadi ataupun mereka pandai menjaga suara?
Kalau dah sedap secara semulajadi, itu merupakan kelebihan yang telah dikurniakan kepada merekalah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tiada kelebihan tersebut?
Sebenarnya, anda boleh melatih suara ataupun mengamalkan petua tertentu untuk memerdukan suara. Salah satu cara melatih suara ialah dengan menjerit di dalam bekas yang berisi air. Setahu saya, cara ini selalu diamalkan oleh para qari dan qariah.
Manakala antara tips menjaga suara lain yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita adalah;
1. Banyak meminum air suam atau air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. 
5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat, kopi segera dan coklat
6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.
8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.
9. Tidak merokok.
Baiklah, sekarang akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan suara yang merdu atau sedap.
Caranya begini;
1. Anda sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.
Selamat Mencuba! SUMBER 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!