Friday, March 2, 2012

AKU MASIH SAYANGKAN SEKOLAH

Semalam aku tersadai aje di katil akibat sakitku namun ini tidak menghalang aku meneruskan tugas2 yang masih belum selesai...pagi2 lagi aku dah terima sms yg menambah tugasku...tak apalah akan ku usahakan sedaya mungkin...setelah dua hari berturut2 membawa murid2 persembahan ke Putrajaya...aku terasa letih yang amat sangat...tak cukup rehat menyebabkan aku terus jatuh sakit...suamiku yang melihat keadaanku yang terlalu lemah terus tidak izinkan aku ke sekolah walau berkali2 aku merayu padanya...

Hari ini kugagahi jua memandu ke.sekolah....sesampainya aku di pejabat...ku terima sepucuk surat yang meminta tindakan segera...aku terus berikan sijil cuti sakit kepada guru besar dan meminta izin untuk melaporkan diri ke tempat baru yang sepatutnya aku pergi semalam....sampai di sana pelbagai borang perlu aku isi...dan aku hanya dibenarkan membuat penangguhan selama seminggu...walaupun guru besar aku inginkan penangguhan itu lebih lama lagi...

Selesai melapor diri...aku bergegas ke sekolah...ada 3 kes disiplin yang perlu aku selesaikan segera....dalam keadaan pengaruh ubatku,,,alhamdulillah dapat jua aku selesaikan kes2 tersebut...aku teruskan usaha menyiapkan projek khas untuk disiplin dan pusat sumber...sebelum aku pergi biarlah kesemuanya dapat aku siapkan...sekurang2nya dapat membantu pihak sekolah dan dijadikan panduan untuk projek2 seterusnya...aku ingin berehat sebentar tetapi memandangkan kerja2 itu akan tergendala..aku lupakan sebentar sakitku...sehingga jam menunjukkan hampir pukul 4...aku masih lagi menaip berseorangan di library...mujurlah aku tersedar...kalau tidak alamat lambatlah lagiku sampai ke tempat Fikri...

Aku terus turun dari tingkat 3...waktu tu baru ku terasa keadaan sekolah yang sudah sunyi sepi...dengan lemah ku langkahkan kakiku ke kereta dan memandu ke tempat Fikri untuk menunggu ayahanda....alhamdulillah aku sempat sampai sebelum ayahanda tiba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!