Sunday, March 3, 2019

20 AKTIVITI HARIAN SELEPAS BERSARA

Saya terjumla ni ........
Bacalah kot2 boleh dijadikan sedikit aktiviti pada yg rasa sesuai...

Ada orang bimbang kalau pencen awal tak tahu apa nk buat. Sila baca ini dan pelan2 buat. Insya-Allah hidup dipenuhi dgn xtvt kerohanian... *JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH USTAZ ISMAIL KAMUS*

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfr

( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X

8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X

9. Baca Doa Nabi Yunus

( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x

10. Tasbih 40x

( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas

19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

[Ustaz Ismail Kamus]

## Share ilmu ini utk peringatan semua
Ps: kongsi ilmu walau sedikit moge2 yg sedikit ini membawa kite ke syurga Allah S.W.T in shaa Allah Allahuma Aameen!

😘
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Friday, March 1, 2019

8 MASALAH STUDENT PHD

Petikan dari FB Mohammad Tazli Azizan

Selesai jadi examiner PhD viva sebentar tadi. Aku ni ganas nau kot drill student gila-gila. Kawan aku pun dah takut nak ambik jadi examiner. Hahaha. Masa baca report memang tak berapa nak perasan tapi bila time grill, kita nak tolong student supaya dapat buat yang terbaik, memang banyaklah kena komen.

Ok, PhD ni kita tak boleh syok suka-suka je syarat asal ada. So meh aku nak kongsi beberapa masalah pelajar-pelajar PhD ni masa sediakan tesis

1. Abstrak - Masa tulis abstrak tu kena pastikan abstrak tu holistik yang cover dari introduction sampailah kepada results dan short conclusion- yg ni pelajar PhD tak masalah sgt. FYP atau MSc selalu sangkut bab tulis abstrak- yelah dah jarang menulis, buat karangan last sekali pun masa SPM saja.

2. Problem statement - yang ni selalu ada isu. Ada PhD candidate tak dapat nak define masalah betul-betul. Tak dapat nak address dan tutup gap. Tiba-tiba saja muncul solusi kepada masalah yang tak tahu apa punca, kan ajaib gitu?

3. Objektif- yang ni pun ada kes yang tak clear apa objektif kajian mereka. Guide words yang guna pun tak betul nak explain objektif. Kalau objektif tak betul, macam mana kajian akan terarah jadi betul? Mesti kajian akan jadi messy

4. Originality- kadang-kadang ada pelajar PhD yang cuma tunjuk dia banyak kerja dan ‘busy’ tapi rupanya tak ada ‘originality’. Macam mana nak sumbangkan kepada pembinaan ilmu baru kalau buat macam-macam tapi semua orang dah pernah buat? Dalam PhD minimum kena ada dua atau tiga originality yang kena kaji in depth.

5. Literature review- selalu orang ingat literature revew ni hanyalah summarisekan semula jurnal paper yang kita baca. Tettt. Silap. Literature review is where you build up the knowledge from other people’s findings. If there are similarities on the findings, why, if there are differences, why? Critically and scholarly argue on these findings. A good literature review is about seeing the bigger picture from the collections of all these journal papers and theses and relate them back to your research objectives.

6. Methodology- yang ini pun isu. Kita kena berbalik kepada objektif asal. Kalau kaedah/methodology kita tak cuba untuk menjawab objektif, lintang pukanglah kajian kita. Methodology ni ada disiplin dia, ada pre-requisite dia. Kalau cilok sana sikit, sini sikit, buat yg itu, tinggalkan yang lain, ia akan menyebabkan kajian kita boleh ‘contested’ by the examiner. Apa data kita nak study pun kena pastikan valid dan reliable, kalau part ni silap, samada reviva atau faillah PhD tu. Reviva atau disuruh buat experiment baru tak apa lagi, kalau fail, nangislah tak berlagu.

7.Results dan Analysis- part ni paling saya suka nak tengok tesis tu kuat atau tak. Tesis yang kuat, segala results yang dia perolehi dia akan ‘triangulate’ utk validate the results. Contohnya, bila dia dapat satu observation atau results, dia akan mencari sebab kenapa fenomena itu berlaku, kemudian dia akan kaitkan balik dengan penemuan-penemuan lain dalam kajian dia, penemuan-penemuan lain daripada kajian orang lain, dan seterusnya kaitkan dengan teori asal yang berkait dengan fundamental disiplin kajian beliau. Dia akan critically argue This is about making sense. Selalu part ni ramai pelajar PhD gagal tulis tesis dengan baik sebab dia hanya akan cakap, I got this trend and that trend and this finding is similar with this people and that people. Lepas tu that’s it. Tak cuba nak relatekan balik dengan fundamental, atau tak cuba nak make sense dengan penemuan dia yang asal. This is where the scholarly part kicks in. Ada pelajar PhD yang cukup-cukup makan memang hanya akan cuba fill in the template. Asal ada je. Rugi ada PhD graduate camni, tak membantu menyumbangkan pembangunan nilai akademik kepada academic community dan negara.

8.Conclusion- conclusion kena jawab balik objektif. Tercapai ke tak, kalau tak tercapai kenapa tak tercapai, apa limitasi dalam kajian. Apa pulak recommendation untuk sambung kajian, dan basis kenapa kita suggest recommendation macam tu.

Itu la kot yang saya boleh kongsi sket hasil pemerhatian den beberapa tahun ini. Janganlah jadi mereka yang gagal ya. Happy thesis writing.

#UTPinMe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!