Tuesday, June 28, 2011

SUAMI APAKAH INI??????

Rupa2nya dalam dunia ni ada macam2 kisah rumahtangga. Bagi sesiapa yang tidak mengalami atau melihat di sekeliling hidup mereka, tidak mungkin akan tahu..
Realitinya... Its happen in our society... muslim society..


 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

Monday, June 27, 2011

PETUA 8P SITI NUR BAHYAH

Buat pedoman untuk diri saya sendiri dan semua.....

Ustazah Siti Nur Bahyah
 berkata,


1) P yang pertama ialah puji iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak


2) Katanya, P kedua ialah peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje.




4) Perhatian’  adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah percutian di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah permohonan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.


Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Setiap jenis muzik adalah bentuk komunikasi yang hebat; dan manusia di seluruh dunia menggemari beberapa bentuk muzik.  Penyanyi mengetahui tahapnya sendiri, berapa berkuasanya suara mereka sebagai alat yang dapat menunjukkan ekspresi diri mereka. 

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus telah mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat persembahan, dan memang inilah teknik yang dipelajari.  Penyanyi
perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.  Mempelajari
teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya. 

Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma.  Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma.  Otot berbentuk-kubah ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk
menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya.  Sekiranya anda terus menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh
menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat suara anda dan merosakkan pita suara anda.

Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan kebiasaan biasa sehingga ia menjadi tabiat.  Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul
membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.

Untuk menyanyi mengikut kemampuan anda sebaiknya dan mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap suara anda, Anda mesti belajar untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan penuh dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap berapa dengan cepat udara dihembus keluar.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:

Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan sebuah buku besar di di bahagian tengah abdomen anda.  Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik.  Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.

Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini menjadi sifat semula jadi sampingan dan anda akan bagus di dalam cara pernafasan yang betul dan nyanyian yang hebat.



Oleh : Zarul Umbrella

Wednesday, June 22, 2011

DI MANA LETAKNYA KEDUDUKAN BAHASA MELAYU?


Oleh ROHAMI SHAFIE
(Utusan Malaysia - Isnin 20 Jun 2011)

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

MESKIPUN isu bahasa Melayu sudah lama diperkatakan, namun setakat ini tiada perubahan drastik yang boleh dilihat bagi memartabatkan bahasa rasmi Malaysia di buminya sendiri.
Bahasa Melayu layu di tanah air sendiri. Layu umpama menanti rebah ke bumi. Pengalaman penulis ketika berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, menggambarkan bahawa Bahasa Melayu dipinggirkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Ketika penulis tercari-cari jalan

LETIH GILER.........

Satu hari yang begitu memenatkan. Pagi2 lagi aku hantar Fikri ke pusat jagaannya. Lepas tu terus ke PKG Keramat.Walaupun jaraknya cuma lebih kurang 2 - 3 km saja dari tempat Fikri tapi masa yang diambil selama hampir sejam. Angah ikut sama tapi dia tinggal aje dalam kereta, sambung tidur sebab

Monday, June 20, 2011

SEMPENA HARI BAPA

 Dititipkan di sini beberapa sajak sempena Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

CUCUR CEKODOK - PULAU PINANG

Penyanyi : Kumpulan Pak Man Telo dan M. Shariff


Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Ambik tepong uli-uli
Dah siap buleh polok

(Chorus)
pesan gula pat tahil 
pesan tepong pat talam
pesan gula pat tahil
buat cucok badak
pesan gula pat tahil
pesan tepong pat talam
buat cucokbadak

Yang ni pula kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
Yang ni kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
kalau makan jangan berebut
takut lekat celah gigi
(Ulang Chorus)

Karipap lempeang bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Karipap lempenag bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Cucok badak cucok udang 
boleh makan pagi dan petang
(Ulang Chorus)













Tuesday, June 14, 2011

ANAK TUPAI - KELANTAN

Penyanyi : Halim Yazid
(KLIK UNTUK DENGAR LAGU) 

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dale hutan sejenis mamalia

kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
jatuh jare jare kerana dia tak sobar

pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

ore jame ritu pakat hambat tupai
bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

sakat bedil ado tupai habih mati
hok ni lah saya raso kita sangat rugi

kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi

loni kapung atau bandar jare buleh tgk
bapok tupai ibu tupai jale bawak anok

rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
mari dale baruh bekali kena racun tebaka

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

ULEK MAYANG - TERENGGANU

(KLIK UNTUK DENGAR LAGU)
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

PERMOHONAN KE SEKOLAH SENI MALAYSIA

Kepada sesiapa yang berminat.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Seni Malaysia sesi 2012  adalah melalui sistem online eSSeM yang telah bermula pada 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. 
Permohonan terbuka bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 sahaja.
 

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Lulus Uji Bakat
4. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011
Maklumat Am
1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 27 Jun 2011
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat

Sila layari Laman Web KPM, http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/ untuk mengisi borang tersebut. 

Sunday, June 12, 2011

MATEMATIK DAN ISLAM

Petikan dari laman web Berita Harian

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20061226233400/Article/


Islam pelopor matematik
Oleh Zef Othman

KAJIAN dalam bidang matematik yang sebelum ini dianggap dikuasai kalangan pengkaji pendidik Barat pada dasarnya mula dipelopori ilmuwan Islam menerusi tokoh ternama dunia seperti Al-Khwarizmi, Omar Khayyam dan Al-Khashi.

Penyelidikan yang dilakukan berdasarkan simpanan manuskrip mendapati ahli matematik dalam kalangan umat Islam mula melaksanakan kerja kira-kira secara intensif empat ribu tahun lebih awal berbanding yang diperkenalkan oleh pengkaji Barat.

SISTEM CANGGIH: Model glob cakerawala dibina di Balai Cerap Maragha
pada 1279 sebelum Masihi dan disimpan di Dresden sejak 1562.

Resepi Warisan Bonda: ASAM PEDAS BONDA

Resepi Warisan Bonda: ASAM PEDAS BONDA: "6 ekor ikan kembung- siang dan bersihkan 8 biji cili kering 1 1/2 inci belacan bakar 4 ulas bawang merah 1/2 sudu makan garam kasar 6 k..."

Wednesday, June 8, 2011

TIP AWET MUDA 13

13. Dapatkan banyak cinta dan kasih sayang



Dr. Marian C. Diamond adalah salah seorang ahli anatomi saraf terkemuka di dunia. Dia melakukan kajian menggunakan tikus muda untuk menentukan apakah keadaan lingkungan mempengaruhi pertumbuhan. Sebuah kandang yang diisi oleh 12 ekor tikus dipenuhi oleh berbagai alat yang boleh digunakan untuk bermain. Sebaliknya, kandang yang satu lagi tidak diisi mainan sama sekali. Tikus-tikus yang kandangnya diisi dengan mainan dapat menyelesaikan ujian lebih cepat dibandingkan dengan tikus yang diletakkan dalam kandang tanpa mainan. Tikus-tikus tersebut juga menunjukkan kemampuan untuk menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Dr. Diamond pula melakukan ujikaji yang sama menggunakan tikus yg lebih tua, dan dia memilih tikus-tikus berusia 600 hari, yang lebih kurang sama dengan 60 tahun usia manusia. Namun, beberapa ekor tikus mati menjelang usia 600 hari. Dia memutuskan untuk mencuba dan memperbaiki jangkamasa usia tikus dengan menambahkan bahan tambahan dalam ujikajinya: kasih sayang. Daripada menempatkan tikus-tikus tersebut dalam kandang setelah dibersihkan, para ilmuwan yang terlibat dalam penelitian memelihara tikus-tikus tersebut. Didapati, tikus-tikus tersebut hidup lebih lama dibandingkan dengan yang tidak dipelihara.

TIP AWET MUDA 12

12. Berhenti merokok

Dr. Rippe, yang telah disebutkan sebelumnya, juga menyatakan bahawa jika anda berusia 50 tahun dan anda merokok, maka anda memotong 7 tahun usia anda. Sehubungan dengan penuaan, merokok membuat kulit anda menjadi keriput dan membuat anda kelihatan lebih tua.

TIP AWET MUDA 11

11. Asahlah terus otak anda

Sejumlah data yang berjaya diungkap selama dua puluh tahun terakhir memastikan bahawa otak terus berkembang, mengembangkan neuron-neuron baru dan jaringan di antara neuron tersebut sepanjang hidup. Sebagai maklumat tambahan, penyakit otak yang sering dihubungkan dengan pertambahan usia dapat dihilangkan dengan terus menstimulasi otak. Dr. Yakov Stern, Ketua Division Cognitive Neuroscience di Sergievsky Center, Universiti Columbia menyatakan bahwa “Individu yang terus menerus menstimulasi kehidupannya melalui pendidikan, pekerjaan, dan kegiatan-kegiatan yang berhubungan dengan hobi, akan mengurangi kecenderungan terkena Alzheimer. Kajian menunjukkan bahwa kemungkinan terkena Alzheimer berkurang sebanyak 35% hingga 40%.”

TIP AWET MUDA 10

10. Cukup tidur

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Medik Chicago menemukan bahawa memendekkan waktu tidur anda dari 8 jam menjadi 4 jam akan mempengaruhi kadar glukosa dan fungsi endokrin anda kurang dari 1 minggu. Perubahan ini akan nampak seperti tahap awal jika anda terkena diabetes. Para pengkaji juga membut kesimpulan bahawa kekurangan tidur bukan hanya menyebabkan anda memiliki permulaan hari yang lemah, namun anda juga akan terdedah kepada beberapa penyakit seperti diabetes, hipertensi, obesiti dan hilang ingatan.

TIP AWET MUDA 9

9. Makanlah makanan yang banyak serat

Dr. Oz dari Universiti Colombia menjelaskan bahawa salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga kesihatan pencernaan anda. Untuk menjaganya anda memerlukan 25 gram serat setiap hari. Serat bekerja dengan menjaga semua nutrisi yang anda makan dalam tubuh dan melepaskan nutrisi tersebut jika diperlukan. Serat dapat diperolehi dalam buah-buahan dan sayuran. SElain daripada itu , anda juga boleh mencuba tips berikut:
• Pilih makanan yang mengandung gandum sebagai sarapan atau kudapan.
• Cubalah nasi merah atau pasta yang dibuat dari gandum.
• Makanlah oatmeal untuk sarapan anda.

TIP AWET MUDA 8

8. Makan makanan yang banyak mengandung anti oksidan

Dr. Mehmet C. Oz, M.D., salah satu penulis buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty menunjukkan bahawa antioksidan merupakan makanan anti penuaan, dan salah satu makanan sumber antioksidan yang paling disukainya adalah blueberry. Beliau berkata bahawa, “Semua makanan berwarna gelap memiliki semacam zat antisoksidan yang dapat melindungi anda.” Makanan anti penuaan lain di antaranya brokoli, tomato, dan blueberry, buah kecil yang berasal dari hutan di Amerika Selatan yang sering dijumpai dalam minuman jus di Amerika Syarikat. Ia menyarankan anda makan 5 macam makanan yang mengandungi   antioksidan setiap harinya.

TIP AWET MUDA 7

7. Pertahankan kesihatan kulit anda

Tips ini tidak akan membantu anda untuk hidup lebih lama, namun selama anda berusaha untuk memanjangkan usia hidup anda, tidak ada salahnya jika anda berusaha untuk tampil sebaik mungkin. Amy Wechsler, ahli gigi, psikiater, dan penulis The Mind-Beauty Connection: 9 Days to Reverse Stress Aging and Reveal More Youthful, Beautiful Skin , menjelaskan bahawa retinoids dapat mengurangi keriput anda. Beberapa krim kecantikan mengandung retinoids, namun retinoids juga dapat ditemukan pada makanan, seperti lobak merah. Memakan lobak merah dapat membantu anda menjaga keseimbangan pH permukaan kulit anda, sedikit meningkatkan kehalusan kulit anda. Dan kehalusan kulit anda akan membantu anda untuk menyingkirkan bakteri yang hinggap. Sebagai maklumat tambahan, coklat dapat membantu anda memperbaiki tekstur, ketebalan, kadar air, dan aliran darah pada kulit anda.

TIP AWET MUDA 6

6. Bertafakur

Deepak Chopra, M.D., ahli dalam menemukan hubungan antara pemikiran dan tubuh, dalam salah satu bukunya menyatakan bahawa penelitian orang-orang yang melakukan tafakur dapat memiliki usia biologi 5 hingga 12 tahun lebih muda dibandingkan dengan usia kronologi mereka. Orang –orang yang melakukan tafakur memiliki tahap hormon stress seperti cortisol dan adrenalin yang lebih rendah, dan mekanisme adaptasi mereka cenderung lebih kuat dibandingkan orang lain keseluruhannya.

TIP AWET MUDA 5

5. Menangani tekanan(stress)

Kajian menunjukkan bahawa antara 60% hingga 90% kunjungan ke pakar sakit jiwa berhubungan dengan stress. Stress berkaitan dengan segala hal mulai dari selsema hinggalah  barah. Gangguan jantung, hipertensi, darah tinggi, kemurungan, penyakit kronik, gangguan seksual dan kesuburan, serta diabetes semua disebabkan oleh stress. Untuk meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama anda harus mengurangi kemungkinan anda untuk sakit, dan itu bererti anda harus mengurangi tahap stress anda. Artikel berikut akan menujukkan anda cara-cara untuk mengurangi tingkat stress anda:

 7 Cara Mengurangi Stress Hari Ini

1. Memiliki harapan yang realistik

Banyak orang membina matlamatyang tidak realistik bagi dirinya sendiri mahupun orang lain. Sebenar memang tidak salah kerana ada bijak pandai yang mengatakan : “gantungkan cita-citamu setinggi langit.”.
Membina matlamatyang tinggi dapat meningkatkan kemampuan anda, namun jika matlamat tersebut dapat membawa stress yang negatif kepada anda, sebaiknya anda mempertimbangkan kembali matlamat anda itu.
Sebagai contoh, misalkan anda saat ini berpendapatan RM3 000 sebulan, anda kemudian menentukan target ingin membeli sebuah kereta BMW berharga RM500 000 dalam waktu 1 tahun. Tidak salah anda menentukan target membeli kereta BMW, hanya jangka waktunya perlu dibuat yang realistik, misalkan dalam waktu 5 tahun atau lebih dengan usaha dan kerja keras anda..

2. Aktif

Bersenam dapat mengurangi stress, melalui pelepasan endorphins, yaitu hormon anti kemurungan yang dimiliki tubuh, menurut kata pakar. Aktiviti bersenam seperti jogging, berenang dan aerobik dapat membuang tenaga berlebihan yang jika dibiarkan akan  terhimpun di dalam tubuh. Sesuatu yang berlebihan, apapun juga, adalah sangat tidak baik.

3. Melakukan persiapan sebelumnya

Stress seringkali disebabkan oleh situasi tertentu di manapun anda berada. Banyak orang sebagai contoh memiliki ketakutan berucap di depan khalayak ramai. Tetapi saya rasa sesiapa saja pun pasti gugup dan stress pada saat pertama kali berucap di depan umum. Salah satu strategi yang cukup efektif untuk mengatasi hal ini adalah dengan melakukan persiapan dengan sebaik-baiknya, termasuk mengunjungi lokasi tempat anda akan berucap untuk  membiasakan diri anda atau sesetengah orang menatakan , untuk mendapatkan ’feel’ terlebih dahulu.

4. Lakukan break dalam pekerjaan anda

Ramai dari kita bekerja dalam lingkungan yang memerlukan kecepatan dan ketelitian. Anda sepatutnya memiliki kemampuan untuk dapat mengukur level stress dan energi anda sendiri. Jika anda merasa kepala anda sudah sangat penat, lakukanlah break. Jika dipaksa pun, fokus anda sudah pasti akan terganggu. Akibatnya kualiti pekerjaan anda akan menurun. Jika berpeluang, pergilah jalan-jalan ke luar, seperti ke taman misalnya, untuk menjernihkan otak anda.

5. Kurangi caffeine

Gejala stress seperti kegelisahan sangat berkait rapat dengan jumlah caffeine dalam tubuh anda. Ramai orang minum bergelas-gelas kopi dalam satu hari. Cubalah hadkan  kopi anda maksimum 1 gelas sehari. Mengurangi caffeine sangat membantu anda untuk tidur nyenyak dan pada akhirnya anda akan dapat lebih banyak energi.

6. Cukup tidur

Ramai orang tidak mendapatkan cukup tidur setiap hari. Enam  hingga  lapan jam sehari adalah jumlah yang disarankan, namun berbeza antara setiap individu. Anda sendiri dapat mengetahui ketika anda cukup tidur, anda akan bangun segar setiap hari (seringkali secara alami kita bangun sebelum jam berbunyi), sehingga anda akan menghadapi hari dengan lebih bertenaga.

7. Seimbang antara bekerja dan bermain

Orang yang tidak membiarkan dirinya untuk bersenang-senang akan mendapatkan level stress yang tinggi. Jangan merasa bersalah ketika anda memanjakan diri anda dengan berolahraga, relaksasi, hiburan dan melakukan hobi-hobi anda.

TIP AWET MUDA 4

4. Bersenam

James M. Rippe, M.D merupakan seorang penulis ternama, kardiologi   terkemuka, dan pengasas Rippe Lifestyle Institute. Beliau menjelaskan bahawa jika anda melihat seluruh hal-hal berisiko tinggi yang menyebabkan kematian, satu hal yang paling mudah ditafsir adalah kesihatan anda. Sebagai tambahan, seorang berusia lanjut yang memiliki kesihatan jantung yang baik jauh lebih sihat dibandingkan dengan seseorang yang berusia muda namun tidak aktif secara fizikal. Dengan meningkatkan aktiviti fizikal  anda, anda boleh memutar kembali jam biologi anda.

TIP AWET MUDA 3

3. Pertahankan sikap positif

Sejak tahun 1986, pengkaji yang berasal dari Universiti Kentucky bernama David Snowdon mengkaji 678 biarawati untuk menemukan rahsia otak, khususnya apa yang terjadi pada otak seiring dengan bertambahnya usia. Hasil penelitiannya yang dikenal dengan Penelitian Biarawati, berjaya menemukan cara-cara untuk hidup dengan kehidupan mental yang aktif seiring dengan pertambahan usia. Salah satu penemuannya adalah keadaan emosi positif pada usia ini akan membantu menghilangkan rasa cemas dan dapat melanjutkan usia. Faktanya, terdapat sebuah kajian yang menunjukkan hubungan antara sikap seseorang dengan kesihatan fizikal  dan mentalnya.

TIP AWET MUDA 2

2. Bersihkan gigi anda secara rutin

Penelitian menunjukkan hubungan antara penyakit periodontitis dan cardiovascular. Pertimbangkan hal ini: sebuah penelitian menunjukkan bahawa lelaki di bawah usia 50 tahun yang memiliki penyakit periodontal memiliki peluang 2.6 kali lebih besar untuk meninggal di usia muda dan peluang 3 kali lebih besar untuk meninggal kerana penyakit jantung dibandingkan dengan lelaki dengan gigi yang sihat dan suka mengunyah gula-gula getah. Penyebab utama periodontitis adalah kebersihan gigi yang buruk, dan dengan memberus gigi setiap hari, menggunakan benang gigi, serta menjalani pemeriksaan gigi anda ke doktor gigi secara rutin dapat mengurangi kemungkinan anda terkena penyakit ini.
Sebagai tambahan, membersihkan gigi dengan benang gigi dan penyumbatan pembuluh darah memiliki hubungan. Kajian menunjukkan bahwa bakteria yang ditemukan pada plak gigi merupakan bakteria yang sama dengan yang ditemukan di timbunan lemak yang menyumbat pembuluh darah. Pengkaji berpendapat bahawa bakteria yang berasal dari mulut dapat memasuki pembuluh darah dan menyebabkan gangguan dan penyumbatan pembuluh darah. (Sumber: www.realage.com).

TIP AWET MUDA 1

1. Lenyapkan mitos menjadi tua bererti anda menjadi tak berguna

Ilmuwan berpendapat bahawa semakin anda mempercayai persepsi bahawa dengan semakin bertambahnya usia anda maka ketajaman anda semakin berkurang, maka hal itu akan benar-benar terjadi pada anda. Psikolog Becca Levy, Ph.D. dari Universitas Yale menyelidiki pengaruh psikologis pada pertambahan usia, khususnya pada bagaimana persepsi seseorang mempengaruhi kesihatan fizikal dan mentalnya.
Meskipun melalui penelitiannya ia menemukan bahawa orang berusia lanjut yang memiliki pendapat negatif mengenai penuaan memiliki hasil ujian yang lebih buruk berbanding dengan orang berusia lanjut yang memiliki pendapat positif seiring dengan bertambahnya usia. Sebagai contoh mereka berpendapat bahwa dengan bertambahnya usia maka mereka pun bertambah bijak. Levy juga menunjukkan bahwa dalam kebudayaan yang memiliki pandangan yang lebih positif terhadap penuaan dibandingkan dengan kebudayaan di Amerika  Syarikat atau di negara-negara barat lainnya, orang berusia lanjut mendapat nilai yang lebih baik dalam ujian memori.
Sebagai tambahan, penelitiannya menunjukkan bahwa orang berusia lanjut dengan persepsi positif terhadap penuaan hidup 7.5 tahun lebih lama dibandingkan dengan orang yang memiliki persepsi negatif. Bahkan gangguan pendengaran juga dapat dijangka berdasarkan persepsi orang tersebut.

PETUA AWET MUDA DAN KEKAL ANGGUN DAN MACHO

duniabondaayahanda.blogspot.com

Anda tidak boleh melakukan apapun untuk mengurangi pertambahan usia anda. Namun, para doktor dan para ilmuan terus-menerus mencari tindakan-tindakan yang boleh anda lakukan untuk membalikkan waktu dengan memfokuskan diri pada umur biologi dan psikologi anda. Umur psikologi anda adalah pengalaman subjektif mengenai setua manakah anda menurut diri anda sendiri. Sementara umur biologi anda pula dapat ditentukan dengan mengukur beberapa faktor sebagai berikut :
• Tekanan darah
• Jumlah lemak dalam tubuh anda
• Batas deria pendengaran dan penglihatan anda
• Hormon
• Kepadatan tulang
• Ketebalan kulit
• Tahap kolesterol
• Kemampuan gerak

Lakukan 13 tips berikutnya  dan mulailah memutarbalikkan waktu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!