Wednesday, June 22, 2011

LETIH GILER.........

Satu hari yang begitu memenatkan. Pagi2 lagi aku hantar Fikri ke pusat jagaannya. Lepas tu terus ke PKG Keramat.Walaupun jaraknya cuma lebih kurang 2 - 3 km saja dari tempat Fikri tapi masa yang diambil selama hampir sejam. Angah ikut sama tapi dia tinggal aje dalam kereta, sambung tidur sebab
petang ada temujanji klinik gigi. Sampai sana buat kerja yang diarahkan iaitu memeriksa aset yang perlu dilupuskan. Selepas itu bergegas pula ke PKG Pudu dan PKG Kg Pandan. Sudah selesai di kedua2 tempat tersebut, terus ke PKG Segambut Jaya. Inilah pertama kali aku menjejakkan kaiku ke sana setelah hampir 2 tahun aku berkhidmat sebagai pegawai di BTPNKL. Seronok juga ke sana. Jam 12.00 pm terus pula ke PKG Sentul. Sampai sana terus buat kerja. Tak sempat rehat bergegas balik ke Keramat kerana temujanji jam 2  petang. 


Sepanjang jalan angah asyik mengadu sakit perut. Ambil Ayahanda dan terus ke Klinik. Sakit angah dah semakin teruk. Terus aje bawa angah ke klinik kesihatan yang terletak bersebelahan klinik gigi.Angah terus diperiksa. Baik sungguh kakitangan di Klinik Kesihatan Keramat. setelah diperiksa, angah diarahkan ke HKL. Jadi aku pun segera ke klinik gigi dan terpaksa membatalkan temujanji untuk hari ini.


Sebelum ke hospital, angah diberi suntikan tahan sakit. Sampai di hospital dah jam 2.45 petang. Surat doktor terus aku beri pada unit kecemasan . Geram sungguh rasa, macam bola dibuatnya. Mula2 staf lelaki di kaunter kecemasan suruh pergi kejabatan pesakit luar. Aku dan angah yang sakit pun berjalan dan bertanya seorang staf HKL lagi mana nak pergi? Dia minta aku ke kaunter 11. Sampai kaunter 11, aku tunjukkan surat. Dah agak dah, staf kat situ cakap aku kena bawa angah kat tingkat 1 iaitu klinik pakar, bukannya kat situ. Badan dah penat berjalan ni, apalagilah angah yang sakit tu terpaksa dibawa ke sana ke mari. Sampai di tingkat satu, aku berikan surat dan sekali lagi aku diberitahu salah tempat. Tahap kesabaran aku pun ada hadnya. Tapi bukan salah staf di klinik pakar yang mengatakan klinik hanya melayan pesakit waktu pagi saja. Salah seorang staf menghubungi bahagian kecemasan dan akhirnya kami diminta ke bahagian kecemasan juga. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada staf2 di klinik pakar yang prihatin dengan masalah yang aku dan angah hadapi.


Ambil masa juga nak bawa angah ke sana. Sampai sana SN Halimatun sedia menunggu dan  terus mengambil tindakan atas surat tersebut.  Jam 3.30 petang baru angah masuk berjumpa doktor Doktor yang memeriksa angah juga baik. Terubat sedikit hati aku ni. Aku masuk sekali. Mula2 ambil sampel air kencing, lepas tu masuk air dalam badan (part yang paling angah takut) dan akhirnya x-ray. 
Alhamdulillah kata doktor tiada apa-apa yang perlu dirisaukan setakat ini. Doktor beri pain killer dan beberapa jenis ubat lain. Jam 5.30 petang baru selesai semuanya.. Terus ke pusat jagaan ambil fikri dan balik ke rumah. Hampir jam 7.00 malam aku sampai rumah. Letih giler.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!