Saturday, October 22, 2011

MATEMATIK DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak korang terfikir bahawa dengan menggunakan penggiraan Matematik,kita mampu mencari muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran.Al-Qur'an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.

Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur'an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)


Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur'an.
Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Al-Qur'an dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2A selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


Macam mane korang terpegun ? Personally aku memang terpegun sehinggakan aku ingin kongsi entry yang berguna ni dengan semua pembaca-pembaca blog buruk aku ni..Korang bila lagi nak kongsi ?

Dari : Dunia Seorang Remaja

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!