Untuk nak cemerlang, kita perlu ada hati emas. Emas, warnanya berkilau dan disukai ramai orang.
Hati emas, maksudnya, biar hati
kita terang berkilau dengan sinar ilmu, ketenangan, kemurahan,
kecemerlangan. Biasanya, orang cemerlang adalah mereka yang cinta ilmu,
sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan mereka murah memberi apa yang
mereka ada, bahkan tak pernah risau ia akan habis.
Orang yang ada hati emas disukai ramai kerana akhlaknya. Mereka cukup
menonjol kerana memiliki peribadi memikat, disenang semua orang, ibarat
mendampingi sebondong emas. Orang cukup senang hati setiap kali bersama
mereka atau tiap kali mereka ada.
Seperti emas yang sukar ditemui, begitu juga dengan orang yang ada
hati emas. Mereka cukup sukar ditemui, mungkin hanya ada satu dalam
seribu.
Pada pendapat Anda, bagaimana cara kita merubah diri untuk membina
peribadi berhati emas? Di mana nak bermula, adakah bermula dari
komunikasi, kualiti kerja, sukan atau pencapaian akademik?
Agak-agak, cemana cara yang difikirkan sesuai? Siapakah idola ‘hati emas’ yang boleh dijadikan contoh ikutan Anda?
-imotivasi
No comments:
Post a Comment