Satu ketika mungkin anda pernah bertemu dengan seseorang yang baru anda kenal, tanpa sebab yang jelas anda merasa tidak senang dengan orang tersebut. Anda merasa tidak selesa berada dekatnya , anda ingin agar dia segera beredar dari anda.
Walaupun orang itu sudah berusaha berlaku
sopan di hadapan anda. Namun anda tetap tidak menyukainya. Jika ditanya
mengapa anda bersikap demikian terhadap orang itu , andapun tidak mampu menjelaskannya. Mengapa demikian ?
Tanpa disedari sebenarnya dia telah
memancarkan gelombang fikiran negatif ke setiap arah,
menimbulkan rasa tidak selesa pada orang di sekitarnya. Orang itu
mempunyai nilai diri negatif. Fikiran bawah sedarnya memancarkan fikiran
negatif yang direspons oleh fikiran orang di sekitarnya menjadikan perasaannya
tidak senang.
Itulah yang menyebabkan orang yang mempunyai nilai diri
negatif sukar untuk mencapai kejayaan. Ia sangat akrab
dengan kegagalan. Kegagalan demi kegagalan , kemalangan demi kemalangan
selalu menghantui hidupnya.
Orang yang mempunyai nilai diri negatif merasa bahwa ia adalah orang yang hina, tidak berhak mendapat penghargaan. Ia merasa tidak mampu, ia orang miskin, ia orang
tidak berguna , ia merasa tidak mungkin berjaya dalam usahanya.
Tanpa
disedari ia telah menghancurkan kariernya sendiri dengan fikiran negatif
yang bersarang dalam fikiran bawah sedarnya. Orang yang mempunyai nilai diri negatif selalu merasa dirinya sahaja yang betul . Ia selalu menyalahkan orang
lain sebagai penyebab kegagalannya.
Orang yang mempunyai nilai diri negatif tidak
akan pernah berjaya dalam mengembangkan kariernya, ia sangat berkaitrapat dengan
kegagalan dan kesulitan hidup. Untuk mencapai kejayaan dan keberhasilan
dalam kariernya, ia harus membersihkan fikirannya dari nilai diri negatif.
Ia harus merubah nilai dirinya yang negatif menjadi positif. Proses ini memerlukan masa dan kesabaran untuk mengubah nilai diri negatif menjadi positif. Anda mampu laksanakannya.
Setiap insan yang dijadikan Allah ada keistimewaan dan kelebihannya...
No comments:
Post a Comment