Wednesday, October 19, 2011

SAAT KELAHIRAN FIKRI



Sampai masa aku untuk melahirkan Fikri. Macam biasalah ke hospital bersalin KL. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Ayahanda nak dengar berita dulu. Aku sabar menunggu walaupun sakitnya kadang2 rasa kadang2 tidak. Kami sampai di hospital dan aku terus diperiksa. Baru lapan bulan lebih usia kandunganku. Aku dibawa masuk ke wad. Alangkah terkejutnya aku apabila Dr tanya aku bila air ketuban pecah. Aku sendiripun tak tahu. Kata Dr air ketuban dah kering. Keadaan jantung bayi pun semakin lemah. Dr cadangkan aku diinduce saja. Setelah dua botol air dimasukkan, aku masih tak ada gesa untuk bersalin. Dr cadangkan aku dimasukkan ke bilik bedah kerana takut bayi lemas.


Dia minta aku tandatangan dokumen kebenaran memandangkan ayahanda tak ada, jaga along dan angah kat rumah. Aku diberi pilihan sama ada hendak menyelamatkan anak atau ibu.Aku nekad memilih Fikri kerana  ayahanda begitu menginginkan seorang anak lelaki. Biarlah aku berkorban demi kebahagiaannya. Aku terus tandatangan agar anak yang dipilih.

Aku disorong ke dalam bilik bedah dan dibius. Dalam keadaan separa sedar, aku dengar pelbagai bunyi dan akhirnya aku seperti di awang-awangan. Seronoknya meneroka satu dunia yang asing bagiku. Indahnya dan nikmatnya suasana yang ku rasa. Tiba-tiba aku terasa badanku ditampar dan terngiang-ngian di telingaku suara memanggil namaku. Aku masih seronok dibuai mimpi. Badanku terus digoyang lagi. Dengan malas aku membuka mataku. Lampu terang menyuluh ke mataku. Oh rupanya aku di dalam bilik bedah. Dr dan para jururawat tersenyum melihatku dan segera berkata, "Dia dah sedar." Badanku berat, aku seperti manusia yang lumpuh. Hanya sepasang mataku yang liar bergerak. Kata Dr, kalau aku tak sedar juga , aku mungkin akan terus coma tak tahu sampai bila. Syukur padaMu ya Allah.

Aku disorong ke wad bersalin. Di situ aku dimaklumkan bahawa ayahanda sampai di hospital sebelum pembedahan dan telah menandatangi lain dokumen tersebut yang memilih ibu. Aku terkesima. Mana anakku?? Ayahanda memberitahu baby selamat. Syukur alhamdulillah, ibu dan anak selamat. Setelah sekian lama, barulah aku dapat melihat Fikri. Tapi malang, keadaan badanku yang lemah menyebabkan aku tidak dapat terus menyusukannya. Hanya ayahanda yang selalu mengusungnya ke hulu ke hilir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!