Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri
Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya.
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri
Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya.
BAIT lagu Lembaran Terakhir tiba-tiba sahaja menerpa ke relung
kenangan tatkala saya menerima berita duka pulangnya penyanyi tersohor
Datuk Ahmad Jais ke rahmatullah pagi Selasa lalu. Lagu ini sangat
sebati dengan Ahmad Jais, suara yang memberikan harapan dan keindahan
hidup kepada jutaan peminatnya.
Walaupun tidak berpeluang mendekati semasa hayatnya tetapi Ahmad Jais
memberikan kekaguman dan kehebatan dalam bidangnya. Sejak lebih lima
dekad menyanyi, Ahmad Jais percaya dia seorang penyanyi dan menekuni
bidang yang satu ini.
Ahmad Jais menutup usia 75 tahun pada pukul 11 pagi di Pusat
Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Kembalinya selepas dua
minggu terlantar tenat, dia membawa bersama-samanya penghargaan peminat
dan masyarakat yang pernah mengusir duka dan lara dengan suaranya.
Kita memiliki seorang penyanyi yang bertaraf seniman, walaupun bukan
jutawan tetapi sumbangan dalam bidangnya sangat besar. Sebenarnya tidak
banyak penyanyi yang begitu tekun apa lagi dengan tahap penghormatan
dan penghayatan seni yang rendah dalam masyarakatnya.
Kalau P. Ramlee dikatakan seniman serba boleh tetapi dalam nyanyian,
ternyata Ahmad Jais lebih memukau. Merdu senandung suaranya unik dan
selepas P. Ramlee, Ahmad Jais adalah yang keduanya, sekalipun tidak
mengatasinya.
Kelebihan P. Ramlee boleh mencipta lagu dan menyanyikannya sekaligus.
Walaupun Ahmad Jais hanya menyanyi dalam lagu-lagu tertentu misalnya
Azizah ciptaan P. Ramlee, dia kelihatan lebih menonjol dengan nyanyian
P. Ramlee sendiri.
Dalam konteks kita, Ahmad Jais adalah S. Effendi bagi rakyat
Indonesia. Kedua-dua penyanyi ini mempunyai kekuatan suara dan beberapa
lagu yang pernah dinyanyikan oleh S. Effendi dan dinyanyikan semula
oleh Ahmad Jais dengan lebih merdu.
Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan dan Di Ambang Sore di negara ini
lebih diingati sebagai lagu yang dipopularkan oleh Ahmad Jais. Malah
lagu Di Ambang Sore menjadi antara lagu popular Ahmad Jais yang
kemudiannya dinyanyikan oleh Herman Tino pada tahun 1980-an.
Ahmad Jais seniman besar yang dibentuk oleh pengalaman yang panjang.
Perjalanan kembara seninya sebagai penyanyi penuh pahit dan manis.
Pengalaman itu menjadikan Ahmad Jais berbeza dengan sesetengah penyanyi
generasi selepasnya yang menjadikan nyanyian sebagai batu loncatan.
Kalau ditanya sebahagian besar peminatnya, Selasa lalu adalah mendung
yang membawa pergi seorang yang pernah menjadi penghibur mereka.
Berpuluh lagu-lagu nyanyiannya tidak reput dibuang zaman. Karya seni
yang baik, nyanyian yang merdu dan unik tidak pernah susut nilainya
sekalipun beralih zaman.
Sepanjang terbabit dalam bidang nyanyian sejak 1965 sehinggalah
menghembuskan nafas terakhirnya, Ahmad Jais menghasilkan 15 buah album.
Jumlah ini pada relatifnya sedikit tetapi kesannya sangat besar.
Buktinya pada usia 75 tahun, Ahmad Jais tetap menjadi pilihan pertama
menghiburkan tetamu kenamaan dan bangsawan.
Sepanjang tampilnya Ahmad Jais sebagai penyanyi, dia mempunyai
pasangan duet yang sangat serasi pada zaman mudanya iaitu Datin Rafeah
Buang. Kedua-duanya selalu tampil sebagai pasangan romantis dengan
lagu-lagu percintaan yang mengasyikkan. Pasangan duet ini sangat
diingati dengan lagu Juwitaku Sayang dan banyak lagi. Malah dengan
penyanyi Kartina Dahari juga, Ahmad Jais begitu serasi, terutama
menerusi lagu Budi Setahun Segunung Intan.
Kemuncak dalam kembara seninya ialah konsert solo Bahtera Merdeka di
Istana Budaya pada 23 Mac 2007. Istana Budaya memberi kepercayaan
kepada penyanyi tersohor ini menyanyi secara langsung dengan iringan
Orkestra Simfoni Kebangsaan. Hasilnya sangat luar jangkaan, penonton
memenuhi Panggung Sari Istana Budaya untuk kembali memutar kenangan
dengan lagu-lagu malar segar nyanyian Ahmad Jais.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Juhari Shaarani mempunyai kepekaan
membaca dan menghayati keunikan seorang penyanyi hebat seperti Ahmad
Jais. Siapa yang berani mengambil risiko memberi tugas berat seorang
penyanyi seusia Ahmad Jais dalam sebuah konsert solo? Jasa Juhari dan
Istana Budaya pasti tercatat sebagai antara individu dan institusi yang
peka dengan kehebatan seorang seniman dan memberikan ruang yang setaraf
dengannya.
“Allahyarham sangat tekun dengan kerjayanya, dia begitu rajin, setiap
kali latihan dia akan hadir dan mempunyai keupayaan menyanyi secara
langsung dengan baik. Saya secara peribadi terasa kehilangan Ahmad
Jais,” tegas Juhari.
Riwayat hidup
Ahmad Jais dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 Mac
1936. Kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di
majlis keramaian seperti kenduri kahwin.
Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba
nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, dia pernah bekerja sebagai
budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan.
Bakat seninya menonjol apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.
Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah
apabila Ahmad Jais ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana dia
merupakan penyandang gelaran juara. Ahmad Jais terpaksa mengalah dan
hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai
juara Lagu Pop Singapura.
Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli
Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Dia pernah merakamkan
lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang
Pandang.
Kerjaya nyanyian mula terbuka luas apabila mendapat peluang menjadi
penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di
Panggung Victoria, Singapura.
Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo,
Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Datin
Rafeah Buang menerusi lagu Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung
Intan bersama Kartina Dahari.
Album pertama Allahyarham muncul pada 1965 yang memuatkan lagu
Kucupan Azimat. Sehingga kini Allahyarham sudah merakamkan lebih 100
lagu dalam 15 album. Ahmad Jais mencuba bidang lakonan tetapi tidak
begitu berjaya. Antara filem lakonannya Aksi Kuching (1966), Dara Kula
(1970) dan Si Badul (1978).
http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/john-cena-prediksi-skor-manchester-city.html
ReplyDeletehttp://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/sebut-ballon-dor-membosankan-maradona.html
Pelangiasik.com | indopelangi99.com
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 25.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• Whatsapp : +855 166 75 661
• BBM : D872D7D9
• LINE : PELANGI99.COM