Bercerita pasal subjek
matematik ni buat aku tambah bersemangat. .....Inilah matapelajaran yang aku cukup suka!!.. pasal
angka,nombor,simbol dan perkiraan..Kebiasaannya orang yang selalu suka subjek ni ialah orang Cina. Depa ni memang cukup mahir dengan ilmu hisab(istilah dulu2) ni..Bagilah soalan matematik apa pun , cepat aje diaorang selesaikan. Lain pulak kebanyakan
orang Melayu, cukup leceh, cukup tak suka bila melibatkan kira2 ni..Yang sebenarnya depa malas nak mengira, malas nak menggunakan otak.Tapi...aku tahu.bukan
semua la kan..Sebab tu aku selalu bagi semangat kat anak2 murid aku agar jangan teruskan trademark tu.
Banyak kisah
matematik dan aku ni sebenarnya. Aku kenal dengan nombor2 ni mase aku umur 4 ke 5
tahun kot Yang masih aku ingat..ayah aku yang perkenalkan..Yelah diakan seorang guru..Ayah aku
ni sangat garang masa zaman dia muda2 dulu, zaman aku kanak2 lagi la..x
boleh silap sikit, naiklah darah muda dia yang berkobar2 tu..Biasanya
adik aku la yang jadi mangsanya...Dia tu suka nangis ..
Bile masuk sekolah..(dulu tak ada tadika), time kene
hafal sifir, Ayah cukup disiplin..setiap malam kene hafal, bile2 jer Ayah akan tanya..x dapat jawab kenelah habuannya, biasenya jentik kat
telinga..tapi aku cukup bersyukur dengan cara didikan Ayah masa aku
kecik2..malam2 tu bile time buat keje rumah matematik, menangis2 bile x
dpt buat, biler kene tengking ngan Ayah...
Masa darjah 3, cikgu kelas aku nama die Teacher Yasmin...Lawa giler..Body dia macam Saloma.. Aku suka sangat ngan cikgu ni, sbb aku murid kesayangan
die..pernah tu dia panggil aku kat depan buat soalan yang agak sukar la
tp aku dpt jawab dgn betul dan dapat tepukan dari satu kelas.. Dia siap hadiahkan aku sharpener.Pada tahun inilah Ayahku pergi meninggalkan kami buat selama2nya. Pelajaranku agak merosot...namun Matematik tidak akan kubiarkan kecundang...Ini janjiku pada arwah Ayah.
Walaupun ketiadaan Ayah di sisiku, namun aku tetap mengekalkan takhta Matematik di tanganku setiap tahun hinggalah aku ke sekolah menengah. Aku tak benarkan sape saje potong aku termasuk kawan2 ku yang berbangsa Cina. Di sekolah menengah, jangan ada kwn2 sealiranku yg mimpikan utk naik ke pentas terima hadiah terbaik matematik. No way...Buku2 latihanku kerap berjalan dari satu tangan ke satu tangan bila ada homework. Masih aku ingat...suatu hari semasa subjek Matematik Tambahan...berpeluh aku tengok cikgu math nak selesaikan satu masalah kalkulus. Last2 aku tolong selesaikan...bukan nak bangga diri..tapi memang aku macam dah sebati ngan matematik. Dalam satu kursus keusahawanan, cikgu saja pelawa aku sertai bersamanya..Aku terima aje sb ada kaitan ngan matematik. Wpun aku adalah peserta termuda..aku dinobatkan peserta yang mendapat markah tertinggi dalam ujian akhir kursus...Cikgu aku pun kalah...hehehe
Lepas SPM aku masuk Form 6, Matematik dan Fizik tetap setia jadi subjek kegemaranku...Tak sempat habiskan form 6, mak aku suruh minta maktab. Aku ikut aje..tak nak lawan ibu..derhaka nanti walaupun aku sayang sgt ngan form 6. Aku nak minta Matematik..tapi tup2 dapat Pengajian Melayu...Frust aku..
Dua tahun setengah aku belajar benda yg aku tak minat..Akhirnya dapatlah keputusan cukup makan..tak cemerlang pun tak pa.
Keluar aje maktab, aku ditugaskan mengajar Matematik, apa lagi aku melompat kegiranganlah...Tak apa akan ku buktikan bahawa aku dan matematik amat serasi...Aku mengambil peluang melanjutkan pengajianku dalam bidang matematik KSPK 1 tahun di Ipoh...Mohon terus dapat..alhamdulillah...Aku maintain aje agar subjek math tidak lari dari A atau A+..Kalau subjek mathlah jangan harap ada nak kalahkan aku...Last2 dapat juga pelajar terbaik Matematik dan pelajar keseluruhan terbaik untuk kursus aku..syukur..keputusan cemerlang gitu..berbaloilah aku dapat cover keputusan masa kat maktab dulu..
Impian aku hendak menjejakkan kaki ke menara gading aku teruskan setelah perginya ibu tercinta...Di universiti..matematik jugalah yg menjadi pilihan jurusanku...masih maintain A dan A+ utk semua subjek math... lain2 tu kira halallah...Akhirnya..keputusan cemerlang di tangan aku...aku bangga bersahabat dengan Matematik...
Ok..cukup..sebenarnya aku dah tak nak
citer panjang2 untuk post2 aku..tapi selalu jer tercerita panjang..
bukan orang nak baca pown..tp x pelah..boring2 nanti aku jugak yang
baca...
No comments:
Post a Comment