Membesarkan fikri adalah satu cabaran getir yang aku dan ayahanda tanggung bersama. Semasa bayi, kena berhati2 memandikannya kerana kulit kepalanya akan tertanggal sekali kalau dilurut secara kasar. Sedih melihat keadaannya...Lepas habis pantang, fikri aku letakkan di rumah pengasuh iaitu mak longku . kerana itulah saudara terdekat yg aku ada di kl pada waktu itu.
Aku dapat tawaran menyambung pengajianku di Ipoh dan berulang alik setiap minggu untuk bersama fikri. Minggu pertama aku balik...Keadaan fikri kulihat semakin lemah. Nafasnya tercungap2..Kata mak long fikri tak nak menyusu...Aku dan ayahde cuba tukar susu lain...dah berapa jenis susu dah sebelum ni pun..belum ada yg sesuai...Fikri perlu menyusu 1 jam 1 oz...Mulut dan perutnya terlalu kecil....Aku ingat nak berhenti belajar aje...tapi ayahande suruh aku teruskan juga
Sebulan aje fikri tinggal bersama mak long aku di cheras...mak cik sebelah ayahanda yg tinggal di kepong tawar diri untuk menjaganya...Alhamdulillah fikri nampaknya serasi tinggal ngan mak cik. 2 bulan juga fikri di bawah jagaan mak cik yg setiap hujung minggu mesti aku ambil untuk menjaganya bersama. Keadaannya masih sama seperti bayi yang baru lahir seminggu aje..Walau dah berusia 4 bulan, kepalanya masih belum boleh ditegakkan..
Akhirnya fikri kami letakkan di rumah jiran memandangkan mudah untuk ayahanda melihat fikri setiap hari. Hari2 sebelum ke pejabat, ayahanda akan siapkan segala keperluannya dan mengambil dia semula selepas waktu pejabat. Hanya angah saja ada di rumah bersama ayahanda. Along kami hantar ke rumah maktoknya di penang. Fikri memang sentiasa on dan off demamnya...tiap bulan kami perlu sediakan wang secukupnya untuk rawatan dia di klinik.
Aku telah beberapa kali mendapat teguran daripada pihak pengajianku kerana asyik ponteng kuliah menjaga Fikri di wad sebab fikri banyak masalah. aku menangis mengenangkannya kerana tiada siapa yang mahu faham. Ayahanda tak mampu menjaga fikri di wad. Fikri perlukan aku, bondanya.Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila aku dihalang untuk menduduki peperiksaan akhir pengajianku kerana jumlah jam kuliah tidak mencukupi....Namun masih ada insan yang mahu menolongku...Seorang pensyarah telah sanggup mengambil risiko membantuku kerana dia sayangkan aku dan tahu latarbelakangku...Aku amat bersyukur sekali ...Akhirnya dapat jua aku tamatkan pengajianku dengan cemerlang...
Apa2pun fikri perlu aku utamakan...dia tak mengerti apa2...kasih sayang dan belaian perlu sentiasa diberikan oleh kami berdua...bersama... agar fikri dapat membesar dengan baik
No comments:
Post a Comment