GAJI PERMULAAN :
DG 41 ( 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505
Kenaikan tahunan untuk :
DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320
Kenaikan pangkat daripada :
1-1 ke 1-2 = 8 tahun,
1-2 ke 1-4 = 8 tahun,
1-4 ke 1-5 = 6 tahun
1-5 ke 1-6 = 3 tahun
Kenapalah ramai yang kutuk cikgu..asal orang cerita pasal gaji je mula nak kutuk cikgu, tak boleh ke cakap benda elok sikit. rezeki masing-masing. Cikgu sekarang dengan cikgu dulu memang beza, tapi masing-masing ada kelebihan dan cara memberikan komitmen pada tugas dan tanggungjawab guru sekarang lebih besar dan beban tugas yang lebih mencabar. kalau yang betul-betul guru ni dia tau sebenarnya tugas guru 24 jam sehari, dan jangan melihat ikut mata hati sendiri. semua pekerja di Malaysia ni komited dengan tugas masing-masing dan mereka sahaja yang tau susah payah diri sendiri menjalankan tugas. Terpulanglah kepada masing-masing nak guna untuk apa duit yang gaji yang ada, dan apa yang dapat dilihat sekarang ramai guru keluarkan duit poket sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik..Ada siapa ambik tau? Jawabnya....tak ada sebab benda macam ni dah jadi perkara biasa dan tak perlu nak diberitahu pada sesiapa. itu lah sedikit cabaran sekarang di mana tugas guru menuntut usaha dan komitmen yang lebih bukannya guna apa yang ada sahaja. cikgu akan mempelbagaikan usaha untuk mendidik muridnya. Isu gaji ni rezeki masing-masing, kalau orang lain gaji lebih sikit tu rezeki dialah jangan nak memburuk2kan org lain…syukurlah..
Masa bekerja guru sebenarnya lebih kurang 7 jam tanpa rehat… lebih
kurang saja dengan penjawat awam yang lain. Masa cuti guru tak seperti mana
penjawat awam lihat. Kalau cuti akhir tahun sebulan tu cikgu cuti lebih
kurang 2 minggu je… selebihnya perlu ke sekolah.. Penjawat awam yang
lain yang setaraf cuti tahunan sebanyak 30 hari. setiap cuti sekolah
cikgu tak cuti ikut macam murid pun. Tidak dinafikan mungkin betul ada segelintir guru
yang tidak menjalankan tugas dengan betul tapi adakah penjawat awam dari
bahagian yang lain semuanya menjalankan tugas dengan betul dan baik? Kalau swasta
dapat bonus sampai 6 bulan gaji bekerja tak ada siapa pun nak cakap tapi
kalau kerajaan bagi bonus setengah bulan semua nak bunyi. Yang rasa
kerja yang dilakukan tidak berpatutan dengan gaji yang diterima
penyelesaian paling mudah berhenti dan cari kerja lain.. ....termasuklah
cikgu, polis, tentera, kerani pekerja2 swasta yang lain. Tak perlu la
nak marah2. rezeki yang kita dapat bukan kerajaan yang bagi sebenarnya. Tuhan yang
bagi. Mungkin kali ini cikgu lebih bernasib baik. Lepas ni tidak ada siapa
yang tahu golongan mana pula yang bernasib baik sebab semua yang kita terima ini adalah pemberian Tuhan. Akhir kata
jangan gaduh2 teruskan beramal dan berdoa pada Tuhan supaya dimurahkan
rezeki… amin…
No comments:
Post a Comment