Tuesday, December 13, 2011

KU TAK INGIN MENANGIS LAGI

 Hari ini kucuba bawa hala tuju ke arah seni sastera...walaupun aku tak pernah belajar subjek sastera...namun aku amat berminat....

.............................Kadang-kadang kita perlu menangis meratap dan menghiba kerana di situlah bermukimnya ketenangan. Di  situlah terjemahan kuat apa yang ada di dalam hati.


Pernahkah kita menangis? Atau inginkah kita menangis lagi  ….

Orang sufi yang soleh selalu bercerita tentang airmata ….tentang gugurnya titis2 mutiara yang ada di mata kita!


Banyak tangisan yang telah ditangiskan manusia. tangisan kesenangan, kedukaan, tangisan takut, tangisan riya’, tangis sakit, tangis syukur dan tangisan yang takutkan Allah …


Ingin ku ceritakan suatu kisah di satu waktu itu,

ketika waktu kembali mencampakkan hidupku  mengelepar dalam sepi,

waktu aku merendahkan diri di hadapan dia kerana sekeping cinta sehingga aku melalaikan kurniaNYa. Kurnia yang begitu besar yang banyak menumpahkan rahmat bagai banjir yang tiada tertahan dalam jiwa ku, Hati ku sering bertanya, kenapa aku selalu lemah, terlalu mudah menjaja cinta sehingga dengan sepatah sapaan menjinakkan merpati hatiku yang kukurung damai dalam ranjang peraduannya.


Ingin ku katakan dalam jerit yang tak terhingga biarpun air laut dan ombak menggulungkan airnya betapa aku sendiri amat menyesal.....sesal hingga angin pun terpaku dengan sesalanku sehingga menghentikan gerak dedaunannya.


Namun sesaat itu aku berasa malu setelah cinta yang kuletakkan separas bintang menjunam jatuh tanpa dapat kusambut.....dan tika itu aku terpaksa menyusun langkah ku kembali dan mengutip airmata untuk menyucikan hati yang kotor dengan luka...


Aku tersenyum sambil menahan airmata keabadian itu ketika cinta menjadikan hidupku bergelumang hasrat dan goda dunia sekalipun cinta yang ingin kupatri itu pada dakwah dan jalannya namun ianya tetap gila dan aku terpaksa mengharuskan diriku mandi di samudra kesucianNya.


Ketika waktu kembali menyinari dan menyedarkan ku dari mabuk itu, aku temui kembali sebuah kehidupan yang harus aku hidupkan yang aku harap akan menumbuhkan anggur kasihNya sehingga membuatkan air air jernih dimataku melingkar lingkar merangkai kata dan madah terindah untuk dipersembahkan kepada alam.


Aku tenang. Kerana aku telah kembali ke kesejatian dan ku biarkan detik-detik itu berlalu membawa cerita-cerita cinta ku yang gersang.


Memang aku tak berputus asa mencari nya lagi namun tidak mungkin untuk ku mengemis kerana aku pernah lemas dalam dakapan cintanya. Kini aku ingin lari jauh di padang alam, menumpah sujud-sujudku merengkuh di kedalaman dakapanNya.


Aku berjanji pada diri, aku tidak akan memburunya dan aku ingin membebaskannya dari belenggu bait-bait puisiku yang tajam yang menyakiti hatinya dan apa yang kuinginkan kini adalah agar jiwanya kini bebas dan disimbah wangian mawar agar jiwanya dapat menghirup harum dalam setiap nafasnya …


Bagi ku cukuplah kiranya aku terdengar bisikan kebahagiaan suatu hari nanti darinya sekalipun waktu itu aku harus merangkak meneruskan perjalanan ini namun aku akan cuma senyum semanis-manis nya kerana aku tidak ingin menangis lagi ……

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!