Walaupun Pekeliling Perkhidmatan Bil
13/2011 berkaitan SBPA ni dah keluar...tapi masih banyak lagi persoalan
yang belum terjawap mengenai SBPA ni...Ramai yang keliru lepas baca
pekeliling tu dan ada jugak kawan-kawan yang dok tanya pasai pa aku tak
komen apa-apa pun pasai SBPA ni...Sebenarnya aku pun bukannya tahu
apa-apa pun...belagak terer ja lebih...Sungguhpun begitu untuk tak
mengecewakan kawan-kawan....aku bagi jugak la pendapat aku tentang SBPA
ni...Aku dah baca pekeliling SBPA ni dan inilah perkara yang aku faham
mengikut maklumat dalam pekeliling tu..
Perkara pertama yang paling menarik
aku rasa dalam SBPA ni...setelah sekian lama akhirnya "kepelikan" dalam
penentuan gaji permulaan PPPS DG 41 disedari jugak oleh puak-puak
pembuat dasar ni...Kalau ikutkan penentuan gaji permulaan DG 41 dalam
SSM sekarang ni tersangatlah tidak adil....Gaji permulaan ditentukan
oleh kelulusan ikut bidang dalam sarjana muda...lain bidang lain gaji
permulaannya...klik gambar di bawah:
Seperti yang hangpa semua boleh
nampak...apekehalnyer sampai berbeza-beza tangga gaji ni...tak adil
langsung...semua pun jadi cikgu jugak...kerja sama saja...kenapa nak
kena bagi gaji ikut bidang kelulusan pulak..."sebab kami graduate
engineering kena ikut gaji standard engineer la...kami graduate akauntan
kena gaji standard akauntan la"...bila dah masuk skim PPPS ni...mana
pulak jadi engineernya..cikgu jugak kan..kalau nak gaji macam engineer
kerja engineer la...ni jadi cikgu jugak bukannya engineer...ni la jugak
salah satu sebab ramai sangat graduan pasaran terbuka ni dok berebut nak
masuk KPLI dan DPLI...contoh kalau graduan engineering jadi engineer
kerajaan...gaji mula P1T1 = RM 2088.25...tapi jadi cikgu gaji mula P1T6
= RM 2148.10...lagi banyak dari engineer tu...Pelik kan!
Ini kisah benar...kawan bini aku
sendiri...berkelulusan sarjana muda dalam bidang perakaunan...habis
belajar terus apply GSTT sekolah rendah dan lepas setahun diserap ke
skim PPPS DG 41 mengikut kaedah Kursus Dalam Cuti (KDC)...bukan KPLI
yer..posting jugak ke sekolah rendah. yang sama...mengajar kelas
pemulihan sahaja...tapi gaji mulanya RM 2509.90...berbanding kawan aku
graduan ijazah pendidikan...posting ke sekolah menengah...ajar kelas SPM
subjek Matematik Tambahan...gaji mula RM 1967.20...Sangat tidak
adil...ye la memang dah takdir tu rezeki dia...bukan menidakkan rezeki
tuhan bagi...cuma keliru kenapa terlalu "pelik" sangat?
So, syabas aku ucapkan kepada
puak-puak pembuat dasar sebab berjaya membetulkan kembali "kepelikan"
ini dalam SBPA nanti....makanya dalam SBPA nanti gaji mula untuk cikgu
gred DG 1-1 hanya pecah dua saja...samada Sarjana Muda biasa (T1) atau
Sarjana Muda Kepujian (T2)...Untung cikgu-cikgu baru!
Sumber : KLIK SINI
No comments:
Post a Comment