Selain jantung berlubang, Fikri juga mengalami masaalah mata, dan telinga. Semasa berusia 3 bulan, Fikri telah menjalani pembedahan membuang katarak pada kedua2 belah matanya...
Pembedahan itu memakan masa sampai 2 minggu...jadi dalam tempoh itulah aku berumah di wad kanak2 Hospital Pediatrik KL. ...Jaga Fikri di wad sorang2 memang mencabar sebab dia hyperaktif...Doktor terpaksa bungkus tangannya selepas dicucuk jarum drip sebab pasti ditariknya buang.....Last2 doktor masukkan drip melalui kakinya pula...kesiannya aku pada Fikri..dahlah tangan disuntik...kaki pun kena juga...Aku kena sentiasa awasi dia...terlelap aje...mulalah ditariknya drip...nanti kena suntik lagi...
Ayahanda akan datang pada waktu melawat tiap2 hari. Waktu itulah aku ambil peluang untuk berehat sekejap.
Semasa pembedahan aku tidak dibenarkan masuk....Pembedahan mata Fikri dibuat satu persatu...mula2 mata kanan..Keluar aje dari bilik bedah...tgk matanya dah bertutup sebelah...Doktor pesan jangan dibuang penutup mata itu untuk sementara waktu ...dia masih dalam keadaan tak sedar lagi..tup2 bila sedar aje terus tangannya capai penutup matanya dan terus dicabutnya tanpa sempat aku tahan..apalagi aku terus menjerit panggil nurse...aku terus memeluk Fikri erat2...dia meronta2...mungkin dia terasa sakit kot...nurse datang betulkan penutup mata tapi kedua2 tangan Fikri kena ikat ke belakang macam baju yg dipakai oleh orang kurang siuman ...takut dia tarik benda tu lagi...sedih aku tgk keadaan dia....keadaan begitu berlarutan sehinggalah pembedahan matanya yang sebelah lagi...
Selain katarak...doktor terpaksa juga membuang lense pada matanya...jadi pemandangan Fikri akan kabur jugak...doktor sarankan agar Fikri diberi makan lobak merah yg diblend selalu... Jadi kami mmg ikut arahan doktor demi kebaikan Fikri..
Keluar wad...aku dan ayahanda ke kedai Kompleks Pertama untuk menempah cermin mata Fikri seperti yang dicadangkan doktor...Cermin mata Fikri terpaksa ditempah khas dari luar negara maklumlah dia tu kecik sangat ...power mata Fikri pun banyak iaitu 2200 untuk mata kanan dan 2600 untuk mata kiri...
Bila dia mula pakai cermin mata tu...dah lain macam aje....Cermin mata tu pun bertahan sekejap aje....Fikri pintal dan patahkan...kami tempah lain...sama jugak dibuatnya....Kadang2 dicampaknya ke bawah dari tingkat tiga kuarters yang kami diami...
Pembedahan kedua dilakukan ketika Fikri berusia 6 bulan...dan aku lalui sekali lagi proses yang sama...kali ni aku pun tak faham apa yang doktor cuba katakan...tapi aku tahu mata Fikri masih bermasaalah...
No comments:
Post a Comment