Syukur dengan nikmat Allah yang mana Allah tidak pernah lupa untuk berikan kepada setiap makhlukNya setiap hari. Allahu Akbar!
Sebagai manusia biasa, Anda akan kerap lupa perkara yang Anda tak tulis dan tak ingin nak ingat. Minda memerlukan sesuatu sebagai peransang untuk Anda mengingati sesuatu.
Sebagai manusia biasa, Anda akan kerap lupa perkara yang Anda tak tulis dan tak ingin nak ingat. Minda memerlukan sesuatu sebagai peransang untuk Anda mengingati sesuatu.
Untuk mengingatkan diri Anda supaya bersyukur selalu, ambil perkara
yang paling mudah dan yang paling hampir pada diri Anda. Gunakan sebagai
pengingat supaya Anda bersyukur selalu.
Sama seperti gambar orang tersayang. Tiap kali ternampak atau terfikir gambar tersebut, pasti teringat orang tersayang.
Perkara yang paling mudah yang dimaksudkan adalah nafas Anda.
Bagi melatih diri Anda supaya sentiasa bersyukur, tarik nafas dan
hembuskan perlahan-lahan. Hadirkan rasa berterima kasih kerana Anda
masih bernafas. Ucap terima kasih sepenuh hati.
Ucap terima kasih pada Tuhan kerana Anda masih ada peluang untuk
bernafas (..kerana Anda boleh mati bila-bila masa) dan Anda masih ada
peluang untuk berusaha menuju impian Anda selama mana nafas Anda masih
ditakung nyawa.
Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak terkira dan terhitung
banyaknya. Kekadang kita terlupa menilai dan menghargainya, bak kata
pepatah kuman di seberang lautan kelihatan, gajah di depan mata tidak
kelihatan. Walaupun Simpulan Bahasa ini membawa maksud kesalahan dan kesilapan
orang lain nampak dan kesalahan dan kesilapan diri sendiri tidak
nampak, mungkin masih sesuai kalau dibuat perbandingan bahawa kita
sering nampak yang jauh dari diri kita terlebih dahulu sebelum terfikir
apa yang ada di dalam diri sendiri, sebabnya sememangnya mata manusia
fokus ke hadapan dan melihat apa yang berada di hadapan iaitu di lokasi
yang terletak di luar bahagian badan dan mata itu sendiri pun tidak
mampu melihat dirinya sendiri. Sampah masuk mata sendiri tidak mampu
dikeluarkan tetapi sampah yang masuk ke dalam mata orang lain boleh pula
kita membantu untuk mengeluarkannya.
Tiap kali Anda perasan yang Anda terlupa untuk bersyukur, ambil masa
5-7 saat, tarik nafas, tahan sekejap lepas itu hembus perlahan-lahan
dengan ucapan terima kasih di dalam hati kerana Anda masih boleh
bernafas pada hari ini. Ulang-ulangkan setiap hari.
Tiap kali bernafas, pasti akan terbit perasaan bersyukur yang begitu mendalam.
Lama-kelamaan, Anda akan boleh mengubah diri Anda menjadi orang yang
selalu bersyukur lantas menjadikan diri Anda orang berfikiran positif.
Perubahan menjadi insan positif tidak mustahil, janji Anda konsisten berusaha melakukan perubahan.
No comments:
Post a Comment