Aku memang sukakan keindahan terutama melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan yang kulalui di sepanjang jalan hari ini. Sejuk, damai dan mempersonakan. Mungkin suasana redup dan hujan yg turun turut menyumbang kepada keindahan dan kedamaian ini.
Dan apa yg ingin aku kongsikan ini adalah suatu ciptaan Tuhan yg amat cantik kerana aku memang suka pada kecantikan dan keindahan. Gambar-gambar ini aku dapat daripada satu blog yang aku baca.
Mari bersama-sama kita layan gambar2 yang indah ini............
Keindahan sungai 5 warna di Columbia
Fakta ringkas:
-Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
-Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
-Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
-Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.
Lagi gambar-gambar menarik:
No comments:
Post a Comment