Hari ini aku memakai baju warna biru sedondon dengan tudung ....memulakan langkahku ke sekolah seawal jam 6:10 pagi berseorangan kerana ayahanda dan angah cuti lagi. Aku tiba di sekolah hampir jam 7:00 pagi. Kulihat dah banyak kereta ibu bapa di sepanjang jalan ke sekolah.Seolah-olah macam ada majlis keramaian.
Aku terus melangkah ke pejabat. Aku tercari-cari kad aku. Tulah padahnya semalam tak dapat datang
mesyuarat. Aku tak tahu nombor punch card. Rakan2 guru yang lain datang terus punch. Aku dah hampir 5 minit kat situ masih tercari2. Rupa2nya nombor telah ditukar...dapatlah aku punch juga akhirnya.
Aku terus ke bilik GPK 1 membincangkan tentang perhimpunan yang akan diadakan pada pagi ini. Setelah semua maklumat diperolehi, aku terus ke dewan menguruskan murid2.
Ibubapa pun sama naik dengan anak dia orang. Penuh juga dalam dewan. Aku terus capai mic dan mengarahkan ibubapa agar segera beredar ke kantin. Perhimpunan berjalan lancar.
Selesai perhimpunan, aku menguruskan pula murid tahun enam. Selesai taklimat, aku pun beredar dari dewan melalui tepi pentas. Bab inilah yg paling menyedihkan aku...Baju aku tersangkut pada paku dan terkoyak. Aku amat sayang baju ni dan harganya pun boleh tahan jugak. Frust pagi2 lagi.
Aku naik ke atas menyelesaikan plan strategik dan menguruskan fail. Selepas rehat, aku masuk ke kelas...Hari ini aku mula mengajar BM setelah lebih dari 20 tahun aku tak mengajar subjek ini. Kalau sekolah lain, aku rasa senang nak mengajar..tapi sekolah aku ni memang mencabar. Mudah lagi ajar BI, MT dan SN. Sekolah elitlah katakan. Tak faham BM. Terpaksa translate pulak dlm BI. Walaupun majoritinya anak Melayu. Arahan2 mudah pun susah diaorang nak faham.
No comments:
Post a Comment