Pada malam ini teater turut ditonton oleh TYT Pulau Pinang yang suatu ketika dulu merupakan seorang guru sekolahku. Beliau juga pernah mengajar kakak2ku...Kami dapat tempat VIP dan dapatlah tengok dengan jelas setiap sudut lakonan Fauzi Marzuki, K Rahman, Elly, Opie, Azizah Mahzan dan Baharuddin Hj Omar.Walaupun ceritanya diolah semula...dan tidak 100% sama dengan filem Allahyarham P.Ramlee, namun agak menarik dan menghiburkan...Aku amat teruja mendengar suara K Rahman. Begitu sedap sekali ketika dia azan dan menyanyi...
Ulasan Pemberita:
Teater yang diadaptasi daripada karya seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengisahkan tentang keteguhan seorang penghulu, Tok Merah (Datuk Baharuddin Omar), dalam menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah kampung kecil bernama Se-Merah Padi.
Tok Merah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam bersama dua pendekarnya, Aduka (Khir Rahman) dan Taruna (Fauzi Nawawi) yang bersahabat baik.
Dara (Jue Aziz), satu-satunya anak gadis Tok Merah telah ditunangkan atas persetujuan bersama. Namun tanpa diketahui semua, Dara diam-diam mencintai Aduka.
Beberapa hari selepas majlis pertunangan, Se-Merah Padi diserang lanun yang diketuai Borek kerana dendamnya terhadap Tok Merah yang telah menjatuhkan hukuman sula terhadap kakandanya, Jejaka, yang melakukan hubungan zina dengan Mukah.
Pementasan ini cukup bagus daripada segi alatan pentas (props) dan pemilihan pelakonnya.
Menarik untuk ditonton, cuma jalan penceritaannya agak panjang membuatkan penonton berasa keletihan untuk menunggu plot seterusnya.
Lakonan Khir Rahman turut menarik perhatian penonton lebih-lebih lagi ketika pelakon itu melaungkan azan di samping nyanyiannya yang merdu.
Menurut pengarahnya, Rosdeen Suboh, dia gembira, walaupun terdapat sedikit masalah daripada segi props yang tidak mencukupi, teater tersebut masih lagi dijalankan dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment