Tuesday, February 22, 2011

KAWAL EMOSI KITA.


Kawalan emosi yang ampuh adalah dengan sabar. Bila nak marah, tahan marah. Bila rasa tertekan, tahan rasa tertekan.
Cari sesuatu yang lain lalu salurkan kemarahan atau rasa tertekan melaluinya.
Sesetengah orang, menggunakan aktiviti tertentu untuk ‘lepas geram’. Ada orang menumbuk beg pasir dengan kuat semata-mata melepaskan stress terbuku lama di kepalanya.
Ada sesetangah orang, bekerja dengan sangat rajin sebagai respon atas kritikan pedas menekan yang diterimanya.
Ingat! jangan lepaskan dengan perkataan dari mulut Anda, tapi lepaskan dengan perbuatan. Lepaskan dengan cara diam-diam, kerana itu adalah cara mengawal marah hasil atau rasa tertekan.
Tak siapa yang sanggup bersabar lama-lama. Marah dan rasa tertekan yang disimpan, mesti dilepaskan keluar satu persatu. Jika disimpan lama-lama dalam hati, akan jadi macam gunung berapi. Satu hari nanti, meletup berapi!



Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahu wa'lam

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!