Monday, February 21, 2011

AIR MATA SEORANG LELAKI......


Hari ini inginku kongsi satu cerita sebagai panduan kita bersama. Sifat pemarah dan panas baran ada kalanya memakan diri sendiri. Sifat ini dulunya menjadi sinonim dalam diri seorang rakanku. Pantang salah sikit, terus melenting.

Pada suatu hari, aku dan dia menaiki lrt ke pusat bandar. Suasana dalam tren tidaklah ramai orang sangat ketika itu. Kami duduk sambil berbual. Sesampainya satu stesyen selepas itu, ramai juga yang naik termasuk seorang lelaki bersama 2 orang anaknya. Suasana yang nyaman asalnya tadi bertukar riuh dengan gelagat kedua-dua kanak-kanak tersebut yang tak tahu duduk diam. Bapanya tidak pula menegur sikap anak-anaknya itu. Dia sanggup buat tak tahu dan tidur saje. Apalagi kawanku pun mula mengomel. Kalau dapat nak dicubit-cubitnya budak-budak tu. Tak tau hormat orang langsung.

Aku cuba mendekati bapa mereka dengan memberi salam. Dia menjawab salamku. Rupa-rupanya dia cuma pejamkan mata aje, tak tidur. Aku terus memberitahu padanya bahawa anak-anaknya mengganggu penumpang yang lain. Aku terkejut apabila habis saja soalanku dia terus menangis. Pelik... jarang aku lihat lelaki menangis. Aku pun segera minta maaf takut-takut soalanku tadi menyinggung perasaannya. Lantas dia terus menceritakan masalahnya padaku.

"Isteri saya mengidap kanser dan dirawat di hospital. Sejak sakit, doktor melarang anak-anak saya menziarahi ibu mereka kerana kanak-kanak tidak boleh masuk wad tersebut. Sudah tiga bulan berlalu. Sejak itu sayalah yang menjaga mereka dan memasak makanan bagi mereka. Baru hari ini doktor membenarkan mereka berjumpa ibu mereka. Tentulah mereka terlalu gembira, terutama dah lama tak rasa masakan dan belaian ibu mereka. Dah tak sabar rasanya nak cerita macam-macam pada ibu mereka.Sebenarnya, saya pejamkan mata tadi sebab memikirkan apa dan bagaimana saya hendak bagitahu yang mereka dibenarkan berjumpa ibu mereka yang telah tidak bernafas lagi."

Dia terus menangis. tanpa disedari, air mataku juga turut mengalir. Kawanku tergamam. Sesungguhnya peristiwa hari itu mengajar aku dan kawanku agar tidak boleh sewenang-wenangnya buruk sangka pada seseorang. Sejak hari itu dia sudah tidak panas baran lagi............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!