Tuesday, February 8, 2011

KEJUTAN.........

Hari ini aku dikejutkan oleh satu panggilan telefon daripada Tabung Haji. Berdebar-debar dadaku apabila pegawai TH memperkenalkan diri. Ada rezeki ke Mekahkah tahun ini? Rupa-rupanya bahagian latihan yang memerlukan khidmat kepakaran aku rupanya. Dah lama mereka cari aku setelah kali terakhir aku memberikan ceramah Matematik di Kuantan pada tahun 2009. Biasanya aku hanya terlibat dengan Petronas dan BSN sahaja.

Tawaran yang diberikan agak lumayan juga. Apa yang mengharukan aku ialah pelajar-pelajar yang aku didik pada masa dulu telah berjaya meraih kejayaan yang amat cemerlang. Alhamdulillah. Tengok jadual aku, boleh masuk tarikh dia orang ni. Aku akhirnya bersetuju dengan program motivasi TH ni. Kena perah otaklah lepas ni. Masa dah suntuk. Aku bukan jenis buat kerja sambil lewa. Aku mesti berikan yang terhabis baik untuk anak-anak FELDA yang bakal aku bimbing. Sesi pertama akan berlangsung di Melaka selama 3 hari dan sesi kedua di Felda Ladang Bahagia selama 2 hari. Apapun aku perlu siapkan modul yang terbaik, insyaallah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!