Monday, November 9, 2015

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Sahabat sekelian, Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah

Tuesday, November 3, 2015

9S : APA YANG ANDA HARUS BUAT JIKA INGIN BERJAYA

Aku tertarik bila membaca petua daripada Dr Azizan Osman ni melalui fb ptg tadi...Jadi aku abadikan dlm koleksiku...semoga dapatku jadikan panduan...terima kasih #teamazizan

Sunday, October 25, 2015

NOTA BUAT HUSBAND SEMPENA ANNIVERSARY YANG KE 28

Kekanda,
Terima kasih kerana sentiasa menyayangi diri ini,
Terima kasih kerana menjadi suami penyayang dan baik hati,
Terima kasih kerana menjadi suami yang sanggup dan sabar 
melayani karenah dinda dengan penuh kelembutan,
Terima kasih kerana menatang diri ini dengan penuh kasih sayang,
 
Terima kasih kerana menjadi suami yang seikhlas hati cuba meringankan tanggungjawab isterimu,..
Suami yang sentiasa inginkan rumahtangga kita sempurna,
Suami yang sentiasa memahami isterimu, yang sentiasa ada bersama isteri dan putera puteri kita
Suami yang sanggup berkorban masa dan hobi demi bersama keluarga dan
Suami yang sanggup melakukan apa sahaja untuk isterimu,
Terima kasih kanda atas segalanya....
 
Kekanda,
Dua puluh lapan tahun kita hidup bersama menempuh segala onak duri,
kanda tetap di sisi dinda... walau badai kadang2 melanda kanda tetap sabar mengharunginya...
Terima kasih kanda... kerana sentiasa menyokong dan memberi semangat buat isterimu..
 
Tiada kata yang mampu diungkapkan
melainkan diri ini sangat bersyukur dan
sangat bahagia hidup bersama kanda,
Adanya Cinta Kita adalah kerana adanya CintaNya bersama kita,
Moga Dia membawa cinta kita sampai ke Syurga milikNya,
Amin.....
 
Sayang kanda Dunia Akhirat .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!