Sunday, August 15, 2021

Happy birthday suamiku

Tuhan memberikan kita anugerah luar biasa yang mungkin saja tidak diberikan pada makhluk hidup lainnya, yakni menjadi manusia. Kita diberi kesempatan untuk memberikan rasa kasih sayang tanpa batasan, memberikan segala bentuk dan rupa pengorbanan untuk apa yang kita pertahankan. Tuhan memberikan kita kesempatan untuk merasakan cinta.

Cinta merupakan kata yang amat kuat, bahkan jauh lebih kuat dari ekonomi, kekuatan politik, atau segala hal yang kuat di muka bumi ini. Kita tidak bisa dapat melihat bagaimana bentuknya. Kita tak bisa melihat bagaimana ia masuk ke dalam tubuh kita. Tapi kehangatannya amat  terasa.

Tidak ada taraf terbaik atau terburuk dalam cinta. Cinta tidak memiliki level. Anda tidak bisa membandingkan rasa cinta kepada suamimu, dengan rasa cinta orang lain terhadap pasangannya. Kerana sejatinya kita merasakan hal yang sama, tanpa ada pemisah, tanpa ada dinding yang membezakannya.

Sungguh amat beruntung bagi siapa saja yang bisa merasakan cinta di dalam hidupnya. Merasakan kehangatan dan kebersamaan di tiap saatnya. Kalimat “serasa dunia milik berdua” bukan menjadi omong kosong belaka. Yang ada adalah hidup yang terus merasakan bahagia.

Monday, November 16, 2020

10 SIFAT SUAMI IDAMAN ISTERI


Kredit: FB DATO DR MOHD FADZILAH KAMSAH

1. Pasang Niat
Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur
Bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Senyum
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

4. Jadi Teman Berbual
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

5. Telefon dan Beri Mesej Cinta
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

6. Jadi Pak Lawak
Suami idaman tidak semestinya kelakar, tetapi cuba menghiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

7. Cari Peluang Bergurau Manja
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

8. Makan Bersama
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

9. Mandi Bersama
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

10. Bantu Kerja Rumah
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda. Percayalah, walaupun isteri anda tidak meminta tolong, pasti dia akan menghargai pertolongan anda.

#pesantokabah

10 CIRI ISTERI IDAMAN SUAMI

Kredit: FB Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada sahabat yang membaca.

1. Kecantikan Dalaman
Kecantikan dalaman akan menyerlahkan keindahan hati dan perilaku seseorang wanita. Walaupun berpewatakan lemah lembut, mereka masih mempunyai nilai dan prinsip untuk mencari nama dan wang, tidak mengikut hawa nafsu dan tidak akan menuntut sesuatu yang bukan miliknya. Selain itu, nur akan terpancar di wajah wanita yang mempunyai minda dan hati yang suka bersangka baik.

2. Keanak-anakan
Sifat semulajadi lelaki yang suka membela, menjaga, melindungi dan suka membimbing membuatkan mereka suka kepada wanita yang keanak-anakan dan manja. Namun, harus diingat, sifat keanakan yang terlampau juga boleh memperlihatkan wanita itu kurang matang dan membuatkan lelaki menyampah. Antaranya, bercakaplah dengan nada yang lemah lembut dan perilaku yang sopan santun.

3. Bepegang Kepada Agama
Berpegang kepada agama akan mengangkat martabat diri seorang wanita. Rasullulah menekankan, pilihlah yang beragama kerana agama menjadi kekuatan wanita melindungi maruah diri demi suami tercinta.

4. Bijaksana
Wanita yang bijak tetapi tidak menunjukkan memang menjadi idaman lelaki. Jika wanita suka menunjuk-nunjuk, ia boleh mencabar ego lelaki dan menyebabkan lelaki menyampah serta tidak berani mendekatinya.

5. Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki. Mulut wanita yang suka mengkritik, memperbesarkan perkara yang kecil, berceloteh benda yang sama dan bercakap tentang sesuatu yang tidak berasas memang menjengkelkan lelaki. Wahai wanita, anda dinasihatkan berkatalah dengan perkataan yang indah, menghiburkan dan bermanfaat sahaja.

6. Memahami Lelaki
Jadilah wanita yang peka dan mempunyai gerak hati yang kuat untuk memahami lelaki. Ini kerana lelaki mengimpikan pasangan yang mampu memahami situasinya dalam suka dan duka dengan membaca riak wajah tanpa perlu berbicara. Lantas, bertindak menghiburkan dan memberikan semangat dan kekuatan.

7. Tidak Terlampau Cemburu
Lelaki tidak suka wanita yang suka mengongkong dan cemburu buta. Jangan suka membuat tuduhan yang beremosi tanpa bukti yang kukuh. Lebih elok bersangka baik dan berbincang dengan cara yang paling berhemah sebelum membuat tuduhan melulu.

8. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang sentiasa bersopan santun, manis wajah, sentiasa senyum, menutup aurat, ramah mesra dan menundukkan pandangan secara tidak langsung, akan mendamaikan perasaan lelaki.

9. Pandai Menaikkan Semangat Dan Motivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi. Wanita ini bukan sahaja menjadi dorongan kepada suami, malah berbakat menjadi ibu yang mampu merangsang anak-anak menjadi cemerlang.

10. Sabar
Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?


Monday, November 2, 2020

40 CERITA TENTANG *MAKAN*


1. Paling sedap, *makan* free.

2. Paling mahal, *makan* angin.

3. Paling pahit, *makan* hati.

4. Paling lama nak pencen, *makan* gaji.

5. Paling susah, *makan* pasir.

6. Paling celupar, *makan* penampar.

7. Paling terkesan, *makan* dalam.

8. Paling sikit, *makan* tepi.

9. Paling best, *makan* tidur *makan* tidur.

10. Paling bahaya, break tak *makan*.

11. Paling berdosa, *makan* rasuah.

12. Paling teruk, *makan* tuan.

13. Paling cantik, pandai *mkn*...pandai simpan...

14. Paling malas, dah *makan* tak pandai basuh.

15. Paling cela, *makan* yang haram. 

16. Paling lama, *makan* garam.

17. Paling takut, *makan* diri.

18. Paling bosan , *makan* tahun.

19. Paling tidak terasa, *makan* usia.

20. Paling degil, tak *makan* saman.

21. Paling boring, *makan* masa.

22. Paling hina, *makan* kawan.

23.Paling  bahaya, *makan* jalan.

24. Paling baik, kena bagi *makan*.

25. Paling comel, tak *makan* tua.

26. Paling benggang, dah pancing tak *makan²*.

27. Paling kecewa, harapkan pegar, pegar *makan* padi.

28. Paling derita, pantang *makan*.

29. Paling risau, budak² tak mau *makan*.

30. Paling sibuk, cari *makan*.

31. Paling sopan, *makan* beradab.

32. Paling kerap, salah *makan*.

33. Paling tak jujur, *makan* hak orang.

34. Paling engkar, curi² *makan*.

35. Paling seronok, *makan* kenduri.

36. Paling diingat, jaga *makan*.

37. Paling tak sihat, *makan* tak pantang.

38.Paling sihat, *makan* bila lapar.

39.Paling mulia, *makan* nasihat.

40. Paling akhir, *makan kena orang tolong suapkan*.

_*"IKUTI TUJUH (7) SUNNAH NABI SETIAP HARI"*_



*1. _"Cerdasnya orang yang beriman adalah yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat dan sekejap ini untuk hidup lama. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup"_*.

*2. _"Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu perjumpaan dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan"_*.

*3. _"Hendaknya kita selalu menjaga 7 (tujuh) sunnah Nabi setiap hari. Ke-tujuh sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi Washallam itu adalah"_   :*

*(1). _"Pertama"_ :*
*_"Shalat Tahajjud-lah karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada Shalat Tahajjud-nya"_*.

*(2). _"Kedua : Bacalah Al-Qur’an sebelum Terbit Matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya kita membaca Al-Qur’an didahului dengan penuh pemahaman"_*.

*(3). _"Ketiga : Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke-manapun langkahkan kaki ke masjid, karena Masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan Muadzin tetapi panggilan Allah yang memanggil orang beriman untuk memakmurkan Masjid Allah"_*.

*(4). _"Keempat  : Jaga shalat Dhuha karena kunci rezeki terletak pada Shalat Dhuha"_*.

*(5). _"Kelima : Jagalah sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan Malaikat Allah selalu mendo'akan orang yang bersedekah setiap hari"_*.

*(6). _"Keenam : Jagalah wudhu karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu Shalat walau ia sedang tidak Shalat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua do'a, "ampuni dosanya dan sayangi dia ya Allah”_*.

*(7). _"Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi karena dosa kita akan dijauhkan oleh Allah"_*.         

*4. _"Ada tiga do'a yang jangan kau lupakan dalam sujud-mu"_ :*

*(1). _"Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah : Allahumma inni as'aluka Husnul khotimah. Artinya : "Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah"_*.

*(2). _"Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat : Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut. Artinya : Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat"_*.

*(3). _"Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agama-Nya, Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika. Artinya : Ya Allah wahai sang pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU"_*.

*5. _"Jika kau sebarkan amanat ini, dengan niat baik, maka kami do'akan menjadikan kemudahan urusan-urusanmu di dunia & akhirat"_*.

*6. _"Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun, karena tidak kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke surga"_*.

*7. _"Kirimkan semampu-mu dan seikhlas-mu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 orang"_*.

*8. _"SEKECIL apapun amal ibadah Allah Subahanahu Wa Ta'ala menghargainya PULUHAN kali lipat. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-² yang bertaqwa, Aaamiin"_*.

*9. _"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim”_*

*10. _"Sebarkanlah, In Syaa' Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala*

Friday, October 23, 2020

10 BARANGAN MAHAL YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERLUKAN PUN SEBENARNYA

DAHULUKAN keperluan, barulah kehendak.
Itu antara asas untuk mengelakkan anda dari terjerumus kepada masalah kewangan yang pada awalnya mungkin kelihatan baik-baik sahaja namun lama-lama, membukit jadinya.
Begitupun, hidup dalam dunia serba moden, serba canggih kini, kadangkala - mungkin juga banyak kali - kehendak nampaknya acap kali mengatasi keperluan.
Dek kerana mahu nampak bergaya, hebat di depan rakan-rakan, semuanya sanggup dilakukan, tak kisahlah poket makin menipis asalkan ego menebal.

Natijahnya, hujung bulan mula catu sana-sini, serba-serbi tak cukup malah ada yang terpaksa meminjam wang pula, dari keluarga, rakan atau sesiapa sahaja.

Astro AWANI kongsikan 10 barang yang kadangkala disebabkan kehendak, anda terjerumus dan akhirnya menjadi mangsa kepada masalah kewangan.

1. Telefon pintar
Antara banyak-banyak barang, mungkin ini selayaknya disebut paling awal.
Mana tidaknya, generasi muda sekarang boleh dikatakan hampir setiap tahun menukar telefon pintar, ada saja model baru, terus disambarnya.
Pantang keluar iklan, mulalah tak senang duduk dibuatnya. Nampak pula ada rakan guna telefon pintar baru, lagilah berkobar-kobar hatinya nak dapatkan peranti baru.
Situasi itu menyebabkan peranti yang dijual pada tahun sebelumnya boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah sedangkan prestasinya masih mantap, umpama yang baru juga.
Alangkah bagusnya kalau wang itu digunakan untuk membeli barang lain yang semestinya lebih memenuhi keperluan anda.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

2. Kopi mahal
Meneguk secawan kopi yang penuh aroma pada waktu pagi dan selepas habis waktu kerja pastinya menghadirkan ketenangan terutamanya kepada pencinta kopi.
Biasanya, tentulah restoran mahal menjadi pilihan, kadangkala secawan kopi harganya boleh mencecah belas-belas ringgit.
Tapi sebenarnya ada saja kedai-kedai kopi terutamanya milik anak tempatan yang menyajikan kopi hampir sama, penuh aroma dan sedap juga.
Mungkin ia tidak sama seperti restoran-restoran mahal yang biasa anda kunjungi tapi rasanya tidaklah begitu jauh berbeza.
Harga lebih murah, ketenangan dan kepuasan pun sama dapat.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

3. Tudung mahal
Fuh, pasti ramai panas hati, sakit hati baca bahagian ini.
Mahu atau tidak mahu, inilah yang harus dibangkitkan kerana kebelakangan ini semakin ramai wanita sanggup berhabis ratusan, ribuan ringgit untuk sehelai tudung.
Pelbagai alasan diberikan, material kain lebih baik, rekaan yang cantik, eksklusif tapi ramai sebenarnya menyedari, harganya melambung tinggi kerana jenamanya.
Boleh saja beli tudung di kedai-kedai tepi jalan, di pasar malam atau di pusat membeli-belah, harganya pasti jauh lebih murah dan kualitinya juga kadangkala hampir setanding.
Percayalah, mahal mana pun tudung anda, tak ramai pun menyedarinya kecuali jika mereka juga pelanggan tudung mahal seperti anda.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

4. Majlis perkahwinan meriah
Menjadi raja sehari, sudah semestinya kita sehabis baik mahu jadikan ia kenangan terindah, tak boleh dilupakan, diraikan semeriah mungkin.
Lazimnya, majlis yang meriah sudah semestinya memerlukan banyak belanja.
Disebabkan mahu nampak gah, ada yang sanggup meminjam daripada bank untuk melunaskan hasrat hati mereka.
Wang itu adalah lebih baik disimpan untuk kehidupan selepas berkahwin kerana ramai orang kata, kehidupan selepas majlis itu adalah realiti sebenarnya, susah dan senang bersama.
Kalau sebelum kahwin pun hutang dah keliling pinggang, sukar jugalah nak menguruskan kewangan selepas kahwin kelak.
Tak mengapalah kalau tak meriah sangat asalkan selepas majlis, anda bahagia dan lapang minda bersama pasangan.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

5. Vacuum cleaner robot
Ciptaan ini semakin mendapat permintaan kerana katanya memudahkan kerja membersihkan rumah, tidak perlu terbongkok-bongkok membersihkan rumah seperti sebelum ini.
Begitupun, saiznya yang kecil menyebabkan anda perlu membersihkannya berulang kali, berbeza berbanding penyedut hampagas lain yang ada dalam pasaran.
Dari segi praktikal dan memudahkan kerja, mungkin robot itu lebih berguna untuk anda namun apabila dibandingkan harganya, tak salah kalau guna cara lama sahaja.
Begitupun, harganya kini semakin murah dan membolehkan lebih ramai orang membelinya.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

6. Headphone mahal
Bagi mereka yang suka mendengar lagu, kebanyakan masanya dihabiskan dengan lagu menerjah halwa telinga, mereka pastinya lebih gemar menggunakan headphone mahal.
Katanya, bunyi dari headphone mahal lebih sedap, bass, treble, semuanya sedap-sedap belaka, cukup sempurna.
Bayar beratus, beribu ringgit pun mereka tidak kisah asalkan mendapat kepuasan ketika mendengar lagu-lagu kegemaran.
Satu perkara yang pasti, kalau beli headphone murah pun, ia tidaklah menghalang anda untuk mendegar lagu, mungkin kualitinya berbeza tapi fungsinya tetap sama.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

7. Kereta mewah
Boleh kata semua orang memasang impian untuk memiliki kereta mewah tapi hakikatnya, ia tidaklah semudah disangka.
Nak beli satu cerita, nak menyelenggara pun satu cerita lagi. Lazimnya lagi mahal sesebuah kereta, lebih tinggi kos penyelenggaraannya.
Kadang-kadang pergi bengkel, barang pula tiada, kena tunggu pula beberapa minggu. Sudahlah harga mahal, masa pula banyak terbuang.
Daripada mengeluarkan wang untuk kereta mewah, tak salah kalau beli kereta jenama tempatan yang kebelakangan ini mula mengeluarkan model setanding jenama antarabangsa.
Harganya? Pasti jauh lebih murah dari jenama lain.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

8. Jam mahal
Ada orang mengklasifikasikan jam mahal sebagai status kekayaan, lebih mahal, lebih kaya orang itu kelihatan di mata rakan-rakannya.
Pastinya anda tahu, tak kiralah mahal mana pun jam anda beli, fungsinya tetap sama, menunjukkan waktu kepada anda.
Hakikatnya, tak ramai pun orang yang benar-benar melihat kepada jam anda tatkala bertemu anda. Lazimnya mata mereka lebih tertumpu kepada baju dan kasut anda, lebih kepada penampilan secara keseluruhan.
Jadi, tak salah kalau anda pilih jam yang nampak klasik, cantik, berkilat tapi dalam masa sama, harganya jauh lebih murah.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

9. Bilik hotel mewah, mahal
Bila bercuti, sudah semestinya ramai mahukan penginapan yang selesa, persis seperti bilik sendiri, barulah tenang, selesa bila tidur malam.
Pastinya untuk bilik sebegitu, harganya tidak murah. Ada pelabagai jenis hotel menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan jurang harga yang berbeza-beza juga.
Kalau anda rancang percutian anda, rajin ‘menjelajah’ dari satu hotel ke satu hotel secara atas talian, tak mustahil anda akan dapat bilik selesa pada harga murah.
Biasanya waktu bercuti, anda tidak akan habiskan banyak masa di bilik, banyak keluar saja. Bilik hanya untuk mandi, bersiap dan tidur.
Jadi lebih baik wang untuk membayar bilik hotel yang mahal, anda tukarkan kepada perkara lain seperti makanan, cenderahati dan aktiviti lain. Lebih berbaloi rasanya!
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

10. Produk diet ‘ajaib’
Ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan ubat kurus, kononnya boleh kuruskan badan dengan cepat namun kesan buruknya tidak pula diberitahu.
Pakar kesihatan berpendapat ubat kurus sebegitu sebenarnya membahayakan kesihatan, boleh merosakkan buah pinggang dan kesannya hanya terasa apabila usia semakin meningkat.
Nak kurus memanglah agak sukar tapi ubat kurus bukanlah pilihan yang tepat. Ada kalanya harga mencecah ratusan ringgit, duit habis tapi kadangkala kurusnya tak dapat pun.
Jauh lebih elok jika anda memasang niat untuk kurus, mulakan dengan jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat.
Kesannya mungkin sedikit lambat tapi sekurangnya anda tidak perjudikan kesihatan anda.
Dahulukan keperluan, barulah kehendak.

Ridauddin Daud
September 27, 2020

Nukilan di atas mungkin tidak dipersetujui ramai pihak namun niat penulis hanyalah berkongsi kata, moga-moga lebih ramai peka dan tidak terjerumus dalam masalah kewangan.
Pokoknya, semuanya terserah kepada diri masing-masing. Kalau anda rasa segalanya kena dengan anda, apa salahnya kan…


Monday, September 21, 2020

UJIAN DATANG DALAM PELBAGAI BENTUK

Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
 
Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Ingatlah, Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian

Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian

Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian

Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian

Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.

Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Alhamdulillah.
Kita semua di UJI Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!