Saturday, April 23, 2011

BAHASA MATEMATIK - BUAT GURU MATEMATIK

Ketika sebuah konsep Matematik diajarkan oleh seorang guru kepada murid ataupun murid mendapatkannya sendiri melalui pembacaan, maka di saat itu berlaku transformasi konsep Matematik.Respon yang diberikan murid merupakan tafsiran tentang maklumat tadi. Dalam Matematik, tafsiran dan respon itu seringkali menjadi masalah istimewa. Hal ini sebagai salah satu akibat dari ciri-ciri Matematik itu sendiri yang sarat dengan istilah dan simbol. Oleh itu, kemampuan berkomunikasi dalam Matematik menjadi tuntutan khusus. Bahkan, tanpa komunikasi dalam Matematik guru akan mempunyai sedikit keterangan, data, dan fakta tentang pemahaman murid dalam melakukan proses dan aplikasi Matematik.

Jadi bagaimanakah caranya melatih komunikasi murid dalam Matematik? Menurut Cai, J., Lane, S., dan Jakbcsin, MS (dalam NCTM, 1996) salah satu model yang pernah berkembang untuk melakukan hal ini dinamakan Open-Ended Tasks . Di dalamnya berupa format penilaian dalam bentuk soalan open-ended, iaitu suatu soalan yang memberi kebebasan pada pelajar untuk menjawab secara benar dengan kemungkinan alasan atau cara menjawab yang pelbagai berdasarkan pengalaman belajar masing-masing. 

Selain open ended tasks, berikut beberapa siri aktiviti pembelajaran Matematik yang mampu melatih komunikasi murid dalam Matematik:
1.        Menghubungkan benda nyata/maujud, gambar, dan rajah ke dalam idea Matematik
- guru berusaha menanamkan konsep kepada murid. Tentu saja kepakaran guru dalam teknik bertanya amat membantu agar murid mampu membuat kaitan antara benda nyata, gambar, dan rajah dengan Matematik. "Mengapa jadi begitu?", "Kalau tahu, dari mana?", "Apa alasannya?", Boleh menjadi soalan yang boleh membawa murid menyampaikan konsep Matematik yang mereka dapat dari benda nyata, gambar, dan rajah. Contoh : Guru membawa tiga gelas masing-masing mengandungi air yang berbeza sukatannya. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari gelas dan air?" Maka akan banyak alternatif jawapan murid dan mereka harus menyatakan alasannya sekali.

2.       Menyatakan peristiwa sehari-hari dalam bahasa atau simbol Matematik
Pembelajaran RME (Realistic Mathematic Education) atau CTL yang mengenengahkan kontekstual adalah pendekatan yang mampu mengembangkan komunikasi murid tentang konsep Matematik. Contoh: guru bercerita tentang aktiviti seorang ibu yang pada waktu pagi menggoreng telur separuh masak, lalu bertolak ke sekolah untuk perhimpunan pagi. Semasa perhimpunan, bendera merah putih dikibarkan. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari cerita tersebut?" Ada kemungkinan murid akan menjawab, "Setengah pada telur separuh masak bukan pecahan, sedangkan bendera merah putih, bahagian merah atau bahagian putihnya adalah pecahan kerana saiz yang sama. "

3.       Membaca, menulis, mendengar, dan berbincang tentang Matematik 
Seperti disebutkan di atas, salah satu bentuk komunikasi Matematik adalah kegiatan membaca Matematik. Bacaan dalam Matematik mempunyai peranan penting dalam pembelajaran Matematik. Sebab, aktiviti membaca mendorong murid belajar secara aktif. Ini bermakna bahawa pembaca tidak hanya sekadar menarik erti daripada teks tetapi juga menggunakan pengetahuannya, minatnya, nilainya, dan perasaannya untuk mengembangkan makna.
Kemampuan mengemukakan idea Matematik dari suatu teks, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan merupakan sebahagian penting dari standard komunikasi Matematik yang perlu dimiliki pelajar. Sebab, seorang pembaca dikatakan memahami teks tersebut secara bermakna apabila ia dapat menterjemahkan idea dalam teks secara benar dengan menggunakan bahasanya sendiri. 

Oleh itu, untuk memeriksa sama ada murid telah memiliki kemampuan mambaca teks Matematik secara bermakna, maka dapat dinilai melalui kemampuan pelajar menyampaikan secara lisan atau menuliskan kembali idea Matematik dengan bahasanya sendiri.
Bahasa ada jika ia dikomunikasikan. Matematik demikian pula. Mengajarkannya, sama dengan berbicara dengannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!