Friday, April 13, 2012

AKU DI PENANG

Pada 2 hingga 5 April aku ke Pulau Pinang atas urusan kerja pertama buatku. Tanpa sempat berkata apa-apa pun aku menerima tugasan ad hoc ini memandangkan ini arahan daripada pengarah. Tiket flight terus kuuruskan dan bermulalah aku study beberapa buah buku untuk tugasan ini tanpa jemu.

Aku dan seorang lagi pegawai disambut mesra di Penang. Layanan yang mereka berikan amat baik sekali. Walaupun aku balik ke tanah tempat tumpah darahku, namun aku turut terhibur dapat melalui jalan-jalan dan tempat-tempat di daerah Seberang Perai yang seakan begitu lama aku tinggalkan.

Malamnya kami dibawa menikmati suasana segar di tepi laut. Memang inilah satu-satunya kegemaranku, berada di sini sambil melihat ombak menghempas pantai. Bahagia aku rasakan.

Melakukan tugasan ini amatlah memenatkan tetapi aku seronok kerana dapat mengetahui secara lebih dekat apa sebenarnya yang berlaku di peringkat sekolah. Kesungguhan guru2 yang sanggup membantu murid2 membuatkan aku teruja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!