Tuesday, April 30, 2013

SIAPA MAHATHIR

Semalam aku terbaca satu komen daripada seseorang yang mengutuk Tun Mahathir.... hati aku jadi panas... apa yang boleh aku katakan tentang manusia sorang ni adalah dia terlalu biadap.....manusia tak sedar dek untung... manusia yang tak tahu sejarah ... dan manusia ini yang tak ada sifat berterima kasih... juga tak ada sivik minded.... sepatutnya manusia yang macam ni dah lama dihalau keluar dari bumi Malaysia....

Jadi untuk kali ini aku paparkan sedikit cerita tentang siapakah dia TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

.......................

Dia makan nasi goreng sama macam kita.
Dia jugak makan laksa sambil bersila sama macam kita.
Dia juga berjalan kaki sama macam kita.

Tiada beza dia dengan kita jika sekali pandang.

Tapi ...

Yahudi dok hentam dia kerana perjuangannya menentang kezaliman Zionisme.

Barat dok hentam dia kerana kelantangannya mempersoalkan dasar hegemoni imperialisme dan ketidakseimbangan ekonomi dunia.

Masa Tun ambil pemerintahan negara, orang tidak kenal Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin, negara kita muncul sebagai gergasi ekonomi ASEAN dan dianggap model pembangunan negara dunia ketiga. Beliau turun dari tampuk kekuasaan pun secara sukarela.

Tun ada rekod dan pencapaian yang cukup gemilang dan bakal dikenang sampai bila-bila.

Bila dia mentadbir dan memimpin negara dan rakyat, dia berfikir......berikhtiar.

Mahathir adalah seorang insan yang berjaya membuka mata, telinga serta minda rakyat Malaysia supaya kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Seorang insan yang mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan negara Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya.

Seorang insan kerdil dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan negara dari keporakperandaan ekonomi akibat serangan matawang oleh George Soros.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah membina negara Malaysia ini dengan dasar2 yang pragmatik ......yang membolehkan semua rakyat mengecapi kehidupan yang aman, makmur dan tenteram.

Seorang yang selalu menepati masa dan tidak suka membuat sesiapapun yang harus beliau temui menunggu sehingga berjam-jam lamanya.

Dalam tempoh 22 tahun jadi PM...... telah menyediakan peluang-peluang dan bantuan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai industri yang boleh mempertingkatkan ekonomi masing2 dan berpeluang bersaing antara satu sama lain..... antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, antara satu developer dengan developer yang lain, di dalam dan di luar negara.

Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat terserlah gaya kepimpinannya. Dikagumi seantero dunia. Hebat daya pemikiran. Logik dalam tindakan. Memartabatkan bangsa dan agama (bukan keluarga). Sentiasa memotivasikan rakyat untuk menyerlah di mata dunia. Itulah Tun Dr Mahathir.

Beliau juga buat SILAP, sama macam kita.
tapi adakah kita kena nafi jasanya hanya kerana kesilapannya?


SIAPA KAMU?
TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.

Wallahualam


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!