Tuesday, April 30, 2013

SIAPA MAHATHIR

Semalam aku terbaca satu komen daripada seseorang yang mengutuk Tun Mahathir.... hati aku jadi panas... apa yang boleh aku katakan tentang manusia sorang ni adalah dia terlalu biadap.....manusia tak sedar dek untung... manusia yang tak tahu sejarah ... dan manusia ini yang tak ada sifat berterima kasih... juga tak ada sivik minded.... sepatutnya manusia yang macam ni dah lama dihalau keluar dari bumi Malaysia....

Jadi untuk kali ini aku paparkan sedikit cerita tentang siapakah dia TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

.......................

Dia makan nasi goreng sama macam kita.
Dia jugak makan laksa sambil bersila sama macam kita.
Dia juga berjalan kaki sama macam kita.

Tiada beza dia dengan kita jika sekali pandang.

Tapi ...

Yahudi dok hentam dia kerana perjuangannya menentang kezaliman Zionisme.

Barat dok hentam dia kerana kelantangannya mempersoalkan dasar hegemoni imperialisme dan ketidakseimbangan ekonomi dunia.

Masa Tun ambil pemerintahan negara, orang tidak kenal Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin, negara kita muncul sebagai gergasi ekonomi ASEAN dan dianggap model pembangunan negara dunia ketiga. Beliau turun dari tampuk kekuasaan pun secara sukarela.

Tun ada rekod dan pencapaian yang cukup gemilang dan bakal dikenang sampai bila-bila.

Bila dia mentadbir dan memimpin negara dan rakyat, dia berfikir......berikhtiar.

Mahathir adalah seorang insan yang berjaya membuka mata, telinga serta minda rakyat Malaysia supaya kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Seorang insan yang mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan negara Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya.

Seorang insan kerdil dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan negara dari keporakperandaan ekonomi akibat serangan matawang oleh George Soros.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah membina negara Malaysia ini dengan dasar2 yang pragmatik ......yang membolehkan semua rakyat mengecapi kehidupan yang aman, makmur dan tenteram.

Seorang yang selalu menepati masa dan tidak suka membuat sesiapapun yang harus beliau temui menunggu sehingga berjam-jam lamanya.

Dalam tempoh 22 tahun jadi PM...... telah menyediakan peluang-peluang dan bantuan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai industri yang boleh mempertingkatkan ekonomi masing2 dan berpeluang bersaing antara satu sama lain..... antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, antara satu developer dengan developer yang lain, di dalam dan di luar negara.

Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat terserlah gaya kepimpinannya. Dikagumi seantero dunia. Hebat daya pemikiran. Logik dalam tindakan. Memartabatkan bangsa dan agama (bukan keluarga). Sentiasa memotivasikan rakyat untuk menyerlah di mata dunia. Itulah Tun Dr Mahathir.

Beliau juga buat SILAP, sama macam kita.
tapi adakah kita kena nafi jasanya hanya kerana kesilapannya?


SIAPA KAMU?
TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.

Wallahualam


SUMBER

Tuesday, April 9, 2013

WARKAH BUAT SUAMIKU......


Sayang... 
isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap  baris ayat yang  sudah aku coretkan ini....

Sayang.....
Kalau diikutkan pada bacaan cukup mudah untuk menjadi isteri yang solehah, namun hakikatnya amat payah sayang... aku memang tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul Adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorg isteri yg mencari syurga di kaki suami, kadang-kadang aku  juga diuji tatkala bahagia beraja di hati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suamiku.. kerana di situlah redha Allah kepada diri ku...

Sayang.....
 aku cukup sedar  menempuh alam perkahwinan bagai meniti   titian di sungai... perlu berhati- hati tatkala sedang meniti di titian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku bisa terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras lagi dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.

Sayang...
adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakala aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang diungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..kerana hati ini seakan  mencari makna cahaya dalam cinta yang kian kelihatan suram kerana cinta ini punya PEMILIK, aku kuatkan rasa cinta itu agar dirimu dapat merasai setiap helaan nafas cinta dariku, walau hakikatnya cinta ini sudah lama suram, mungkin tercicir ketika aku sibuk mencari makna cinta dari insan bernama suami, tatkala aku merasakan cinta sendiri seolah mati, aku cuba mengapai keegoaan sang suami yang terbina menjadi tembok kasih antara kita.

Sayang....
isterimu sedar kesilapan demi  kesilapan seakan diminta, hakikatnya aku hanya hendak menarik perhatian dari insan bergelar suami, ingin bermanja pada yang halal memanjakan, ingin berkasih pada yang halal dikasihkan, perlu rindu pada yang halal dirindukan, isterimu tidak pernah minta lebih dari kemampuanmu, hanya perlukan kasihmu yang seolah sepi. walaupun padamu kasih itu tidak pernah bertepi dan berbahagi, tapi rasa kasihmu seolah hembusan angin pagi, mungkin kerana kau tidak mahu zahirkan pada hati yang mencari, akhirnya aku lemah mencari kasihmu, kasihmu yang ada tetapi tidak dapat aku rasakan, mungkin padamu sesuatu menjadi milikmu akan kekal menjadi milikmu, tidak perlu dipersoalkan lagi, akhirnya yang tersurat kekal menjadi tersurat, dan hati isterimu terus menyimpan yang tersirat, entah mengapa aku bagaikan memohon padaNya untuk menguji dirimu. supaya aku dapat melihat teguhnya kasihmu, agar aku dapat merasai bahawa kau berusaha mempertahankan kasih yang pernah kau sia-siakan,  demi Tuhan... hanya doa mengiring hati yang mencari..Ya Allah,..aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah di sana nanti, bidadari- bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.

Sayang..
Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir andai hatimu terbuka pada yang insan yang lain yang jauh lebih baik dariku, kerana aku percaya pada takdirNya, yang tertulis buat kau dan aku,  kerana dari saat aku sah menjadi seorang isterimu, aku hanya ingin melihat dirimu bahagia, aku tidak minta balasannya syurga, aku juga tidak meminta dilimpahi harta. hanya keberkatan dan rahmat dariNya, di sepanjang kehidupan tika mencipta kebahagiaan berumahtangga. hanya itu yang ku pinta sepanjang aku bergelar isterimu.. 

Sayang..
maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri- isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha di sepanjang aku bergelar isteri... andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami... 
 
"yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga ke hujung nafas ini.."


ikhlas dari
Isterimu

SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT......

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyA2pxk4XjYnhOCUcikdR3_zbRQ8LfHH3p4weDiZgwkVAFt4fkEGE98B9lX9oxdMKBrCSY_08d9JSuoJ1uSbugK8C3ZIDw2zvo-v2WR0NgVXJ8FxF5Sc95zbohpYpZry26Ns46WBRbKmlU/s400/434019536_73a1dedf7a-edited.jpg

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….

lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…

lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….

lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….

lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...

lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…

lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….

suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.
Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….


SAYANG….abang mintak maaf….


Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….


Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawa SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….


MAAFKAN ABANG KERANA SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT....... sumber



Tuesday, April 2, 2013

BAGAIMANA BERGAUL DENGAN ORANG YANG ANDA TAK PUAS HATI DAN ANDA BENCI?

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.
Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.
Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.
Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.
Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!