Tuesday, March 14, 2017

BERWASPADALAH DENGAN 7 SYIRIK KECIL DAN 12 TINGKATAN RIAK.

Rasulullah SAW  bersabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil)."
Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?"
Baginda menjawab: "Riak."
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan seseorang ditolak oleh Allah S.W.T.

Sebab amalan seseorang itu ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Semoga menjadi peringatan dan iktibar dalam menjalani kehidupan dunia kita yang sangat sementara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!