Sunday, May 7, 2017

HURAIAN SURAH YASSIN AYAT 51 : ALAM BARZAKH

NO : 1 .

Assalamualaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh.

KELAS SHEIKH SAID
SURAH YASSIN AYAT 51 .
TAJUK  : ALAM BARZAKH .
( SIRI  5 ) .

SURAH YASSIN AYAT 51 :

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.

* Dalam Ayat ini Allah s.w.t bercakap tentang 2 perkara yakni tentang:

1) Kiamat iaitu akan ditiupkan Sangkakala , mereka akan keluar dari kubur2 mereka , untuk perg ke Padang Mahsyar unuk Hisab . Kemudian mereka akan ke Syurga ataupun ke Neraka !

2) Allah bercakap tentang Alam Kubur !

* Kita hendak mengetahui terlebih dahulu , tentang peristiwa2 yang berlaku dari awal sebelum , sedang dan setelah kita dimasukkan ke dalam kubur !

* Allah telah menciptakan HIDUP dan MATI ! Mana yang dahulu hidup atau mati ? Tentulah Mati dahulu , kemudian kita dihidupkan di alam dunia ( yang bersifat sementara) ,selepas itu kita akan dimatikan semula ( Alam Barzakh) dan akhir sejali kita ke akan ke Alam yang kekal abadi yakni ALAM AKHIRAT ! .

* Tajuk kita masih lagi pada Alam Barzakh !
Kita mesti mengetahui macamana kehidupan kita di Alam Barzakh ! .

* Untuk kita ada 3 Rumah :

1) Rumah kita di dunia .( Tempat tinggal kita di dunia, tidak lama dan cuma sementara sahaja ! ).

2) Dalam Kubur . ( Rumah kita di Alam Barzakh dipanggil Kubur ! Ini juga Rumah kita ysng sementara sahaja ! ).

3) Rumah yang KEKAL ! Kita akan tinggal di rumah yang kekal ini tetap dan untuk selama2nya !

* Setelah keluar dari kubur pada hari kiamat , kita akan menuju ke Padang Mahsyar. Setelah selesai Hisab , kita akan masuk ke rumah kekal kita untuk selama2nya !

* Rumah kekal kita itu ada cuma 2 pilihan sahaja yakni SYURGA atau NERAKA !

* Ramai orang yang sangat suka dan seronok hidup di rumah yang bersifat sementara , yakni dunia ini sehinggakan mereka lalai dan terlupa tentang rumah dan kehidupannya yang seterusnya , iaitu Alam Barzakh ! .

* Tetapi adalah sesuatu kepastian bahwa kita akan masuk ke rumah itu yakni KUBUR !Kerana setiap orang yang datang ke dunia ini ( dihidupkan oleh Allah ) , maka pastilah akan merasai Mati !

* Setiap yang bernyawa , pasti akan merasai mati ! Cepat atau lambat , muda atau tua , sihat atau sakit , semua manusia pasti akan merasai KEMATIAN dan pasti akan dimasukkan ke dalam KUBUR yakni rumahnya di Alam Barzakh ! .

* Kita hidup di dunia ini mestilah mengetahui bahwa ada banyak Rahsia tentang ROH dan jasad kita ! .

* Walaupun sekarang ini kita masih lagi hidup ,tetapi kita masih tidak mengetahui banyak Rahsia tentang ROH kita .

* Sekarang kita tidak Nampak Roh , jadi kita tidak mengetahui bagaimana rupa-bentuk Roh kita sendiri ! .

* Yang kita tahu cuma :

* Roh berada di dalam jasad kita ! Ertinya Roh sedang mengikut jasad kita ! Apa juga perkara yang jasad kita buat ,semuanya akan diikut sahaja oleh Roh kita ! .

* Dalam Alam Barzakh , yakni di dalam Kubur , jasad pula yang akan mengikut Roh kita !

* Setiap rumah pasti ada cara hidup yang berlainan ! Semasa hidup di dunia , ada caranya , begitu juga setelah kita mati dan masuk ke kubur juga ada cara yang lain
juga ! .

* Selepas kita keluar dari kubur juga ada caranya yang lain! .

* Kita hidup di  dunia ini ,  pastilah di dalam jasad kita adanya ROH ! Sekarang kita tidak Nampak dan mengetahui bagaimana Rupa Roh kita ! Kita juga tidak mengetahui mana letaknya Roh di dalam jasad kita !

* Kita cuma akan mengetahui dan Nampak Roh kita semasa kita sedang Nazak , sebelum kita mati ! .

* Sedang kita Nazak , yakni hampir mati , Roh kita akan pergi Naik ke Atas ! Bagaimana cara Roh naik ke atas, macamana kita tahu bahwa Roh kita akan Naik ke atas ?

* Semua itu adalah Perkara Ghaib !  Kita tidak nampak perkara Ghaib semasa masih hidup . Jadi kita mengetahui tentang semua perkara Ghaib itu melalui Petunjuk Al quran dan Hadis Rasulullah s.a.w !

* Roh kita akan Naik ke Atas untuk berjumpa dengan Allah s.w.t ! Tetapi adakah semua Roh akan naik ke atas untuk berjumpa dengan Allah Taala ?

* Kita hendak tahu bagaimana cara Roh kita keluar , Naik ke atas berjumpa Allah sehinggalah Roh kita masuk semula ke dalam Kubur untuk bersama jasad semula .

* Pada saat Sakratulmaut itulah kita akan Nampak  dan kenal Roh ! Dan pada saat itulah kita akan merasa sangat2 gembira atau sangat2 sedih ! .

* Dari Kitab Ehya'lumuddin , dari Imam Abu Hanif Al Ghazali , Hadis Sahih :  Rasulullah s.a.w bersabda !

* Beginilah caranya bagaimana Allah s.w.t  memerintahkan Malaikat Maut mencabut Nyawa kita ! :

* Setiap tahun dalam Bulan Syaaban .yakni pada NISFU SYAABAN , Allah s.w.t akan memberi Nama2 orang yang akan  Mati  dalam masa setahun yang akan datang kepada Malaikat Maut !

* Ini bererti pada setiap tahun sudah tersedia senarai nama2 orang yang akan mati dalam tempoh setahun itu !

* Cuma nenunggu masa sahaja ! Ada nama orang yang akan mati pukul 1:00,  orang yang seterusnya pula pada pukul 1: 01 dan begitulah seterusnya !

* Sabda Rasulullah s.a.w :

Ada seorang manusia,  dia telah merancang dalam hidupnya dalam beberapa tahun akan datang , dia mahu membuat sesuatu perkara . Tetapi Allah s.w.t telah memasukkan Namanya dalam senarai orang yang akan mati,  yang sudah ada senarainya pada Malaikat Maut !
Allahuakbar !

* Oleh itu , kita mesti sentiasa mengingati Mati ! Tidak boleh lupa langsung !

* Macamana kita berusaha untuk kehidupan dunia,  maka kita juga mesti sentiasa berusaha untuk kehidupan Akhirat kita ! .

* Kerana setiap orang akan menempuhi Sakrathlmaut itu , cuma ada 2 pilihan sahaja samada Mati dalam keadaan baik dan gembira ataupun sebaliknya mati dalam keadaan yang buruk dan menyedihkan !

* Sheikh mahu bercakap tentang kematian yang baik dan gembira dahulu ! .

1) Malaikat Maut akan datang dengan wajah yang berseri2 sambil memberi salam terlebih dahulu kepada orang2 yang beriman yang akan mati itu ! 

* Kita mengetahu ini melalui Firman Allah dalam Surah Al Ahzab Ayat  44 :

Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

* Para ulama berpendapat ayat ini adalah tentang ketika Malaikat Maut datang untuk mencabut Nyawa orang yang beriman ! Mesti memberi Salam dahulu kepada orang yang beriman ! .

* Malaikat Maut bukan datang seorang sahaja ! Bersamanya akan datang juga para Malaikat yang ramai. Hanya ketua kepada para malaikat itu ialah Malaikat Maut!

* Bersama Malaikat Maut itu ada 2 kumpulan para Malaikat , yakni Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab !

* Ertinya Malaikat Maut tidak datang sendirian tetapi dengan Ramai Para Malaikat ! Tetapi kita yang masih hidup tidak nampak semua perkara Ghaib  itu , cuma orang yang sedang Nazak itu sahaja yang boleh Nampak semua itu !

* Semasa Nyawa orang Nazak itu dicabut, orang itu akan merasai kesakitan yang teramat sangat  , tetapi semua keluarga dan semua orang yang berada di sekelilingnya  tidak mendengar dan melihat semua itu ! Allahuakbar !

* Walaupun bilik orang yang sedang terbaring di atas katil , yakni  yang sedang Nazak itu penuh dengan para malaikat yang terlalu ramai  , tetapi kita yang masih hidup ini langsung tidak nampak dan langsung tidak merasai apa2 pun !

* Walaupun kita menutup semua pintu dan tingkap ! Malaikat Maut dan semua para Malaikat , boleh masuk ke dalam bilik itu , mereka berjalan masuk menembusi dinding2 bilik seumpama burung yang terbang di udara ! .

* Orang yang sedang Nazak itu berada dalam keadaan yang susah sangat ! Pada saat itu dia akan teringat kepada semua perkara seperti anak dan isterinya , rumahnya , pekerjaan dan hartanya dan bermacam2 lagi ingatan akan datang menganggu orang yang sedang Nazak itu !

* Selama berpuluh2 tahun hidup , orang itu telah berusaha untuk dunianya dengan memgumpul duit dan harta , memiliki anak , isteri , rumah dan segala2nya , tentulah bukan mudah untuknya berpisah dan meninggalkan semuanya itu !

* Dalam masa yang sama , orang Nazak itu akan masuk ke dalam kehidupan yang baharu ! Dia terpaksa meninggalkan semua yang disayanginya di dunia ini untuk melangkah ke alam yang baharu, yakni yang pertama kali dilihatnya !

* Hijabnya sudah Terbuka ! Dia sudah Nampak Malaikat Maut samada berwajah putih berseri ataupun hitam dan menakutkan , yang datang bersama Malaikat yang ramai , sudah Nampak Roh , Nampak Amalannya  dan ke mana tempatnya selepas mati itu samada ke Syurga atau
Neraka !

* Kita yang masih hidup nampak dia cuma terbaring sahaja seolah2 dia tidak sedar , TETAPI bukan dia yang tidak sedar , kitalah yang tidak sedar kerana kita tidak nampak semua perkara Ghaib yang sedang ditempuhinya itu !

* Walaupun umurnya telah terlalu tua dan sakit , tetapi semasa Nazak , dia akan ingat semuanya, nampak semuanya !

*  Apabila Nyawa orang itu sudah sampai ke Halqum , dan kemudian setelah Nyawa itu dicabut oleh Malaikat Maut , maka sudah selesai tugas Malaikat Maut !

* Tugas Para Malaikat yang ramai itu pula , terus menyambut dan mengambil Nyawa orang yang mati itu ! Nyawa itu tidak boleh boleh tinggal dalam tangan Malaikat Maut walaupun sesaat selepas mencabutnya ! .

NO : 2 .

Rujuk pula pada Surah  Al Waqiah Ayat 83

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

* Dalam Ayat ini : Allah bagitau Roh sudah sampai ke Halqum ! Yakni Roh sudah keluar dari jasad dan berkumpul di Halqum !

* Malaikat berada sangat dekat dengan orang Nazak itu lebih dekat dari kita yang masih hidup yang berada di sekelilingnya ! Tetapi kita tidak boleh Nampak mereka ! .

* Jika yang Nazak itu ialah orang yang beriman , maka Malaikat yang datang dengan wajah yang putih berseri, memakai pakaian yang putih bersih, mereka berbau harum! Mereka membawa kain kafan dan wangian dari Syurga ! .

* Para ulama berpendapat bahwa :  Roh kita yang sudah keluar dari jasad itu adalah besar dan tinggi  seperti tingginya pokok kurma ! Allahuakbar !

* Sheikh bagitau kita yang masih hidup tidak nampak perkara Ghaib dan tidak nampak Roh kita sendiri juga ! Walaupun semasa hidup di dunia, ada orang yang tinggi dan ada pula orang yang rendah ! .

*  Para ulama berpendapat : Selepas Roh kita keluar dari jasad yakni mati , Roh semua manusia  adalah sama besar dan tingginya yakni setinggi pokok kurma ! .

*Saiz Roh orang kafir adalah lebih besar dari saiz  Roh kita orang2 Islam !

* Oleh itu dalam Hadis Rasulullah s.a.w ada bagitau bahwa : Sebatang gigi orang kafir itu adalah lebih besar dari Gunung Uhud ! Itu saiz orang kafir , mereka lebih besar dari kita ! .

* Tetapi saiz kita orang2 Islam ialah sebesar dan setinggi Nabi Adam a.s !

* Setelah Para Malaikat mengambil Roh kita lalu diletakkan ke dalam kain kafan yang dari Syurga itu serta meletakkan wangian ke atas Roh kita !

* Sebelum Para Malaikat meletakkan wangian pada Roh kita , Roh kita yakni orang2 yang beriman memang asalnya berbau wangi !

* Kepada Roh orang2 yang beriman tadi : 

Sebaik sahaja Rohnya diterima , diletakkan ke dalam kain kafan dan diletak wangian , Para Malaikat akan memeluk dan mencium Roh itu sepertimana seorang ibu yang baharu sahaja melahirkan anaknya lalu memeluk dan mencium anaknya  itu!

* Para Malaikat merindui Roh orang yang beriman itu ! .Sebab itulah sebaik sahaja Malaikat Maut mencabut nyawa orang beriman itu , para Malaikat dengan segera menyambutnya kerana terlalu sayang dan merinduinya !

* Mereka boleh mengenali Roh orang yang beriman melalui baunya yang sangat wangi dan harum ! .

* Urusan Jasad di bumi , diuruskan oleh kaum keluarga di bumi , yakni dimandikan , dikafankan , disembahyangkan dan dikebumikan !

* Urusan Roh pula,  semuanya diuruskan oleh para Malaikat ! Sepanjang perjalanan Malaikat membawa Roh kita ke Langit , Para Malaikat akan berjumpa dengan ramai Para Malaikat yang di bumi serta yang di Langit !

* Para Malaikat dari yang di bumi sehinggalah yang di Langit akan tercium bau wangi dari Roh kita , lalu mereka semua akan berrtanya : ROH SIAPAKAH ITU ?

* Para Malaikat akan bagitau nama kita ! Setiap manusia ada dua nama yakni satu nama yang sering dipanggil di bumi ini , dan satu lagi ialah nama kita yang dikenali oleh semua para Malakat yang di Langit !

*  Nama yang di bumi ialah nama asal kita sering dipanggil
seperti : Sheikh Said , Ustaz , Doktor, Peguam dan sebagainya !

* Nama kita di Langit pula adalah mengikut Amalan kita samada Amalan yang baik ataupun yang buruk !

*Contohnya :  Si Fulan yang Rajin berzikir , Si Fulan yang suka bersedekah , Si Fulan yang Amal Maaruf, Nahi Mungkar !

* Contoh lagi : Si Fulan yang Penzina , Si Fulan yang Pencuri , Si Fulan yang Peminum Arak dan sebagainya !

* Sepertimana di bumi , kita mengenali seseorang itu melalui namanya , maka SAMA juga para Malaikat di Langit juga  mengenali kita mengikut nama dan amalan kita ! .

Rujuk pada Surah Al Ahzab Ayat 35 :

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

* Semua yang dalam Ayat di atas ialah contoh2 nama kita yang di Langit ! Allahuakbar ! .

* Sheikh bagitau kepada para jemaah :
Pilihlah nama yang seperti mana yang kita mahu para Malaikat di Langit akan memanggil kita !

* Maka berusahalah melakukan Amalan baik secara Ikhlas dan Istiqamah , maka nama kita yang baik itulah yang akan para Malaikat akan kenali dan panggil kita nanti ! .

* Jadi Para Malaikat akan membawa Roh kita , dari tempat kita mati itu samada di rumah , di hospital, di masjid atau dari mana saja tempat kita mati itu , lalu dibawa ke Langit !

* Roh akan tunggu di atas sehinggalah semua urusan jasad kita di bumi selesai , yakni sehingga jasad dimasukkan ke kubur !

* Semasa perjalanan dan urusan Roh inilah , Roh akan mengetahui semua perkara dan urusan umat2 yang terdahulu ! Allahuakbar !

* Roh akan Nampak semua peristiwa yang pernah berlaku di dalam bumi seperti peristiwa kaum Add, kaum Samud , Firaun dan semua peristiwa yang pernah berlaku di bumi sejak zaman dahulu !

* Roh sudah nampak Alam Ghaib ! Untuk setiap  Langit ada Pintu !

* Allah telah memberitahu banyak kali di dalam Al quran bahwa di Langit itu ada pintu2 dan ada para Malaikat yang menjaganya ! Bukan senang2 siapa2 pun boleh Naik dan Masuk ke Pintu Langit ! Tidak boleh !

1) Setelah sampai ke Langit 1 : Para Malaikat mengetuk pintu Langut 1 ! Malaikat Penjaga Langit 1 akan bertanya siapa kamu ?

* Para Malaikat akan menjawab nama mereka . Selepas itu, mereka  bertanya pula : Siapakah yang bersama kamu?

* Para Malaikat akan menjawab nama kita : Fulan ( dia akan menyebutkan nama kita mengikut amalan kita ) !.

Walaupun Malaikat Penjaga Langit itu tidak pernah turun ke Bumi tetapi dia mengenali kita mengikut amalan kita di dunia ! Allahuakbar ! .

* Jawapan dari Malaikat penjaga Pintu Langit 1 :

FULAN YANG SEMBAH ALLAH ! YANG TIDAK PERNAH MENSYIRIKKAN ALLAH ! DIA PERCAYA 100% KEPADA ALLAH ! LANGSUNG TIDAK PERCAYA KEPADA MANUSIA, JIN , SYAITAN DAN SEBAGAINYA ! IMAN, KEYAKINAN DAN AKIDAHNYA HANYA SEMATA2 100%  KEPADA ALLAH S.W.T SAHAJA !

* Ertinya : Jika kita mahu apa2 pun , semuanya kita minta terus kepada Allah ! Langsung tidak minta dan bertanya kepada jin, manusia dan sebagainya ! Kerana semua itu adalah Syirik !

* Kita membaca dalam Surah Al Fatehah :

EYAKANA' BUDU WA EYAKANASTAEIN !
( HANYA KEPADA ALLAH SAYA SEMBAH , DAN HANYA KEPADA ALLAH KAMI MEMINTA PERTOLONGAN !

* Kita mesti hanya sembah dan puji Allah s.w.t sahaja ! Tidak boleh sembah dan puji yang selain dari Allah seperti manusia, jin dan sebagainya ! .

* Dan hanya kepada Allah sahaja, tempat kita mengadu dan meminta pertolongan !

- Tidak boleh jumpa bomoh dan sebagainya untuk minta jodoh,  minta mahu anak dan semua perbuatan Syirik kita tidak boleh buat Langsung ! .

* Jadi Malaikat penjaga Langit 1 sudah mengetahui bahwa Roh orang beriman itu , langsung tiada perbuatan Syirik ! .

* Malaikat akan buka pintu ! Maka Roh orang beriman itu akan mengeluarkan bau yang sangat Wangi !

NO : 3 .

* Bau wangi itu bukan dari para Malaikat tetapi dari bau Roh kita, yakni orang2 yang beriman yang mentaati Allah !

* Sebaliknya untuk Roh orang yang jahat dan tidak
beriman , pula akan berbau busuk ! .

* Hanya para Malaikat sahaja yang dapat mengenali bau Roh kita samada berbau harum ( untuk orang yang beriman ) ataupun berbau busuk ( untuk orang kafir dan jahat serta tidak beriman )!

* Tetapi kita manusia biasa tidak boleh mengenali dan menghidu bau Roh sesama kita !

* Setelah sampai ke Langit 1 , semua para Malaikat di Langit akan mengucap Salam  kepada Roh orang beriman itu ! Dan Roh kita itu akan mendengar , melihat dan mengetahui semua perkara Ghaib yang sebelum ini terHijab !

* Para Malaikat akan Solat jenazah untuk Roh orang yang beriman itu ! Sepertimana kita di bumi melakukan Solat jenazah untuk Jasad orang itu , maka di Langit , para Malaikat pula melakukan Solat jenazah untuk Rohnya ! .

* Di Langit 1 , para malaikat memberi salam dan solat jenazah untuk Roh orang beriman itu !

* Kemudian seterusnya Roh itu akan dibawa ke Langit ke 2 ! Pintu Langit ke 2 , pula diketuk oleh para Malaikat .

* Malaikat penjaga Langit ke  2 pula bertanya Siapa kamu ?
* Para Malaikat menjawab Nama mereka !

* Kemudian Malaikat Penjaga Pintu 2  bertanya :
Siapa yang bersama kamu ?

* Para Malaikat menjawab :
Folan ( membertahu Nama kita mengikut Amalan kita )!

* Para Malaikat Penjaga Pintu Langit  2 menjawab :
AHLAN WASAHLAN ( SELAMAT DATANG ) WAHAI ROH YANG BERIMAN YANG SENTIASA MENJAGA SOLATNYA !  KAMI SUDAH MENUNGGU2 KEDATANGANMU ! .

* Setelalah Malaikat memberi Salam , mereka solat jenazah untuk kita !

* Begitulah seterusnya kemudian Roh kita dibawa naik Langit ke  3 !

* Mesti ada sebab Roh  kita dibawa Naik ke setiap tingkat Langit , bukan hanya untuk suka2 dan berjalan2 sahaja !

* Malaikat di Langit ke 3  pula berkata :
SELAMAT DATANG KEPADA ROH YANG BAIK , YANG MENJAGA HAQ ALLAH  TERHADAP HARTANYA !

* Dalam harta kita , ada haq Allah yang perlu dijaga dan ditunaikan ! .Yakni yang selain zakat , iaitu Infaq !

Rujuk ke Surah Al Maarij Ayat 19 : 

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -

* Sheikh bagitau , tentang Alam Barzakh ini ada banyak Rahsia yang mesti diterangkan satu persatu kerana semua perkara  itu adalah sangat2 penting ! Tidak boleh habiskan dengan tergesa2 ! .

* Kita mesti mengetahui semua perkara Ghaib itu melalui petunjuk Al quran dan Hadis supaya kita akan lebih bersedia untuk menghadapinya nanti , in shaa Allah !

* Dalam Ayat 19 ini , Allah menerangkan sifat2 manusia yang bakhil terhadap hartanya !

* Semua manusia adalah bakhil KECUALI orang2 yang MUSALIN  yakni yang Solat ! Ertinya orang yang menjaga Solatnya akan terkenal di kalangan para Malaikat di Langit!

* Kasihan kepada orang yang Bakhil , yakni orang yang tidak suka bersedekah , iaitu orang2 yang suka menyimpan sahaja duit dan harta mereka ! .Rugi besar kepada mereka ini !

* Berbeza pula kepada orang yang suka bersedekah dan  infaq ! Mereka ini mengetahui di dalam harta mereka , ada Haq Allah ! Yakni di dalam harta setiap manusia itu ada hak orang2 miskin, fakir dan susah !

* Jadi selain  menjaga Solat , orang yang beriman itu juga akan suka bersedekah , yakni menjaga haq Allah di dalam setiap hartanya ! .Selain zakat yang wajib , dia juga suka infaq dan bersedekah !
[07/05, 05:20] Kak zuriyati: NO : 4 .

* Pintu Langit 3 terbuka sahaja , para malaikat akan berebut2 berkumpul untuk memberi salam dan ucap Selamat Datang kepada Roh kita ! Mereka semua juga melakukan Solat jenazah untuk Roh kita ! .

* Sheikh bagitau : Jika ada orang yang bakhil dan kedekut , Roh mereka tidak boleh Naik ke Langit 3 ini ! 

* Pintu Langit ke 3 tidak terbuka untuk Rohnya , jadi terpaksa dia dibawa turun semuala ! Allahuakbar ! Rugi besar kepada orang yang bakhil itu !

* Sepertimana juga di Langit 1 tadi ! Jika orang itu ada melakukan perbuatan Syirik, walaupun sedikit , seperti pergi berjumpa bomoh dan mempercayai bomoh itu , maka dia telah jatuh Syirik ! Maka Pintu Langit 1 tidak akan terbuka untuknya ! Nauzubillahiminzalik  !

* Kepada orang yang tidak Solat ataupun tidak menjaga Solat dengan Sempurna pula , Pintu Langit ke 2 tidak akan terbuka untuknya pula ! Allahuakbar ! .

* Oleh itu , Sheikh menerangkan satu -persatu dan terpeinci supaya para jemaah akan memahami dan mengetahui Roh kita akan mampu sampai hingga ke Langit berapa ! .

* Apabila kita sudah faham dan mengetahui semua itu , maka kita akan berusaha menjaga Akidah kita supaya tidak Syirik ! .

* Kita akan menjaga Solat kita supaya menjadi Solat yang khusyuk dan sempurna !

* Kita akan suka bersedekah dan Infaq , supaya kita tidak merasa dua kali sedih !

* Yakni sedih yang pertama ialah apabila kita sudah penat mengumpul duit dan harta, tiba2 kita mati , dan orang lain pula yang senang2 membelanjakan semua harta yang kita terpaksa tinggalkan !

* Sheikh bercerita :

-Ada seorang yang sudah lama mengumpul wang dan menghabiskan semua wangnya itu untuk membuat satu bagunan yang tinggi dan cantik !

- Setelah lama yakni bertahun2 , baharulah bagunannya itu siap . Dan pada hari pertama pembukaan bagunannya itu, yakni semasa dia memasukkan kunci untuk membuka pintunya , tiba2 dia terjatuh lalu disahkan meninggal dunia !

* Itulah kesedihan yang pertama , yakni kumpul harta banyak2, tidak mahu sedekah dan Infaq,  tiba2 dia mati , orang lain pula yang menghabiskan semua duit dan hartanya !

* Kesedihan kedua pula ialah :

Setelah sampai ke Langit 3 , pintu Langit ke 3 tidak boleh terbuka kerana dia adalah seorang yang Bakhil , jadi Roh nya tidak boleh naik dan masuk ke Langit ke 3 ! .

* Oleh itu , Sheikh tidak mahu kita semua bersedih 2 kali itu!

* Tetapi jika kita suka infaq dan bersedekah , kita langsung tidak akan bersedih ! Kerana ada sebabnya !

* yakni Sheikh suruh Rujuk ke Surah Al Fusilat Ayat 30 :

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

* Pada Ayat ini , Orang2 beriman berkata :

* Tuhan kami adalah Allah dan mereka beristiqamah dan mentaati semua perintah Allah !

* Malaikat akan turun ke atas mereka pada 3 tempat yakni :
* Sebelum kita Nazak , kita langsung tidak boleh Nampak Malaikat ! Kita cuma boleh Nampak Malaikat semasa kita sedang Nazak !

*  Bermula Nazak , maka bermulalah Sakratulmaut , maka Malaikat akan turun , baharulah kita Nampak Para Malaikat !

1) Malaikat akan memberitahu kepada kita , jangan takut dan risau ! Kerana para Malaikat mengetahui itulah kali pertama kita akan masuk ke Alam Barzakh , mestilah kita akan merasa takut dan risau !

* Malaikat akan melegakan kerisauan kita dengan mereka berkata bahwa : Jangan takut dan risau , kami ada bersama2 kamu ! .

* Semasa Malaikat Maut mencabut Nyawa kamu , kami akan meminta Malaikat Maut mencabut Nyawa kamu dengan perlahan2, jangan kuat dan kasar ,supaya kamu tidak akan merasa sakit ! Allahuakbar !

* Sheikh bagitau : Inilah bukti kebenaran , kerana ini Ayat
Al quran ,  yakni Firman Allah dan bukannya cerita2
palsu ! .

* Malaikat akan turun dan tugas mereka adalah menjaga kita supaya kita tidak akan takut dan risau ! .

2) Malaikat akan sentiasa menemani kita disepanjang proses Sakratulmaut, sepanjang perjalanan Roh kita sehinggalah kita masuk ke dalam kubur !

* Malam pertama kita di dalam kubur , sangat2 susah !

* Setelah kita dimasukkan ke dalam kubur, semua orang sudah balik , maka kita akan tinggal seorang2 di dalam kubur ! Roh akan datang semula kepada jasad dan kita akan hidup semula !

* Kita akan jumpa 2 Malaikat penyoal dalam kubur ! Rupa mereka menakutkan kita !

*  Tetapi 2 malaikat yang sentiasa menemani kita tadi akan memberitahu kepada kita : Kamu jangan takut , kami akan menemani kamu ,kami akan memberitahu kepada Para Malaikat Penyoal itu , soallah dengan soalan yang mudah,  dan kami akan bantu

NO : 5 .

* Malaikat akan berkata lagi :
Kami tahu kamu akan takut tinggal di Alam Barzakh bersendirian , jadi janganlah takut , kami akan sentiasa menemani kamu dari Alam Barzakh sehingga hari kiamat !

* Apabila sudah kiamat ,setelah sampai di Padang Mahsyar , bumi dan langit telah bertukar, alam menjadi gelap, ada Sirat , ada Syurga dan Neraka ! Pasti kamu akan merasa benar2 takut pada ketika itu !

* Ketahuilah bahwa :

Janganlah kamu merasa takut , kami akan sentiasa ada bersamamu dan menemanimu sehinggalah kamu dimasukkan ke dalam Syurga ! Allahuakbar !

* Sheikh bagi Contoh :

* Jika kita pertama kali pergi ke luar negara, seorang diri , pastilah kita akan merasa takut dan risau ! Kerana kita tidak mengetahui apa2, tidak mengetahui bahasa di sana dan sebagainya !

* Tiba2 ada seorang kawan yang rapat dengan kita , datang ke sana dan bagitau kepada kita :  Kamu jangan takut dan risau , saya akan sentiasa ada bersama kamu , saya akan sentiasa menemanimu !

* Itu seandainya yang berkata begitu adalah seorang manusia yang sama seperti kita ! Dia berkata : Kamu jangan risau dan takut , bila2 kamu memerlukan saya , hubungi sahaja saya, makan ,minum dan semua urusan kamu, saya yang akan menguruskannya .

* Apa perasaan kita ketika itu ? Tentulah kita merasa sangat gembira dan sayang kepada orang yang sanggup menemani dan menolong kita itu !

* Jadi tentulah kita akan lebih gembira dan seronok serta merasa selamat sekiranya yang memberitahu dan berkata kepada kita itu adalah Malaikat ! Allahuakbar !

* Kerana : 

Kawan yang sanggup menemani kita itu hanyalah manusia biasa, mungkin dia akan sakit ataupun akan mati , jadi pastilah tidak dapat  lagi menemani kita ! .

* Berbeza pula dengan Malaikat ! Malaikat tidak sakit , tidak mati, malaikat tiada kerja lain kecuali  hanya kerja yang telah Allah tetapkan dan khaskan kepadanya sahaja ! 
* Dan Allah telah tetapkan kerjanya menemani kita , pastilah malaikat itu hanya temani kita walau ke mana dan sampai bila2, jadi sudah tentu kita akan lebih gembira , lebih merasa selamat dan lebih sayang kepada malaikat yang sentiasa menemani kita itu !

* Dalam Surah Al Fusilat ini :

Para Malaikat akan memberitahu kepada kita , jangan sedih kerana kamu akan mati dan meninggalkan isteri , anak2 , rumah , kereta dan semua harta kamu !

* Kamu jangan bersedih ! Kerana semua yang kamu tinggalkan itu Allah dan para MalaikatNya yang mengambil alih tugas menjaganya !

* Jika Allah yang menjaganya , tiada apa lagi yang perlu kita risau dan sedih ! Allahuakbar!

* Tetapi berbeza pula kepada orang yang jahat dan tidak beriman ! Mereka tidak akan ditemani oleh Malaikat dan tiada jaminan dan pertolongan dari Allah dan para MalaikatNya ! Sudah pastilah mereka akan merasa sangat2 takut dan sangat2 sedih ! Nauzubillahiminzalik !

* Dalam Ayat ini  juga :

Para Malaikat memberitahu, mereka mahu  memberitahu khabar yang gembira kepada kita , yakni kita akan mendapat balasan Syurga yang telah Allah s.w.t janjikan dahulu !

* Malaikat berkata lagi :

Kami dahulu sentiasa bersamu ( ketika masih hidup ), tetapi kamu tidak Nampak kami ! Kami selalu mengikutmu ke mana sahaja yang kamu pergi !

*Kamu solat, bertasbih, berzikir, menghadiri majlis Ilmu , bersedekah , ada sahaja peluang kamu akan cepat2 mengeluarkan sedekah . Apa saja ada peluang dan pintu kebaikan , kamu terus masuk, tanpa bertangguh2 !

* Kami sentiasa bersamamu dahulu , tetapi kamu tidak Nampak kami, sekarang setelah Hijab terbuka , kamu sudah boleh Nampak kami !

* Oleh itu janganlah kamu merasa takut, risau dan sedih kerana kami akan sentiasa ada bersamamu, menemanimu walau ke mana sekalipun , walau di mana sekalipun sehinggalah hari kiamat dan sehingga kamu masuk ke Syurga !

* Malaikat berkata lagi :

Apa2 yang kamu minta , kami akan bagi ! ( Ini semasa di Alam Barzakh ) !.

* Dalam Ayat ini :

NUZUL ertinya semua persediaan yang lengkap dan sempurna khas untuk seorang tetamu yang terhormat !

Contohnya :

Seorang Raja dari  luar negara hendak datang ziarah ke Malaysia ! Tentulah kita akan membuat persiapan yang lengkap dan sempurna seperti pilih hotel yang terbaik, tempat makan yang terbaik, tempat pelancongan yang terbaik untuk orang yang sangat penting itu !

* Siapakah yang membuat persiapan yang lengkap dan terbaik untuk kita ?

-Allah memerintahkan para MalaikatNya membuat persiapan yang terbaik untuk kita ! Allahuakbar !

* Sheikh bagi Contoh lagi :

* Sepanjang hidup kita di dunia ini dari lahir sehingga kita mati , salah satu peristiwa yang menyebabkan kita merasa sangat2 gembira ialah ketika di Majlis
PERKAHWINAN kita !

* Ini disebut LAILATUL UMUR ( MALAM YANG PALING GEMBIRA ) dalam hidup kita kerana pada malam perkahwinan , kita mestilah merasa sangat gembira kerana setelah penat belajar , kemudian bekerja , maka pada malam perkahwinan kita , mestilah kita merasakan seolah2 kehidupan kita sudah lengkap ! Allahuakbar ! .

* MALAM YANG PERTAMA DI DALAM KUBUR ADALAH MALAM YANG PALING LENGKAP DAN PALING ISTIMEWA KEPADA ORANG2 YANG BERIMAN !

* Ini adalah kerana yang membuat semua persiapan itu adalah para malaikat !

* Dalam Ayat ini :

Allah yang memerintahkan para Malaikat membuat persediaan yang lengkap dan sempurna untuk kita orang2 yang beriman , maka pastilah Malam Pertama dalam kubur menjadi Malam Paling Lengkap dan Sempurna ! .

* Sheikh bagitau :

Untuk mendapatkan semua balasan kebaikan yang dijanjikan oleh Allah itu   kita mesti berusaha dari sekarang untuk muhasabah diri , memperbaiki amalan , menjaga akidah ,menjaga  solat , banyaklah bersedekah , menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusis supaya kita tergolong dalam golongan yang mendapat Nikmat seperti janji Allah dalam Ayat ini !

* Janganlah kita termasuk golongan yang bersedih dan terhina kerana setelah mati Roh mereka itu tidak boleh Naik, yakni tidak diterima Naik dan Masuk ke Langit Pertama ,  Langit Kedua , Langit Ketiga dan seterusnya hingga kipe Langit 7 !

* Bayangkan jika Malaikat ketuk pintu Langit ke 3 , tetapi pintu Langit ke 3 tidak terbuka untuk kita  kerana kita seorang yang bakhil !

* Dan tiba2 Allah bagi peluang kita hidup semula , apa perkara pertama yang kita akan buat ?

* Tentulah kita akan infaqkan semua harta kita ke jalan Allah  supaya Roh kita diterima naik Langit ke 3 !

* Sepertimana yang sahabat Rasulullah s.a.w ,  yakni Saidina Abu Bakar As Siddiq buat ,  dia telah infaqkan semua hartanya ke jalan Allah semasa hidupnya lagi ! .

* Kemudian Sheikh menyambung perjalanan Roh ke Langit Ke 4 pula ! Sama juga seperti tadi !

* Dan Malaikat Langit ke 4 mengucap Salam dan Selamat Datang kepada kita dan berkata :

INILAH ORANG YANG BERPUASA KERANA ALLAH ! Dia betul2 menjaga Lidah dan semua anggota badannya ketika berpuasa , sebab itulah puasanya menjadi puasa yang SEMPURBA di sisi Allah s.w.t !

* Malaikat di Langit 4 juga mengetahahui tentang Amalan kita yang rajin berpuasa wajib Bulan Ramadhan dan diikuti dengan banyak  berpuasa Sunat Lillahitaala !

* Seterusnya  di Langit ke 5 :

* Sama juga Para Malaikat ucap Salam , Selamat Datang dan Solat Jenazah untuk Roh kita !

* Malaikat di Langit 5 mengenali kita sebagai :

DIALAH ORANG YANG SUDAH MENZIARAHI BAITULLAHILHARAM UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH HAJI LILLAHITAALA !

* HAJINYA SEMATA2 KERANA ALLAH , BUKAN UNTUK MENDAPAT GELARAN DAN PUJIAN DARI MANUSIA ! TETAPI IKHLAS LILAAHITAALA !

* Seterusnya ke Langit 6 :

* Sama sambutan para Malaikat !

* Malaikat di Langit 6 berkata :

DIALAH ORANG YANG MENJAGA AMANAH ALLAH DAN AMANAH SESAMA MANUSIA !

* Agama kita adalah Amanah Allah kepada kita . Kita tidak mengkhianati amanah Allah dan Rasulullah s.a.w .

* Kita akan menjaga Amanah dan tidak mengkhianat Amanah  manusia dari segi duit mereka , Rahsia
mereka( kita tidak mendedahkan Rahsia dan keaiban msnusia kepada orang lain ) .

* Bila  sampai satu cerita keaiban orang kepada kita, kita mesti tutup ,jangan sebarkan kepada orang lain pula !

* Mata dan semua anggota badan kita adalah AMANAH Allah kepada kita yang kita mesti sentiasa menjaganya !

* Menggangu isteri orang adalah seperti menggangu harta orang  juga ! Jika kita mengganggu isteri orang , ertinya kita sudah mengkhianati Amanah Allah dan Amanah sesama manusia ! .

* Seterusnya ke Langit 7 :

* Malaikat di Langit 7 berkata :

* SELAMAT DATANG KEPADA ROH YANG BAIK !

* INILAH ORANG YANG BERLAKU IKHSAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA !

* DIALAH ORANG YANG BANYAK BERISTIGAFAR DAN SOLAT MALAM ( TAHAJUD ) PADA WAKTU SAHUR !

* DIALAH ORANG YANG SUKA BERSEDEKAH SECARA RAHSIA ! (MANUSIA TIDAK TAHU TETAPI MALAIKAT DI LANGIT KE 7 MENGETAHUINYA ! ) ALLAHUAKBAR !

* DIALAH YANG MENJAGA ANAK2 YATIM !

* SEMUA KEBAIKAN KITA , YAKNI ORANG YANG BERIMAN ITU , MALAIKAT AKAN SEBUTKANNYA !

* Semua Para Malaikat di Langit 7 akan mengucap Salam , ucap Selamat Datang dan Solat Jenazah untuk Rohnya !

* Selepas di Langit 7 , Roh orang beriman itu akan terus Naik lagi ke Tingkat yang lebih tinggi ! Dan banyak lagi , tempat2 yang Roh orang beriman itu akan
menziarahinya !

* Ada banyak lagi Rahsia tentang perjalanan Roh orang beriman itu , Sheikh akan menyambungnya ke Siri berikutnya , in shaa Allah ! .

* Tetapi Sheikh mahu kita semua mengamalkan secara Istiqamah  , semua perkara yang kita sudah mempelajari dan mengetahuinya !

* Kerana kita sudah mengetahui bahwa bukan semua Roh ysng dapat Naik ke Langit 1 sehingga ke Langit 7 , hanya Roh yang baik , beriman , taat perintah Allah dan yang menjauhi larangan Allah sahaja yang layak untuk Naik ke Langit 1 sehingga Langit 7 !

* Oleh itu , kita semua mesti berusaha menjadikan Roh kita sebagai Roh yang baik, bersih dan beriman kerana tugas menjadikan Roh kita sebagai Roh yang baik adalah bermula dari sekarang ,  bukan selepas kita Mati !

* Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang2  beriman yang memiliki Roh yang baik , bersih dan wangi di sisi Allah dan Para MalaikatNya , in shaa Allah  aamiin yarabbala'lamiin .

Sekian sahaja yang dapat saya notakan . Yang baik itu dari Allah dan yang salahnya dari kesilapan diri saya sendiri ! Wallahualam ! .😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!