Wednesday, December 27, 2017

6 SOALAN MEMBINA PELAN 5 TAHUN KE DEPAN

Bagaimana Anda Nak Bina Pelan Kehidupan Anda 5 Tahun Ke Depan?

oleh Team Richworks pada 13 December 2017

Jika anda tak biasa menulis pelan atau jadual waktu harian anda, mula biasakan dari sekarang. Itu adalah salah satu resepi kejayaan anda sebagai seorang usahawan, mahupun sebagai seorang individu.

Kata kuncinya, rangka dan TULIS pelan anda. Kerana sesiapa yang merangka dan punyai pelan, pasti akan perlu membuat tindakan. Untuk menuju ke arah matlamat anda secara sistematik, anda perlukan pelan tindakan. Kenapa 5 tahun? 5 tahun adalah waktu yang sedang elok. Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek untuk tetapkan matlamat jangka panjang. 10 tahun kedengaran agak lama dan banyak ruang untuk anda berlengah. 3 tahun terlalu pendek. 5 adalah paling sesuai.

Bagaimana nak bina pelan 5 tahun anda?

Tanya 6 soalan ini. Tanya pada diri dan tuliskan jawapannya. Tanya dan tulis jawapan mengikut garis masa anda selama 5 tahun. TULIS di atas kertas. Ada 4 matlamat peribadi utama yang perlu anda perhatikan semasa membuat pelan 5 tahun ini.

PersonalKewanganKerjayaPerhubungan

6 soalan ini perlu menjawab 4 perkara di atas. Apa 6 soalanitu?

Apa yang anda nak ubah tahun ini?

Contoh, keadaan kehidupan dan kewangan anda yang bagaimana yang anda nak ubah? Anda nak ubah tahap sekarang kepada tahap yang bagaimana? Apa target spesifik anda? Adakah anda mahukan lebih masa untuk keluarga dan beribadah? Adakah anda nak lebih sistematik dalam soal kewangan? Tulis untuk setiap tahun.

Di mana tempat tinggal anda tahun ini?

Adakah anda nak tinggal di rumah yang sama? Dengan kenderaan dan ahli keluarga yang sama? Atau anda mahu upgrade? Apa jenis rumah yang anda mahu, berapa kos yang anda perlukan? Tuliskan supaya anda dapat jangka dan simpan secukupnya demi matlamat anda itu.

Bagaimana nak tingkatkan keadaan diri tahun ini?

Ini lebih kepada kesihatan anda terutamanya. Anda nak lebih sihat dari segi apa? Adakah anda nak mulakan diet, senaman, atau gaya hidup baru? Letakkan target yang boleh dicapai dan boleh diukur serta realistik. Jika anda nak turunkan berat badan, berapa kilo dalam sebulan? Tulis sesuatu yang mampu tercapai supaya anda nampak dan yakin anda boleh. Jika lebih, ia bonus.

Langkah apa perlu diambil untuk stabil dan tingkatkan keselamatan kewangan?

Apa yang anda nak dan perlu buat supaya anda ada kewangan yang kukuh? Adakah dengan mengharap gaji naik? Jualan bertambah? Kos kurang? Buat draf untuk hari pencen anda. Berapa yang anda perlukan untuk anda hidup senang seperti sekarang, pada masa anda sudah pencen kelak?

Apa perkara menyeronokkan yang anda nak buat tahun ini?

Ini penting kerana menggembirakan diri sendiri bakal membuatkan diri anda lebih produktif kemudiannya. Anda nak pergi bercuti? Ke mana? Dengan siapa? Menaiki apa? Anda nak sertai kem? Apa sahaja yang menyeronokkan dan menggembirakan. Diri anda sepatutnya menjadi prioriti anda

Matlamat apa yang anda ada untuk keluarga anda?

Apa yang anda nak keluarga anda dapat? Adakah pendidikan lebih baik? Adakah anda nak mulakan keluarga anda sendiri? Adakah anda nak hadiahkan rumah pada ibu bapa? Tuliskan sesuatu yang mampu dicapai dan campurkan dengan sedikit impian dan angan-angan. Ini mungkin menjadi penyebab untuk anda bekerja lebih keras dan gigih untuk merealisasikan matlamat anda.

Yang penting anda kena tulis dengan jujur. Dan tuliskan sesuatu yang bukan mustahil dan bila anda dah mula menulis, pastikan ia tak berakhir dengan tulisan tapi terus bermula dengan tindakan.

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!