Friday, March 4, 2011

SUATU PERJALANAN

Hari ini amat memenatkan. Pagi-pagi lagi dah datang jumpa aku. Maklumlah dah tiga hari dia tak ada kat office. Banyaklah yang ditanya dan dimintanya. Akhirnya petang kena ada mesyuarat.

Aku banyak kerja yang tertunda ni. nak siapkan power point untuk bahan ceramah. Tapi permintaan boss aku ikut juga. Aku siapkan dengan segera. Terus letak atas mejanya. Waktu lunch aku tak pergi rehat. Bahan untuk ceramah perlu disiapkan. Bahan ceramah aku memanglah dah ada tujuh set semuanya tapi memang sikap aku bila nak pergi satu-satu sekolah ada saja bahan aku yang kena edit. Aku ingin bagi yang terbaik untuk anak-anak didikku.

Selepas Zohor, aku segera capai kunci kereta. Aku pasang GPS untuk ke SK Danau Perdana. Harap-harap betullah jalan yang dibawa oleh GPS. Tak sampai 15 minit aku sudah tiba kat sekolah tersebut. Ingatkan jauh tapi dekat aje. Jam masih awal lagi. Aku terus pusing-pusing di sekitar kawasan berkenaan.

Jam 2:10 petang aku memandu masuk ke dalam kawasan sekolah. Aku sampaikan ceramah pada 33 orang murid Tahun 6 mulai jam 2:30 petang . Masa yang diberikan padaku terlalu pendek iaitu cuma 1 1/2 jam aje.

Jam 4 aku bergegas ke kereta. Aku harus segera ke sekolah Fikri. Alhamdulillah aku sampai di sekolah Fikri jam 4:30 petang. Tengok aje muka aku terus dia bangun dari tempat tidurnya. Sebelum itu puas dah cikgu dia panggil tapi Fikri buat tak tahu aje. Pakai selipar terus ke kereta.

Jam 5 baru Ayahanda sampai. Kami terus bergerak ke selatan. Kami berhenti  di Hentian Pagoh bila Maghrib tiba. Sempat juga aku membeli 2 biji lekar. Cantik dan kemas buatannya.

Kami terus bergerak lagi hingga exit Yong Peng. Sampai Batu Pahat, ambil Along dan sambung perjalanan lagi .  Sampai Skudai kami makan di kedai nasi lemak kukus. Memang sedap rasa nasi lemak ni.

Kami tiba di tempat penginapan jam 11 malam. Aku terus capai tuala dan mandi. Lega rasanya. Ayahanda apalagi terus capai bantal dan tidur. Letih sangatlah tu sebab dia sorang aje yang memandu.

Walaupun perjalanan hari ini memenatkan tapi aku seronok untuk berjumpa anak bongsuku esok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!