Tuesday, May 3, 2011

AKU PASRAH......

Hari ini hatiku rasa sedikit tersentuh pabila mendengar rancangan daripada Klasik FM. Aku kembali mengimbau detik-detik manis ketika bersama emakku. Pernah suatu hari aku nyanyikan sebuah lagu ibu, kulihat airmatanya menitis. Bait-bait pada lagu itu begitu menusuk jiwanya. Sejak hari itu aku tidak nyanyikan lagu itu lagi.

Awal Januari 1995, suamiku pulang membawa khabar yang emak mahu bercakap sesuatu denganku. Yalah masa tu mana ada handphone lagi. Suamiku telefon emak dari pejabatnya. Telefon rumah tak boleh masuk sebab duduk kuarters polis yang dikawal rapi. Aku kata nantilah. Aku sebenarnya malas nak turun dari tingkat tiga. Public phone tu kat tingkat bawah sekali. Aku melayan malasku akibat mabuk mengandungkan Fawwaz.

Selang dua hari selepas itu, pagi Jumaat, ketika aku sedang bersiap untuk mengacarakan suatu majlis di sekolah, jantungku seolah-olah direntap dengan khabar yang dibawa oleh suamiku. Emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Apa yang dapat aku lakukan...Aku marah pada diriku sendiri. Apalah yang hendak emak beritahu aku yang aku buat tak tahu saja. Aku menyesal..Puas suamiku memujuk dan mententeramkan aku. Aku harap berita ini tidak benar.

Kami pulang ke rumah, mengambil Fatin Nabylah di tadika. Selepas itu terus ke Ampang, ambil adikku yang mengajar di sana. Kebetulan adik emak juga nak turut serta, maka patah balik ke Wangsa Maju. Suamiku memecut 160 km sejam menuju ke kampung.

Sesampai kawasan rumah, jenazah sudah dibawa menuju ke tanah perkuburan. Aku pasrah. Emak telah pergi buat selama-lamanya tanpa sempat aku berbicara dengannya. kami turuti jenazah ke kubur. Semasa hendak dimasukkan ke liang lahad, aku diberi kesempatan untuk melihat wajah emak buat kali terakhir. Ampunkan dosa anakmu mak! Wajah emak ku lihat tenang. Namun aku tak dapat menciumnya untuk melepaskan rinduku padanya.

Emak...semoga rohmu ditempatkan bersama para mukminin. Amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!