Wednesday, May 25, 2011

KENAPA ANDA PERLU GAGAL SEBELUM BERJAYA


 
Siapa pernah gagal?? 
Rasanya semua orang pernah mengalami kegagalan..Ada tak sesiapa yang tidak pernah gagal?? Dalam dunia ini kena ada kegagalan dulu baru ada kejayaan.. Contohnya, semasa kecil, kali pertama belajar berdiri....anda jatuh, anda bangun semula & anda jatuh lagi. Selepas itu anda bangun lagi kerana ketika itu anda memandang kegagalan sebagai satu perkara yang membawa kebaikan. Alangkah positif’nya hidup seorang kanak-kanak. Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sehingga dewasa? Kenapa kita perlu takutkan risiko, kesilapan & kegagalan? Inilah antara sebab kenapa anda perlu menghargai sebuah kegagalan lebih dari sebuah kejayaan.

  1. Belajar dari kesilapan. Semua orang tahu ini, Setiap kali kita buat kesilapan atas tindakan kita, kita akan belajar sesuatu yang baru & juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya. Tetapi, masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kesilapan. Perlu diingat, mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.
  2. Kegagalan adalah pembelajaran. Katakan anda kini dalam bidang perniagaan & anda mencuba satu teknik pemasaran yang memakan belanja RM5,000 — dan gagal. Di sini anda belajar bahawa teknik tersebut tidak berkesan dengan sistem perniagaan anda & anda tidak akan ulangi lagi. Pengalaman & pengetahuan yang anda dapat bernilai lebih dari RM5,000 tersebut. Jika anda tidak mencuba, anda tidak akan tahu, betul tak?
  3. Diri anda akan semakin kuat. Kegagalan seharusnya menjadikan manusia lebih kuat. Jika kegagalan membuatkan seorang manusia itu lemah & mahu mati, sebenarnya dia telah gagal sejak awal lagi. Kegagalan akan membuatkan lebih yakin untuk mengambil risiko & tegar akan kesilapan kecil.
  4. Kejayaan anda semakin hampir. Sama kes seperti kita mula-mula mencuba merangkak, setiap kegagalan adalah tanda kita semakin boleh berdiri. Jadi, jangan takut untuk gagal. Jika ada idea, lakukan sahaja. Gagal atau berjaya itu belakang kira — yang penting anda mencuba  dan terus berusaha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!