Sunday, July 17, 2011

TERIMA KASIH SUAMIKU


Tak terucap sepatah katapun di saat suamiku buat kejutan pada Majlis Jamuan Makan Malam di Hotel Legend baru-baru ni. Sebelum menyanyikan lagu Permata Buat Isteri, suamiku buat pengumuman menjemput aku bersamanya di atas pentas. Berdebar-debar rasanya bila berada di atas pentas dalam majlis yang dihadiri hampir 400 orang rakan sekerja suamiku. Lagu yang ditujukan khas buat aku sebagai isterinya mengundang rasa sebak dan bangga.
Tiap-tiap baris senikata lagu ini aku hayati dan hampir titik-titik jernih mengalir di pipiku. Rasa macam nak peluk aje dia kat depan bos dan rakan2 dia tanda terima kasih pada saat itu juga. Tapi tetap control anggun.
Suamiku dulu adalah seorang pemalu dan tak sangka sungguh dapat membuat kejutan yang amat bermakna dalam hidupku kerana menghargai aku sebagai seorang isteri yang sering ditinggalkan demi tugas kepada negara tercinta.
Terima kasih. I love you...................suamiku tercinta


Telah kusiapkan

Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
KLIK LAGU PERMATA UNTUK ISTERI

1 comment:

  1. alhamdulillah...begitulah seadanya.baik suami atau isteri hati mereka tidak layak disakiti,kerana cinta,kasih-sayang,pengorbanan,kesetian dan kejujuran mereka tidak ternilai harganya walau tidak terungkap dengan kata2.Buat kak jie....moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!