Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama
pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus
dilaksanakan seikhklas hati.
Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup, kos
sara diri dan ekonomi rumah tangga. Tidak ramai yang mahu mengakui
bahawa ketidakjujuran mereka pada perkahwinan merupakan faktor utama
mengapa perkara seperti ini terjadi.
Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk
merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia
sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan
agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.
Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang. Ikuti tip yang disenaraikan ini:
1. Masak makanan kesukaan pasangan
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum
pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda
menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau
santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu
berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif
apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.
2. Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya
anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi
segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda
memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan
sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan
emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.
3. Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara
satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan
akan menjadi lebih hangat dan romantik.
4. Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.
5. Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek
isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan.
Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin
akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.
6. Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat
meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga
haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian
anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.
7. Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah
atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai
anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love
You”.
8. Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk
bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah
dia.
9. Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS
romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa
anda selalu teringatkan dia.
10. Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda.sumber
No comments:
Post a Comment