Monday, June 25, 2012

RASA HATI


TIPS BERJIMAT APABILA MELANCONG

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.


Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.
Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.
Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.
Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.
Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.
Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.
Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.
Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.
Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.
Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.
Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

Sumber

Tuesday, June 19, 2012

TERLANJUR AKU MENYINTAIMU


Terlanjur Sudah Ku Menyintaimu...
Tiada Lagi Yang Dapatku Kata...
Sekadar Ingin Bersama Setia...
Biarpun Hebat Cabarannya...

Ku Rela Menghadapi Segalanya....
Pernahkah Engkau Menyedari....
Ku Rela Menelani Kepahitan....
Sayangnya Engkau....
Tak Menghargai....
Lalu Kau Mencampakkan Cintaku....

Chorus

Terlanjur Sudah Ku Menyintaimu....
Bukannya Mudah Ku Lupakan....
Andainya Dirimu Menjadi Aku....
Dapatkah Membendung Perasaan...
Yang Berkecai Ini...

Biarlah Aku......
Kau Singkirkan....
Kerna Aku.......
Menyedari Siapa Diriku...
Tiada Lagi Ruang Di Hatimu....
Tetapi Tuhan Maha Tahu....
Zalimnya Sikapmu.....
Terhadapku...

KETAHUI MANFAAT BERJALAN KAKI LAJU

- Tidak semestinya berjalan kaki itu hanya ketika beriadah di taman. Kita juga boleh menjadikan rutin harian berjalan kaki seperti berjalan pergi ke kedai, keluar makan ketika waktu rehat pejabat dan sebagainya. Secara tidak langsung kita akan dapat banyak manfaat daripada berjalan kaki ini. Cubalah untuk mengamalkannya.

Ramai wanita atau lelaki yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos. Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.
Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

# Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

# Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

# Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.
Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

# Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

# Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).
Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

# Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

# Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.
Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

# Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

# Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju
# Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa
# Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata
# Langkah betul – Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju
# Gerakkan lengan ketika berjalan
# Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu
# Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


Sumber Melayukini.net 

Sunday, June 17, 2012

FIKRI OH FIKRI

Hari ini aku tinggal berdua bersama Fikri...Dia tak habis-habis mengamuk tadi...ini mungkin rentetan dari malam Sabtu lagi...tiba-tiba saja dia menendang dinding dan mengoyak bajunya....terkejut aku dibuatnya...dah hampir 3 tahun dia tidak mengoyak apa2 semasa berada di rumah...kalau di sekolah tu dah hampir 4 bulan dah perangai mengoyak baju seluar ni....tak tahu nak buat apa...

Syukur Along masih ada kat rumah.... tangan dan kakinya kami pegang tapi dia terus mengamuk....karpet tebal pun dia nak koyak...terlepas aje terus meluru ke sofa...kuatnya dia Allah saja yang tahu....tiga empat kali aku terlentang semasa cuma menghalangnya...tapi aku dan along tak boleh mengalah....baju dan seluarnya digigit dan dirabaknya dengan mudah....Air yaasin dah bergelas2 ditelannya....aku pun ambil keputusan mengangkat dan mengheret Fikri ke bilik air...aku jirus dia dengan air...dalam bilik air pun dia terus mengamuk dan tuala juga ingin dikoyaknya....aku kena kuat...setelah agak tenang...kupakaikan dia baju dan seluar semula....bila dibawa ke tempat tidurnya...sekali lagi dia mengamuk dan mengoyak baju dan seluarnya...jenuh juga kami berdua memegangnya...peluh terus membasahi tubuhku...baju dan seluar tak dapat diselamatkan namun terus dia nak koyak tilam dan selimut...sekali lagi aku terlentang....air yaasin dan air daripada ustaz terus aku beri dia minum....aku peluk dia erat2 sambil menangis..sesungguhnya aku kena kuat...aku taknak along tengok aku menangis....aku tahan kesakitan ini....

Sejam lamanya aku bergelut dengan Fikri...seakan sudah hilang tenagaku....bermacam2 ayat aku bacakan untuknya....akhirnya along dapat idea untuk menayangkan cerita Finding Nemo...jadi duduklah Fikri depan laptop tanpa seurat benangpun ditubuhnya di mana semua barangan yang memungkinkan untuk dia mengoyaknya terpaksa kami sorok di stor atau di tingkat atas....aku pun terpaksa berada di depan laptop juga untuk mengawasi dia....sambil itu aku berikan dia ubat selsema....alhamdulillah 2 jam selepas itu dia mula rasa mengantuk dan terus tidur....sejak malam itu aku baring di sebelahnya...setiap pergerakannya ku awasi....

Petang ini ...dia kuberikan makanan kegemarannya walau dalam muka yang marah dia ambil dan makan juga.... aku tak dibenarkan langsung menyentuhnya.........aku dan dia sama2 di depan laptop.....jika dia mengamuk lagi petang ini...hanya aku seorang saja yang tinggal...... Tuhan..berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini........


Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG BIASA2 JE

Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG BIASA2 JE: 2 mangkuk sederhana nasi 10 ekor  udang hidup (sederhana besar) 1 biji telor 8 biji kacang buncis/ 4 biji kacang panjang - bersihkan d...

Friday, June 15, 2012

MARI BERPANTUN

PANTUN PEMBUKA ACARA
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN
Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

PANTUN DI AKHIR MAJLIS
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.

Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.

sumber

Thursday, June 14, 2012

DIKIR UNTUK IBU

Setitik air susu yang masuk ke mulut
besar hajat ibu nak tengok ku hidup

Air susu ibu nilai  tak da harga
walau pitih beribu dengan duit juta

Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
dahi kedut seribu uban putih penuh pala

Tapi aku tahu ibu banyak jasa
air tangan ibu seribu bau seribu rasa

Oh ibu oh ibu terima kasih ibu

Sejak kecik hingga aku dewasa
nyamuk sekor tak bui ketik mu dok jaga

Makan minum kain baju tak bui kurang
didik aku dengan penuh kasih sayang

Bila besar baru aku kenal diri
Tak ternilai jasa ibu tabur budi

Tangan paha kaki sanggup jadi jamban
rela susah diri pegho(pelihara) aku sorang

Ibu yang dah tua dok perhati anak-anak
hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok

Anak yang berjaya ditaruh harapan
bekal hari tua tempat dia nak menumpang

Oh ibu oh ibu jasamu ku kenang

Selama ini ibu duduk jadi hamba
hari ini ku nak balas segala jasa

Sakit demam makan minumku jaga
nak bui senang hidupmu di masa tua

Jasa baik budi ibu ku tak lupa
walau setitik air susumu ku rasa

Nak buleh ku sorang mu ngandung sembilan bulan
letih penat badan mu tak ghoyak (beritahu) ke orang

Ku cium tangan ibu mintak halal minta ampun
segala salah aku banyak sangat kalau hitung

Hari ini aku tahu nilai kasih ibu kandung
budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung

Pada anak-anak hok (yang) masih ada ibu
tolonglah pakat tengok walau sekali sehari seminggu

Harta dia tak nak harap kasih anak cucu
tengok mata anak terubatlah segala rindu

Oh ibu oh ibu ku sayang padamu
Oh ibu halallah makan dan minumku

Oh ibu oh ibu ampunkan dosaku
Oh ibu oh ibu terima kasih ibu








Monday, June 11, 2012

DETIK-DETIK PERCUTIANKU...JUN 2012

Akhir cuti sekolah barulah aku dapat peluang untuk bercuti...tupun kerana aku beri ceramah di Kuantan. Jadi aku ambil kesempatan ini untuk terus ke Terengganu..Niat hati nak bawa semua anak2ku tapi malangnya Angah dengan Fawwaz tidak dapat ikut sama atas komitmen mereka pada tugasan sekolah dan akademi.

Hari pertama: 
Selepas pejabat...aku,ayahanda, along dan Fikri terus bergerak ke Kuantan...Sampai Indera Mahkota, Kuantan...temperature kereta tiba2 naik....waktu tu dah hampir maghrib...air dalam kereta tak cukup...aku dan Along ke kawasan perumahan yang berdekatan untuk mencari air...sampai di sebuah rumah...ku lihat pintu pagarnya terbuka...2 buah kereta mewah gah berada di garage.....aku terus masuk...kulihat pintu depannya juga  terbuka...aku teragak2 nak beri salam  kerana di pintu rumah mahupun di dalam rumah tidak ada satu pun ayat Quran...bau masakan dari dapur menyucuk hidungku....namun setelah tiga kali salam tidak ada manusia pun keluar....Alhamdulillah jiran sebelah terdengar suara kami lalu menyapa....kami pun dipelawa mendapatkan air dari rumahnya....semasa kami bergerak ke rumah sebelah...tiba2 pintu tadi ditutup....alangkah sombongnya manusia ini...tapi syukurlah... jirannya pula berhati mulia...semoga Allah swt melimpah rezeki dan kesejahteraan hidup kepada insan yang berhati mulia ini dan Allah bukakan hati manusia sombong itu....kami meneruskan perjalanan ....kami singgah makan ikan bakar di Tanjung Lumpur sebelum bergerak ke Pantai Balok...

Hari kedua:
Seawal pagi aku dah bersedia di  dewan bersama laptop...ku lihat murid2 sedang bersarapan...bila kupandang karpet...aduh...banyaknya sampah....jam 7.30 pagi...murid2 dari SK Seri Bandi 1 dan 2 serta SK Ladang Kota Bahagia dah mula  memenuhi dewan...tidak ada seorang guru mahupun urusetia kelihatan....apa lagi ...inilah peluang aku bersama murid2...rindunya aku pada suasana bilik darjah....dia orang ni pun belum tahu aku siapa...jadi aku capai mic dan mengajak mereka yang seramai 120 orang sama2 mengutip sampah...kerjasama yg diberikan sunggah baik sekali...5-10 minit kemudian...keadaan dewan bersih dan tersusun...terkejut juga guru yang masuk selepas itu...tunggu punya tunggu akhirnya jam 8.30 pagi baru aku dapat memulakan ceramahku....jam 1.00 petang aku menamatkan ceramahku dan sempat kuberikan sedikit cenderahati buat semua murid ...aku dan guru2 pakar yang lain dipelawa pihak urus setia untuk makan bersama CEO TH Plantation....selesai makan kami terus bergerak ke satu dewan lagi untuk majlis penutup...
Majlis tersebut tamat jam 4.30 petang....jam 5 kami terus check out dan bergerak ke rumah anak buahku di Rantau Bukit, Kerteh....hampir jam 6 petang kami sampai.....Deli dah siap belikan sate untuk jamu Fikri...apalagi memang dihadapnyalah......maklumlah salah satu makanan kegemarannya..... terima kasih Deli dan Fida....

Hari ketiga:
Selepas sarapan nasi dagang bersama Deli dan Fida di Rantau Catering....jam 9.30 pagi kami meneruskan perjalanan ke Marang....dalam perjalanan ke sana....aku minta ayahanda singgah di suatu tempat yang memang dah lama aku impikan untuk bergambar....cantik dan sangat natural pemandangannya...aku puas.....
Kami sampai di BTPN Terengganu jam 12 tengahari setelah tersasar 16 km dibawa oleh GPS berpusing di Kuala Terengganu... dapatlah ayahanda rehat sebentar kerana sejak dari hari pertama...dia soranglah yg memandu... jam 1.45 ptg kami bergerak ke Kuala Terengganu sekali lagi.... kami terus ke Pasar Payang kerana Along  ingin belikan sedikit barang yang dipesan oleh kawan2nya.... selepas tu sempat juga kami round di Pesta Pekan Budaya dan Pesta Thai yang diadakan berhampiran Pasar Payang..... kakiku terasa amat sakit berjalan....maklumlah kasut tumit tinggi....lupa nak bawa sandal..... destinasi seterusnya ialah ke Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.... Along mengajak naik cruise..tapi bila mengenangkan 2 lagi anak2ku yang tidak bersama...aku menolak...Along pun membatalkan hasratnya.....kami berjalan menyusur sungai ke Masjid Kristal.... ya jalan lagi.... makin sakitlah kakiku.... syukur bila Along pelawa tukar kasut dengannya....
Jam 4.00 petang....kawan semasa maktab, Mansor datang mengambil kami di Muzium Negeri... kami ke rumahnya di Kg Kubang Parit ...kami dijamu makan tengahari... sedap makan nasi minyak..... dia dan isterinya sangat baik melayan kami.... seronok juga  dapat berbual...tapi mengenangkan keletihan yang kami alami .... maka kami minta diri untuk balik ke Marang... sampai saat ini...aku masih tidak dapat duduk dan menghayati keindahan laut.... ayahanda letih dan kami berehat di bilik....
Sesudah maghrib kami bersiap untuk makan malam.... tiba2 dapat pulak sms daripada Mansor nak ajak kami keluar makan bersama .... sampai di Restoren Lempeng, Marang... aku ingat dapat duduk di tepi laut...tapi malangnya ruang tu penuh.... jauhlah dari laut..... namun sedap juga dapat merasa makanan baru iaitu ketupat sotong dan lempeng ganu... terima kasih Chot dan isteri .... hampir jam 11 malam kami masing2 bergerak balik.....

Hari keempat:
Setelah selesai berkemas...kami bergerak mencari kedai makan untuk bersarapan... aku nak makan nasi dagang juga yang banyak lauk... kami singgah di Kedai Fatin di Pantai Kelulut.... merasalah juga tapi banyak lauk dah habis kerana ramai orang.... kat sini barulah aku sempat ke tepi laut...menikmati satu suasana yang amat mendamaikan... ayahanda pun turut melayan kerenahku..... Fikri pun bukan main suka... tapi sayang dia tak dapat mandi laut.... terus kelat mukanya....
Jam 12.30 tengahari.... kami sampai Kemaman..... kawan ayahanda Tengku Shahril mengambil kami di The Store dan terus ke rumahnya untuk makan tengahari.... lauk penuh meja.... dapat juga  mencuba dua lagi masakan iaitu asam pedas terengganu dan ikan masak lemak nenas oleh isterinya yang merupakan seorang ustazah ... sedap... terima kasih...
Jam 2 petang kami bergerak ke Kuantan semula untuk ke satu gerai yang kami biasa beli ikan bilis sebelum ini.... Angah memang suka ikan bilis ni.... Kat sini Along pulak yang bawa kereta untuk terus ke KL.... Angah call minta kami ke Aswara malam ni untuk tengok persembahan muzik.....
Jam 7 malam.... kami sampai Aswara.... aku rasa tak selesa... namun alhamdulillah dapat juga mandi di surau.... segar semula.....
Jam 8.30 malam, kami menyaksikan persembahan muzik oleh pelajar2 diploma.... pandai sungguh pemuzik2 muda ini menggubah lagu... aku tertarik dengan sebuah lagu yang digubah semula iaitu Detik-detik Cinta.... selesai persembahan jam 11 malam.... kami berlima bergerak balik ke Puchong.... dalam perjalanan kami singgah di Restoran Tomato, Puchong Prima untuk makan malam.....
Akhirnya jam 12 tengah malam.... kami sampai di rumah.... bahagianya aku rasa dapat tidur di atas katilku.... hmmmm...... penat tapi seronok.....






Sunday, June 10, 2012

PANDUAN TIDUR LENA


Kesukaran tidur di waktu malam seringkali dihadapi oleh golongan bekerjaya. Masa yang paling sesuai untuk merehatkan minda dan tubuh serta merenggangkan otot-otot kita yang saban hari bekerja adalah ketika tidur.

Jika kita tidak dapat tidur yang cukup, permulaan hari kita akan menjadi celaru dan kelak mengundang lebih banyak masalah. 

Tidur yang paling sesuai untuk orang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari. 

Ikuti beberapa tips berkesan untuk mendapatkan tidur yang lena setiap hari! 

Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli. 

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang. 

Bersihkan diri 
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi. 

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya. 

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah. 

Kosongkan fikiran
Masalah ini seringkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.

Sumber

Monday, June 4, 2012

21 NASIHAT UNTUK PANDUAN KITA

Dalam menjalani kehidupan, adalah penting untuk kita saling nasihat menasihati sesama insan. Sama ada sesama sahabat, suami isteri, keluarga dan sebagainya, kita perlu sentiasa saling mengingati supaya kehidupan kita sentiasa termotivasi, dan tidak menyimpang dari jalan yang benar. Berikut adalah beberapa kata nasihat yang baik yang boleh kita jadikan panduan. InsyaAllah, sama-samalah kita mendapat manfaat daripadanya :) -PakarCinta
Nasihat Yang Baik Untuk Dijadikan Panduan
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wan ita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS.

Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Al ‘Asr 103: 1-3)
Sumber

Sunday, June 3, 2012

SEPI





JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA



Ketika pertama kujumpa denganmu

Bukankah pernah kutanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup denganku kasih

Memang kau bukan yang pertama bagiku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita..... kasih

Semua terserah padamu aku begini adanya
Kuhormati keputusanmu, apapun yang akan
Kau katakan, sebelum terlanjur kita jauh
Melangkah, kau katakan saja

Saturday, June 2, 2012

105 CIRI-CIRI PEMIMPIN CEMERLANG & BERWIBAWA



1. Baik hati (Paling penting) 
2. Jujur
3. Cekap
4. Bertanggungjawab
5. Dedikasi
6. Berdisiplin
7. Penyabar
8. Berdiplomasi
9. Berwibawa
10.Menepati masa
11.Berpengetahuan tinggi atau bijaksana
12.Berani
13.Berketrampilan
14.Boleh mengendali mesyuarat
15.Berkebolehan memimpin
16.Bersahaja atau tidak gelojoh
17.Befikiran terbuka
18.Boleh menerima pandangan atau idea orang lain
19.Tidak sombong atau tidak egois
20.Dedikasi
21.Ada keyakinan diri
22.Bersuara lantang kena pada tempat dan masanya
23.Tegas
24.Mempunyai daya fikir yang tinggi (Cemerlang mental dan fizikal)
25.Mampu mengemukakan idea yang bernas / utk organisasi
26 Ikhlas
27.Mengenali potensi diri
28.Mendahului orang lain
29.Mampu membantu organisasi dan rakan
30.Boleh mempertingkatkan diri
31.Boleh menerima motivasi atau nasihat orang lain
32.Penyelidik profesional yg mampu merungkai sesuatu masalah
33.Ada unsur-unsur kecindan
34.Bersemangat
35.Berikhtizam
36.Memahami arahan
37.Melaksanakan tugas yang diarahkan dengan baik
38.Peramah
39.Pemaaf (BUKAN SEMUA PEMIMPIN ADA SIKAP INI (KUKU BESI)
40.Cintakan kebersihan , keselamatan dan keceriaan
41.Bersimpati
42.Mengenang jasa
43.Pemurah
44.Tidak suka menganiaya orang lain (SANGAT PENTING )
45.Berwawasan
46.Berbakat / berpotensi
47.Berwaspada
48.Penyayang
49.Keupayaan mengurus yang tinggi
50.Berkemampuan menyelesaikan masalah dgn baik 
51.Mampu mempertingkatkan prestasi organisasi
52.Berpandangan luas dan berpengalaman luas  -  ( broad minded and not narrow minded)
53.Mudah diajak berbincang
54.Berani bersuara dan tidak statik   (Mr. Yes man)
55.Mempunyai daya ukur yang telus 
56.Toleransi
57.Murah senyuman
58.Mampu berubah
59.Sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih
60.Menghormati orang lain 
61.Menurut perintah atasan
62.Menjauhi rasuah
63.Menghormati undang-undang
64.Tahan rahsia
65.Tidak prejudis atau pesimistik ( ORGANISASI AKAN KECUNDANG DAN TIDAK MAJU))
66.Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya
67.Tidak mudah mengaku tewas
68.Arahan yang diberikan adalah muktamad
69. Mampu memberi penerangan dengan baik
70.Tidak sentimen 
71.Bersikap pro dan kontra kena pada masanya
72.Mampu bersaing
73.Tenang
74.Inovatif
75.Rasional / (positive thinking /open minded)
76.Tidak memburuk-burukkan kelemahan kakitangan bawahannya
77.Sasar kejayaaan atau kemenangan
78.Sentiasa bersyukur
79.Bertindak secara matang
80.Tidak tamak dan takbur
81.Mampu menyuntik semangat orang lain (motivator / fasilitator  YANG BAGUS)
82.Pentingkan kejayaan diri dll
83.Disukai orang bawahan
84.Idea yang tidak stereotaip
85.Berkualiti
86.Mesra dengan semua / masyarakat / rakan/org bawahan
87.Tiada kesumat atau menaruh / menanam dendam di hati
88.Tidak hipokrit
89.Adil 
90.Dihormati 
91.Ketua di pejabat..rakan di luar pejabat
91.Bertindak secara positif - Membuang yg negatif
92.Penyayang kpd pekerja2 bawahan
93.Menjaga kebajikan anggota2 bawahannya
94.Keupayaan mempertimbang idea org lain jika idea itu bernas 
95.Berkompromi dan mudah dibawa berbincang  / tidak sombong 
96.Tidak makan bodek
97.Tidak sarkastik
98.Tidak bias kpd pekerja yg suaminya mempunyai status
99.Tidak membatasi pergaulan berdasarkan status individu
100.Keupayaan menilai kualiti dan kuantiti
101.Bijak mengatur strategik
102.Bijak menganalisa kekuatan dan kelemahan organisasi
103.Bijak mengatasi dan mengatur stategi utk kekuatan organisasi
104.Bijak merancang pelbagai program untk kekuatan organisasi
105.FLEKSIBEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!