Wednesday, March 27, 2013

SEKADAR MAJLIS KECIL-KECILAN


Sebaik-baik motivasi adalah cinta.
Cinta yang cemana? Cinta pada Allah, cinta pada si dia, cinta pada pasangan hidup, termasuk juga cinta pada perkara yang menjadi sumber rezeki Anda iaitu kerja Anda. Bila sudah suka, semua jadi lancar saja.
Jika Anda bekerja dalam sebuah pejabat atau Anda menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi sama ada dalam sektor kerajaan atau sektor swasta, cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan menggunakan pendekatan cinta.
Cinta adalah sayang.
Sayang timbul dari rasa saling mengambil berat.
Rasa saling mengambil berat timbul dari sikap saling menerima, menganggap orang lain macam keluarga sendiri. Untuk meningkatkan semangat kekeluargaan, perlu ada majlis kecil-kecillan.
Majlis ini dibuat untuk suka-suka dengan tujuan utamanya mengeratkan hubungan sesama pekerja. Dalam erti kata lain, perlu ada majlis ‘makan-makan’.
Bos perlu turunkan ego, pekerja pula usah asyik bodek bos.
Bila ini berlaku, pasti bila di tempat kerja, apa tugasan pasti berjalan lancar sebab semuanya ada keinginan untuk bekerjasama. Kerja bukan lagi macam kerja, tapi menjadi satu hobi. Masalah jika ada, pasti dapat diselesaikan segera.
Sumber utama motivasi datang dari hati. Bila hati sudah menerima,sudah serasi, pasti ada motivasi.
Untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja, bos perlu memainkan peranan. Jika Anda pekerja biasa, tak ada salahnya Anda wujudkan situasi kekeluargaan di tempat kerja. Anda perlu aktif – aktif memberi semangat, aktif menegur, aktif mengambil berat.
Organisasi tempat kerja Anda akan pincang bila hati para pekerja tidak bersatu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!