Friday, March 1, 2013

KURSUS DI PUNCAK PERDANA

Tiga hari aku ke UiTM Puncak Perdana, Shah Alam sejak selasa lalu kerana menghadiri kursus... drive sorang-sorang memang agak membosankan lagipun tempatnya jauh dan sunyi.... kursus pulak mengenai pengkatalogan... aku ni dah lama tinggalkan dunia pengkatalogan ni... sangat2 rumit sekarang ni dengan perubahan yang dibuat... yalah aku masih ingat lagi zaman aku proses buku dulu ...tahun 80an... ketika aku dilantik memegang jawatan Ketua Pustakawan sekolah di SM Seri Muda, Penaga, Pulau Pinang.. banyak kerja2 proses buku cikgu serahkan di bahu aku... tapi dulu gunakan mesin taip untuk siapkan kad katalog... macam senang aje waktu tu .... tapi dalam kursus yang aku baru lepas ni... pening juga nak katalog buku ni.... kena faham beberapa perkara lagi... contohnya apa itu AACR...MARC 21 dan yang terkini RDA..... walaupun boleh ambik saja maklumat buku atau bahan yang telah dikatalog oleh Perpustakaan Negara...tapi sebagai pegawai aku kena tahu juga bagaimana maklumat itu diproses.... hmmmm tak cukup rasanya kursus 3 hari ni.... aku harap aku dapat menghadiri kursus2 yang sebegini lagi memandangkan ilmu yang aku dapat amat bernilai sekali.... namun kalau nak difikirkan ... jika kerja2 ini nak dilakukan secara profesional... memang tak boleh buat kerja lainlah......

Tiga hari aku ke sana... tiga hari jugaklah aku sesat... tapi alhamdulillah masih sampai awal... balik aje aku tempuh 3 jalan yang berbeza... berpusinglah sebelum sampai rumah....

Hari terakhir...ada majlis penutup dan penyampaian sijil.untuk seramai 20 orang peserta yang kesemuanya adalah pegawai daripada BTP dan rangkaian... Dekan Fakulti Maklumat UiTM turut hadir dan kami banyak berkongsi idea... aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Hamidah, Dr Zuraidah dan Prof Madya Fuziah kerana memberi ruang untuk aku mengenal dengan lebih mendalam dunia pengkatalogan.....












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!