Sunday, May 1, 2016

PERBICARAAN KES ARWAH HARLINA AHMAD 1

11 April 2016..
Aku ambil cuti khas untuk perbicaraan kes arwah adikku di Mahkamah Sepang.

Aku sampai jam 8.30 pagi..call kerani peguam...dia dan tuan Arminder Singh masih dalam perjalanan dari Klang.

Aku duduk berborak dengan adik iparku, Kadapi , sementara menunggu mereka.

Jam 10.30 pagi..kami dipanggil naik ke tingkat 2. Peguam bagi sedikit penerangan dan nasihat.

Jam 1045 kami pun masuk ke bilik perbicaraan.

Ada 4 kes yang terdahulu daripada kami yang terpaksa kami dengar.

Kes 1 mengambil masa hampir 1 jam lebih. Aku terfikir agak2 kes kami ni bila pulak nak mula.

Kes 2.. mohon tangguh...lega rasanya

Kes 3...tertuduh dan saksi pulak tak datang...so hakim tunda

Kes 4....hanya tertuduh datang tanpa peguam...hakim nasihatkan sekiranya peguam tak datang juga petang ni...dia kena bela diri sendiri...

Macam2 rupanya bila kali pertama berada di kamar mahkamah sesyen...selama ni dok tengok kat tv aje...

Kes kami bermula lagi 5 minit pukul 12 tghari....sempat panggil 2 org saksi...jam telah menunjukkn angka 1...so hakim arahkan tangguh ptg ni...

Nak menunggu 2.30 ptg tu lama bila berseorangan. Maklumlah adik iparku ke masjid..solat jumaat..

Kami tunggu hingga hakim panggil masuk..

Dah masuk...sambung pula dgn saksi tadi...soal jawab pun bermula...berdebar gak tunggu giliran adikku dipanggil...

45 minit berlaku...hakim minta tangguh lagi hingga 10 Mei 2016...Hmmm...tak selesai lg nampak gayanya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!