Sunday, May 1, 2016

SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA 01 MEI 2016 

Al Fatihah utk penyairnya, Allahyarham Ahzan Bakrin

BUKAN STATUS JADI UKURAN

Jika Kau tak menjadi direktor besar atau ahli korporat ternama
Jadilah saja pegawai biasa yang berkhidmat dengan jujur dan bertimbang rasa
Kerana tulus sikapmu, organisasi progresif menumpuk laba, kerjayamu maju membawa bahagia

Jika kau tak menjadi doktor pakar di hospital besar
Jadilah saja jururawat yang taat dan penuh belas
Kerana kemuliaan hatimu membantu nyawa, meningkatkan darjat dan hidupmu berkat

Jika kau tak menjadi pengetua hebat bervisi jauh
Jadilah saja guru biasa dengan pengajaran yang luar biasa
Kerana hasil didikmu akan menyambung warisan, memperteguh bangsa dan membangun negara

Jika kau tak menjadi panglima tentera yang gagah berkuasa
Jadilah saja sang parajurit yang ikhlas dan taat membela nusa bangsa
Kerana hasil khidmatmu negara aman, membangun mapan dan menjadi sebutan

Jika kau tak menjadi pak Menteri yang disanjung tinggi
Jadi saja wakil rakyat yang amanah bukan korupsi seperti si tikus berdasi
Kerana berkat kejujuranmu membela rakyat. Tuhan memberkati, hidup mu penuh erti dan matinya nanti malaikat tersenyum mengadili

Jika kau tak menjadi apa saja yang kau ingin jadi
Jadilah saja dirimu yang teguh peribadi dan berjiwa murni
Kerana bukan pangkat yang sebenarnya menjadi ukuran diri tapi keikhlasan berkhidmat dan membuat bakti

Rendahkanlah hatimu, tidak memburu pangkat dan harta nescaya akan tinggilah nilaimu dalam mencari redha kehidupan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!