Saturday, September 10, 2016

KISAH DHUHA DAN SEORANG GURU BM

Copy paste dari fb seorang teman. Satu nukilan yang amat menarik untuk saya kongsi....

Waktu-waktu dhuha ni saya teringat kepada guru BM saya ketika zaman SPM. Puan Siti Laila Jabin. Status saya sebelum ni pun ada menceritakan tentang beliau. Ramai orang share tu tak penting bagi saya, biarlah ramai yang dapat manfaat. Boleh scroll dan baca. Siapa ex classmate dengan saya, mereka akan kenal siapa Cikgu Laila ni.

Untuk pengetahuan, kelas BM kami kadang pada awal pagi, dan kadang tengah hari lepas zohor waktu Sabah. Kalau kelas pagi dan masuk waktu dhuha beliau akan minta izin beberapa minit untuk keluar solat kejap. Kadang-kadang beliau habiskan semua silibus dulu then cepat-cepat turun nak kejar dhuha. Memang tak skip lah. Istiqamah gila.

Kalau dalam kelas, antara semua student. Saya boleh dikatakan antara pelajar yang paling rapat dengan cikgu laila. Kadang tolong dia angkat buku ke bilik dia. Dan bagi saya ia adalah peluang keemasan untuk saya tanya dan tanya apa-apa kepada beliau. Saya pernah tanya kenapa cikgu suka buat dhuha ?

Jawapan dia cukup pendek tapi deep. " Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Beliau seorang guru yang sangat penyayang, sangat memahami, sangat positif, dan sangat suka berkongsi. Kadang-kadang beliau cerita kat depan papan tulis sambil menangis-nangis. Kadang ada cerita yang boleh buat pelajar tergelak non-stop. Tak percaya kalian boleh tanya mana-mana pelajar SM Teknik Keningau yang pernah diajar oleh beliau.

Hal yang paling sensitif bagi beliau bila melibatkan tentang ibu ayah yang tak hargai anak-anak. Atau anak-anak yang tak hargai ibu ayah. Ataupun penindasan-penindasan terhadap anak kecil di syria. Confirm 100% mesti ada air mata jatuh dalam ramai-ramai student yang dengar. Pendek kata, setiap apa yang dilafaz oleh cikgu laila tak pernah tak singgah dalam hati. Pelajar lelaki yang samseng asyik ponteng pun boleh insaf. Fuh. Respect.

Oh ya, beliau dah bertahun berumah-tangga tapi tak dikurniakan zuriat. Ada pelajar yang 'terlepas' mulut kat cikgu, cikgu solat dhuha sebab nak zuriat ke ?

Cikgu terdiam lama. Kemudian dia senyum. Dan jawab seperti biasa.

" Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Bila kami push tanya macam-macam, cikgu berkongsi kisah rupanya beliau selama ini walaupun tak dikurniakan cahaya mata, tapi beliau dikurniakan seorang suami yang cukup cukup baik. Penyayang. Bertanggungjawab. Pemaaf. Pengasih. Prihatin. Pemurah. Semualah yang baik-baik. Sampaikan cikgu kata dah tak tahu celah mana buruk suami dia sebab tak pernah setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau menyakitkan hati, tak pernah. Tak pernah tangan suami beliau menyakiti cikgu. Tak pernah. Tak pernah lagi bergaduh sampai memakan 2 3 hari. Paling lama pun 15 minit. Tak pernah lagi tinggalkan beliau saat susah atau saat ditimpa bermacam ujian. Tak pernah suami beliau lupa untuk lafaz ayat yang sama tiap kali tidur malam,

" Abang maafkan segala silap sayang sepanjang hari ini. Abang redha kepada sayang untuk masuk syurga Allah. "

Tak pernah lagi suami beliau mencanang aib dan keburukan isteri beliau walaupun di hadapan keluarga atau kawan rapat. Tak pernah buka mulut kelemahan-kelemahan isteri beliau. Dan kalau nak tahu, every 1 hour dalam kelas 'wajib' berdering telefon bimbit cikgu panggilan masuk daripada suami atau mesej yang bertanyakan isterinya hari ini dekat mana? Dah makan ke belum ? Jaga diri. I love u. Pun begitu, beliau akan meminta izin kepada kami jika nak angkat kol dari sesiapa.

Maha suci Allah !

Cikgu laila seorang yang percayakan suaminya. Telefon suami memang tak cek. Jarang cek. Sebab suami pun selalu letak atas meja tanpa password. Tanpa security. Satu hari hp suami berbunyi, suami tengah lelap. Terdetik di hati nak buka mesej. Bila buka mesej menangis cikgu depan hp.

Nak tau sebab apa ? Sebab beliau scroll semua mesej yang dihantar oleh seorang wanita yang cuba memikat suami cikgu. Banyak mesej tak reply dan ada 1, 2 kali saja suaminya reply. Yang berbunyi seperti berikut,

" Saya sudah beristeri dan saya sayangkan isteri saya kerana Allah. Mohon cik tidak menggangu lagi. "

Menangis cikgu depan skrin. Sampai tahap macam tu suaminya begitu setia dan tulus terhadap beliau. Cikgu ada je membenarkan untuk suaminya berpoligami kalau nak zuriat tapi tetap memilih untuk setia dan katanya itu hanya ujian bersama. Subhanallah!

Menangis beb dengar. Mana nak dapat laki macam tu hari ini ? Mana nak cari ? Mana nak jumpa ?

Saya ingat lagi saat beliau ceritakan detik-detik cemas. Cikgu mesej suami sinki jatuh. Mesej yang cukup pendek. Kemudian suami dia terus pecut balik rumah semata nak tengok isteri dia cedera ke tak. Padahal sinki jatuh je pun. Tergelak cikgu bila tengok suami sampai rumah. Tapi orang yang dengar semua kisah cikgu memang boleh menitiskan air mata.

Cikgu buat dhuha tanda terima kasih kepada Tuhan. Tak kisahlah berterima kasih dari segi apa.

Suami yang baik ke.
Isteri yang taat ke.
Anak-anak yang soleh ke.
Rezeki yang melimpah-ruah ke.
Keluarga yang bahagia ke.

Dan banyak lagi, hatta kata cikgu,

" Kaki cikgu nak naik turun tangga pergi ke kelas bagi tujuan mengajar pun satu nikmat besar. "

Subhanallah.

Bila seorang muslim itu bersangka baik kepada Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang kadang tak terfikir logik dek akal.

Kita selalu kata, Bila kita mencintai seseorang, kita rasa nak je dekat dengan orang tu. Tapi begitu ke perasaan nak 'dekat' kita dengan Allah?

Saya tak sempurna. Saya hanya berkongsi.

Semoga semua dapat manfaat.

Let us become better.

Have faith !

P/s: Feel free to share.

😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!