Tuesday, October 25, 2016

AKU DIUJI, INI SALAH SIAPA?

Berkali2 mesej masuk mengadu, bertanya perihal hal ehwal keluarga yang diuji.

Ibu bapa bercerai.
Adik beradik bercakaran.
Keluarga besar bermusuh.
Anak memberontak.
Keluarga tiri membenci.
Dan pelbagai lagi.

Menjadikan 'si mangsa' keliru bagaimana menghadapi semua permasalahan ini?

Tidak sedikit juga yang menjadikan 'ruang' ini untuk kononnya mencari kelainan suasana untuk melepaskan diri dari tekanan masalah.

Lantar menjunamkan diri sendiri dalam kerosakan dengan persepsi 'ini balasannya kerana kesilapan mereka', menelan bulat-bulat bisikan syaitan yang penuh tipu daya.

Perhatikan! Sejarah kemanusiaan telah lama membuktikan bahawa antara ujian yang berat bagi insan, adalah ujian dari keluarga sendiri.

Nabi Adam diuji dengan anak yang bermusuhan sesama sendiri, sehingga membunuh.

Nabi Nuh diuji dengan anak dan isteri yang menolak ajakannya.

Nabi Ibrahim diuji dengan ayah yang menyembah berhala malah menghalaunya. Kemudian diuji terpisah dari anak dan isteri.

Nabi Yusuf diuji dengan adik-beradik yang berdendam memusuhi. Kemudian diuji terpisah dari ayah dan adiknya. #BSS

Nabi Luth diuji dengan isteri yang ingkar tidak mempercayai suaminya.

Asiah diuji dengan suami yang sejahat-jahat insan pembunuh, malah mengaku di atas muka bumi.

Nabi Musa diuji dengan terpisah dari ibunya, malah membesar menyaksikan kezaliman bapa angkatnya, yakni Fir'aun terhadap kaumnya.

Nabi Muhammad sendiri diuji dengan membesar dalam keadaan yatim piatu dari usia kecil. Kemudian bertalu-talu diuji dengan kematian datuk, bapa saudara, isteri malah anak-anaknya.

Mereka semua diuji sedemikian rupa lantas meningkatkan lagi kebergantungan mereka kepadaNya, bukan sebaliknya.

Begitu juga kita sebagai mukmin yang meyakini hikmah diutusnya para Rasul sebagai contoh teladan, kita juga sepatutnya menjadi semakin dekat dan hampir kepadaNya tatkala DIUJI.

Tetapi, jika yang berlaku adalah sebaliknya. Kita semakin tersasar, jauh dariNya. Hari-hari dilalui penuh benci, takut, sedih, kesal; dan sebagainya.

Ketahuilah, kesilapan sikap kita ini tak akan pernah menjangkau luasnya rahmat Allah.

Kembalilah! Perbaikilah! Ianya di tangan kita sendiri!
__

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!