Friday, July 12, 2019

10 AMALAN AHLI SYURGA

Saya tak mampu , tetapi sangat berazam utk buat semuanya:

Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka

Keempat :

Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.Yakinlah, manfaat solat duha sangat dasyat dalam mengundang rezeki...

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari. Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yang sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah..

Keenam:

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini Allah akan ampun Hati yng penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yng disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan  istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk kelubuk hati kalian jadi apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kelapan:

Berjalan ke majlis majlis ilmu dan zikir kerana di sana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan ke majlis ilmu dan zikir maka rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan:

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamu nya di sepanjang hidupnya

Kesepuluh:

Sebarkan salam kepada orang  yang  kita kenal atau pun kepada orang  yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahsia yang tersimpan

Sebarkanlah ilmu ini....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!